BAB 3

Romance Series 25713

Haliq Izimer bercadang hendak ke rumah mamanya petang itu.Sudah seminggu juga tidak menjenguk Puan Sri Hasrita semenjak perkahwinaannya bulan lalu.Dia mencari-cari kelibat Lara Laudya di dalam bilik namun gadis itu tiada.Dia menapak ke ruang tamu tetapi Lara Laudya juga tidak kelihatan di situ.Hanya Tungku Ladya yang berada di ruang tamu sambil menikmati minuman petangnya.

“Bonda,Lara mana?dari tadi Haliq tak Nampak dia.”Soal lelaki itu sambil memandang sekeliling mencari kelibat isterinya.

Tungku Ladya tersentak sedikit bila tiba-tiba menantunya menegur. “Ouh tadi dia cakap kat bonda nak ke butik.Dia tak bagi tahu kamu ke?”Haliq Izimer menggaru kepala.“Ada tadi. Cuma Haliq lupa kot.”Dia hanya tersengih kepada Tungku Ladya.

Wanita itu memandang pelik.Curiga dengan jawapan yang diberi menantunya itu. “Betul Dya bagi tahu kamu dia nak ke butik?bonda bukan apa,bonda kenal sangat anak bonda seorang itu.Bukan macam adik dia si Luna tu, degil tak bertempat.” Sambung Tungku Ladya.

“ Ehh betul la,kenapa Haliq nak tipu pula.”Lelaki itu tersenyum sumbing. “Ni Haliq nak kerumah mama kejap.Lama tak jumpa dia.Nanti Haliq pergi pick up Lara kat butik la.” Haliq Izimer meminta kebenaran.

“Haa ye lah,nanti kirim salam kat mama.Cakap kat dia nanti ada masa bonda pergi rumah. Bawa kereta hati-hati.”Pesan Tungku Ladya. Haliq Izimer hanya mengganguk.

Dalam pejalanan ke rumah Puan Sri Hasrita , telefon bimbit di dalam koceknya dikeluarkan. Dia menekan-nekan skrin mendail seseorang. Tidak sampai beberapa minit panggilannya di sambut.Terdengar suara seorang gadis.

“Helo...siapa ni?”Lembut nada suara gadis itu.

“Helo!awak kat mana ni?!”Soal Haliq Izimer marah.Tangannya masih memegang stereng. Hatinya panas dengan kelakuan gadis itu.“Main buat-buat tak kenal pula minah ni.” Bebel hati Haliq Izimer.

Lara Laudya yang tengah memotong kain bingung bila dijerkah lelaki tidak dikenali itu. “Maaf encik,tapi encik ni siapa?saya tak kenal encik tiba-tiba encik nak jerkah saya macam ni.” Bengang pula hati Lara Laudya dengan pemanggil ditalian itu.

Haliq Izimer terus memandu.Dia pasti dan yakin bahawa isterinya itu tidak menyimpan nombornya.Hatinya tiba-tiba panas. “Amboi cik kak,tak kan suami sendiri pun tak kenal? awak lupa ke awak tu dah ada suami?macam ni eh perangai perempuan zaman sekarang, sampai suami sendiri pun tak kenal.Ouhh kalau saya cakap saya ni Fattah Amin ke,alif aziz ke,Khairi jamaluddin ke awak kenal la?!”

Lama Lara Laudya diam.Dia seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.Dia mencerna kata-kata lelaki yang berada dalam talian itu.Suami? suami siapa?tiba-tiba dia menepuk kepala. Macam mana dia boleh terlupa pasal ni. Dia betul-betul lupa yang dia sudah berumah tangga.Dia mengutuk diri sendiri.

“Haa kenapa diam?baru nak ingat siapa saya”
Soal lelaki itu lagi.Kereta yang dipandu membelok memasuki rumah banglo tiga tingkat itu.

Lara Laudya sudah tersengih sendiri.“Laa u ke? i ingat Fattah Amin call nak ajak dating ke apa. Terkejut juga la i.” Lara Laudya menyambung semula kerja gunting kain yang tertangguh tadi.Selepas selesai menggunting kain, dia memanggil pembantunya menggambil alih kerja itu.Kakinya terus menapak ke arah pejabat.

“Ouh jadi kalau Fattah Amin call tadi awak happy la?dan sekarang awak menyesal sebab yang call awak ni suami ekpress awak kan? awak ingat saya nak call awak sangat?!” Marah lelaki itu.

Lara Laudya buat muka mnyampah.Ini la sebab kenapa dia cuba elakkan untuk bercakap dengan lelaki itu,pasti mereka berdua akan bertekak.Sudah sebulan mereka bernikah tapi setiap hari ada saja benda nak dijadikan modal untuk bertekak.Dimeja makan pun boleh dijadikan medan perang berebut makanan.Dua-dua tak nak kalah.

“U ingat i suka la nak jawab panggilan u?! i ingat Fattah Amin yang call tu la i jawab!”

“Elehh...awak ingat Fattah Amin nak kat awak? Muka macam susu basi ada hati nak Fattah Amin yang hensem tu.Boleh jalan la.” Kutuk Haliq Izimer.

Lara Laudya panas hati mendengar kutukan suaminya itu.“Helo! kalau i susu basi u tu apa?biawak Afrika?!”

Haliq Izimer ketawa kuat. “Biawak Afrika mahal tau tak?tapi awak susu basi tak da nilai dah. Dah basi buang je la.Melainkanlah Fattah Amin awak tu nak minum.Tapi belum minum pun dia dah lari.”Haliq Izimer terus ketawa.

Lara Laudya mengetap bibir.Geram.“Yang u ni tak habis-habis pasal Fattah Amin ni kenapa? u cemburu kan?”Teka Lara Laudya.

Haliq Izimer menggeleng-geleng kepala.“Dari saya cemburu dengan Fattah Amin awak tu baik saya cemburukkan diri sendiri.Saya lagi kacak dan sado dari dia okey!”

Lara Laudya malas melayan.Rasa macam nak blok nombor lelaki itu.“Tak da makna la.U tu i tengok kurus kering ada la!”

"Memang la sekarang saya kurus tapi awak tengok la nanti saya pergi buat badan.Terkejut awak sampai tak boleh tidur.”Balas Haliq Izimer sambil tangannya sibuk mengelap bahagian cermin kereta yang kotor.

Lara Laudya mencebik.“Memang suka perah santan sorang-sorang eh?”Perli gadis itu.

Haliq Izimer tergelak mendengar soalan itu. “Well...buat masa ni suka la juga.”

Bagai disindir pula.Lara Laudya buat-buat macam hendak mencekik Haliq Izimer walaupun lelaki itu tidak dapat melihat perlakuannya.“Whatever! dah la i banyak kerja ni.Jangan nak sibuk call i.Jangan harap i nak angkat!”

Belum sempat Lara Laudya letak telefon Haliq Izimer bersuara.“Jap,jap”

“What?u nak apa lagi? i banyak kerja ni.”

“Nanti saya pick up awak balik.Saya ada kat rumah mama ni.Tadi pun saya dah bagi tau bonda kita balik lambat malam ni.“

Lara Laudya mengganguk seolah-olah lelaki itu melihat anggukan itu.“Okey.Nanti apa-apa i call u.Tapi u jangan nak call i pulak, i banyak kerja so jangan nak ganggu i.”

“Saya faham la.Cakap sekali boleh kan?saya bukan pekak macam awak tu.”Haliq Izimer tersenyum bila dapat kenakan gadis itu.

“Okey fine!”Lara Laudya buat muka meluat.

Mereka berdua menamatkan perbualan.Haliq Izimer hanya tersenyum.Seronok kadang- kadang melayan kerenah isterinya yang degil itu.Lamunannya terhenti apabila dipanggil oleh Puan Sri Hasrita.Dia terus melangkah masuk ke dalam rumah mamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience