BAB 12

Romance Series 25713

Habis saja Lara Laudya dan Haliq Izimer menunaikan solat di masjid Budapest, mereka terus bergerak ke kawasan Gul Baba iaitu salah satu pusat islam di kota Budapest atau lebih dikenali oleh masyarakat muslim untuk menziarah. Haliq Izimer yang pertama kali ke situ terpegun dengan keindahan yang di miliki tempat itu. Lara Laudya juga sempat memetik bunga mawar yang terdapat di kawasan Gul Baba untuk dijadikan simpanannya.

Menurut apa yang dibaca oleh Haliq Izimer tentang sejarah Gul Baba, beliau merupakan seorang tokoh. Beliau meninggal pada tahun 1541 dan sumber mengatakan beliau meninggal akibat petempuran di bawah tembok kota pada 21 august 1541. Makam Gul Baba sering di jadikan tempat bersejarah dan sehingga kini makam beliau terletak di dalam masjid Budapest. Selesai Lara Laudya dan Haliq Izimer menjelajah tempat bersejarah itu, mereka terus bergerak ke Gellert Hills untuk melihat matahari terbenam.

Lara Laudya mengeluarkan telefon bimbit untuk merakam. Haliq Izimer di sebelah hanya memandang isterinya itu tanpa bersuara. Ditatap lama wajah Lara Laudya yang sudah bertukar kemerahan akibat cuaca sejuk di situ. Haliq Izimer segera membuka jaket yang dipakainya, disarung ke tubuh kecil isterinya itu sambil menghadiahkan senyuman.

Lara Laudya yang tergamam dengan tindakan suaminya itu hanya mendiamkan diri. Kalau lebih-lebih nanti di katakan perasan pula. “Terima kasih.” Ucap Lara Laudya. Tangannya sibuk merakam permandangan di hadapannya.

“Ingat saya tolong free ke?” Haliq Izimer membesarkan matanya sambil tersenyum.

Lara Laudya melontar pandangan kepada si suami. “Cis! tak ikhlas. U memang macam ni eh? buat sesuatu benda tu nak ada balasan je.”

Haliq Izimer ketawa. Menggeleng. “Dengan awak je tak ikhlas but dengan orang lain saya sentiasa tak berkira.” Haliq Izimer ketawa lagi.

Lara Laudya muncung merajuk. “Yalah i ni siapa je, u bukan kisah pun kan?" Suaranya seakan berjauh hati.

Haliq Izimer yang melihat wajah cemberut Lara Laudya hanya menahan ketawa. “Ehh, siapa kata awak bukan siapa-siapa. Awak kan Lara Laudya, isteri tercinta saya.”

Lara Laudya menampar Haliq Izimer. Perli lagi la tu! “U suka main-main kan!” Dia beralih daripada memandang Haliq Izimer. Buat-buat merajuk la konon.

“Jadi awak merajuk la ni? nak suruh saya pujuk ke macam mana?” Haliq Izimer sudah menaik-naikan keningnya.

“Tak hingin la! u tu bukan reti nak pujuk pun. Nak buat i marah lagi adalah.” Lara tidak menghiraukan lelaki itu sebaliknya sibuk melihat matahari terbenam. Tetapi hatinya ingin sekali Haliq Izimer memujuk.

Haliq Izimer tersengih. Suka melihat wajah comel Lara Laudya yang merajuk itu. “Meh sini meh, sudah-sudahlah merajuk tu. Geram saya tengok awak ni. Comel sangat.” Terus saja tangan Haliq Izimer memeluk bahu Lara Laudya. Ingin memujuk.

Lara Laudya mengigit bibir sambil menyilang tangan. Muram wajahnya. “Siapa suruh u peluk i ni? kena bayar tau!” Terpaku dia berdiri tidak berganjak. Hanya membiar Haliq Izimer memeluk bahunya.

“Ishh, tak kan saya nak peluk awak pun kena bayar. Berkira betul.” Haliq Izimer tersengih-sengih.

“Ooo...habis tu tadi tu u berkira tu apa? nah ambil balik jaket u ni.” Lara Laudya masih merungut. Dia segera melepaskan diri dan terus mencampak jaket kepada lelaki itu. Hilang mood nak tengok 'sunset’! Lara Laudya mengangkat kaki.

Haliq Izimer mengejar Lara Laudya. Senyuman masih terukir. “Sorry la. Saya gurau je. Jom kita tengok ‘sunset’ balik.” Haliq Iizmer terus mengheret Lara Laudya kembali ke tempat tadi.
Lara Laudya mengikut.

Mereka berdua hanya diam melayan perasaan sendiri. Biarpun matahari sudah terbenam, masing-masing masih berdiri tak berkutik. Tiba-tiba Haliq Izimer berdehem, dia mengalih menghadap isterinya. Lara Laudya yang mengerti isyarat itu juga menoleh memandang Haliq Izimer. Lama mereka merenung antara satu sama lain. Minmin yang berada ditepi Haliq Izimer mengesel-ngesel badannya di kaki lelaki itu.

Haliq Iizmer terbatuk-terbatuk. Dia memandang Minmin. “Erkk? saya rasa nak ke tandas jap. Tolong jagakan Minmin untuk saya.” Haliq Izimer mengangkat Minmin kemudian memberi kepada Lara Laudya. Laju kakinya menapak pergi.

Lara Laudya tergamam dengan tindakan Haliq. Dia menyambut huluran lelaki itu. Dalam pada masa yang sama, gadis itu tidak sedar yang disambutnya itu ialah kucing kesayangan Haliq. Bila dia sedar kucing itu sudah terlepas dari dukungannya dan melarikan diri. Dia cuba mengejar kucing itu tetapi tidak berhasil dan bayang-bayang kucing itu sudah hilang dari pandangan. Lara Laudya cuak. Mampus!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience