BAB 20

Romance Series 25713

Jam di dinding menunjukkan pukul 8.00 pagi. Lara Laudya terdengar bunyi ketukan di pintu. Tapi bunyi itu bagaikan mendodoinya untuk tidur semula.

"Lara ! Lara ! bangun la ! kenapa awak kunci pintu ni?" Kedengaran suara Haliq Izimer memanggil.

Lara Laudya masih tidak menyahut. Malas mahu melayan suaminya itu. Selepas solat subuh tadi Haliq Izimer sudah awal-awal menghilangkan diri. Lara Laudya mengambil kesempatan itu untuk melelapkan matanya seketika. Dia juga mengunci pintu bilik supaya Haliq Izimer tidak mengganggu tidurnya. Bukan dia tidak tahu lelaki yang satu itu memang tidak suka melihat dia senang, pelbagai benda hendak suruh dilakukan. Tolong buat sarapan la, tolong kemas la, tolong ironkan baju la huh ! ingat dia bibik ke nak suruh ini nak suruh itu. Sudah la badannya penat melayan kerenah Puan Sri Nazrah semalam di butik, alih-alih dipaksa pula untuk menginap di kediaman Raja Latif dan Tungku Ladya.

Lara Laudya rasa lenanya terganggu apabila selimut yang menutupi separuh badannya tiba- tiba direntap kasar. Lara Laudya yang sudah mahu terlelap tadi terus membuka mata. Dilihat Haliq Izimer sudah berada di hadapannya. Dia merengus kasar. Macam mana pula la mamat ni boleh masuk, bukan dia sudah mengunci pintu bilik ke tadi ? Ishhh ni mesti minta kunci pendua dari bonda ni. Menyebalkan betul la !

"Apa masalah u ni ?!" tengking Lara Laudya.

Haliq Izimer meraup kasar rambutnya. " Apa masalah saya ? nak dekat sepuluh kali saya ketuk pintu bilik awak boleh buat tak tahu je ! siap kunci pintu lagi. Awak saja kan? "

"Kalau saja pun kenapa? lagipun ni bilik i kan ikut suka la nak kunci ke nak apa ke u sibuk kenapa?" Lara Laudya buat bodoh dengan pandangan tajam suaminya itu. Malas mahu melayan sebenarnya.

"Ishhh la perempuan ni ! ada makan tapak kaki aku hari ni. Ada je jawapan nak balas." Haliq Izimer bermonolog sendiri. Hatinya disabar berkali-kali dengan kelakuan isteri 'tercinta' ni. Kalau tak disabar pasti gadis di depannya itu sudah mendapat gelaran janda muda.

"Bagi balik selimut tu, i nak tidur !" Lara Laudya mahu merentap selimut yang di pegang Haliq Izimer. Belum sempat selimut itu bertukar tangan Haliq Izimer terlebih dahulu menarik. Ini membuatkan pergerakkan Lara Laudya terdorong ke depan sekaligus tubuhnya selamat jatuh ke atas tubuh Haliq Izimer. Dua-dua terkarisma. Hanya pandangan mereka yang bersatu.

"Erkk... awak tak nak bangun ke? macam mana saya nak bangun kalau awak terus duduk atas badan saya ni?" tegur Haliq Izimer apabila tiada tanda-tanda isterinya mahu bangun.

Lara Laudya yang tadinya tidak berkutik terus kelam kabut mahu melepaskan diri. Dia malu sebenarnya, nanti lelaki itu kata dia pula yang ter hegeh-hegeh mahu memeluk Haliq Izimer. Lara Laudya cuba untuk bangun tapi entah silap dimana dia tidak dapat mengimbangkan badan terus Lara Laudya jatuh sekali lagi di atas badan suaminya.

Haliq Izimer teriak sedikit. Rasa macam badannya dihentak oleh objek berat. Wuishh berat juga isterinya itu, rasa macam tulang separuh patah dah ni. Lara Laudya menutup mulut, tiba-tiba datang rasa bersalah. Erkk ? berat sangat ke dia sampai lelaki itu mengadu kesakitan.

Lara Laudya yang kesian melihat lelaki itu terus bangun. Dia cuba mengangkat Haliq Izimer tetapi lelaki itu masih memegang tangan kanannya. Mungkin tangan itu la sakit sebab waktu tadi tangan itu yang menjadi sasaran badan Lara Laudya landing.

"U okey tak ? sorry i tak sengaja !" Lara Laudya sudah menggigit bibir. Rasa bersalahnya makin menjadi-menjadi. Bagaimana kalau tangan lelaki itu lumpuh ? mesti dia yang akan dipersalahkan. Lara Laudya menggeleng- gelengkan kepala.

Belum sempat Haliq Izimer membalas Luna Lafia sudah masuk ke dalam bilik itu. Dia yang mahu memanggil mereka berdua bersarapan pelik apabila melihat muka cuak kakaknya dan muka kesakitan abang iparnya itu.

"What's going on?" soal Luna Lafia dengan muka tanda tanya.

Lara Laudya yang melihat kelibat adiknya tercengang. Sejak bila pula Luna Lafia pulang ke Malaysia. Setahunya semalam gadis itu tidak ada di rumah pun. Ke sekarang ni hantu yang dia lihat. Ishh ! merepek la Lara Laudya ni.

"Sejak bila Luna balik ni ? kak Dya tak tahu pun!" Lara Laudya menjongketkan kening. Pelik bila tiba-tiba melihat adiknya di situ.

Luna Lafia menjuihkan bibir. "Mana nak tahu kalau dah semalam tidur macam tak nak bangun- bangun dah. Bonda pun ada panggil kak Dya ehh semalam jangan nak salahkan Luna pula."

Lara Laudya mengangguk- angguk kepalanya. Semalam bila sampai saja di rumah Lara Laudya awal-awal sudah masuk tidur akibat kepenatan. Mungkin sebab itu kot dia tidak perasan kepulangan Luna Lafia.

"Guys... i masih ada kat sini okey." Haliq Izimer tiba -tiba menyampuk apabila dua beradik itu seakan- akan tidak menghiraukan kewujudannya di situ. Dia dah la tengah menahan sakit boleh pula di biarkan sebegitu. Ceh!

Lara Laudya yang lupa mengenai suaminya itu menepuk dahi. "Tolong kak Dya angkat dia ni. Menyusahkan je !"

"Kenapa pula dengan abang Aliq ? apa kak Dya buat ni, hurmm ?" Luna Lafia membantu kakaknya mengangkat Haliq Izimer. Kesian melihat muka abang iparnya seorang ni.

Haliq Izimer buat muka bengang. " Untuk pengetahun Luna, kakak kesayangan kamu ni suka- suka hempap badan abang ni. Dia ingat dia tu ringan sangat la." Haliq Izimer sudah membebel.

Lara Laudya buat muka terkejut. Geram pula dengan suami 'tercinta' yang seorang ni. " Apa pula? u yang tarik selimut tu ! sekarang nak salahkan i pula !"

Haliq Izimer menjegilkan mata. Tu ada hati lagi nak menjawab. Sudah la dia yang bersalah pastu bukan nak minta maaf boleh pula tunding jari kat orang lain. Cis ! Haliq Izimer mengurut dada tanda masih bersabar dengan perangai Lara Laudya.

"Kalau dah salah tu minta la maaf. Apa yang susah sangat nak minta maaf? dah sah-sah awak yang salah. Siapa yang hempap siapa sekarang ni ?! itu pun susah !"

Lara menggenggam penumbuk. Memang la salah dia tapi Haliq Izimer pun bersalah dalam hal ni. Kalau lelaki itu tak merentap selimutnya tadi pasti semua itu tak jadi. Sudah la dia termalu sendiri bila Haliq Izimer merenungnya tadi, rasa macam ada taman bunga- bunga dalam hati tau ! Lara Laudya mengutuk diri sendiri. Macam mana la dia boleh cuai sampai begitu sekali.

Luna Lafia yang melihat hanya ketawa. Bukan baru hari ni dia melihat situasi itu malah sudah banyak kali. Sewaktu kakak dan abang iparnya itu bercuti ke Budapest pun sudah puas dia melihat mereka bertelingkah.

"Dah la apa nak gaduh- gaduh ni. Nanti kalau bonda nampak abang Aliq ngan kak Dya juga susah. Baik abang ngan akak turun bawah sekarang sebelum bonda naik heret dua- dua" Luna Lafia tergelak. Terus saja dia keluar dari bilik itu. Malas mahu melayan perangai tak semegah dua orang itu.

Haliq Izimer dan Lara Laudya memandang sesama sendiri. Kemudian dua- dua menjeling. Mungkin menyampah melihat muka masing- masing. Haliq Izimer yang mahu mengangkat punggung bersuara "Kalau tangan saya ni patah awak yang kena tanggungjawab, faham !" terus lelaki itu beredar.

Lara Laudya membaling bantal yang berada di atas katil apabila kelibat Haliq Izimer sudah hilang dari balik pintu. " I don't care !" dia menjerit kuat supaya lelaki itu dengar. Sakitnya hati bersuami kan lelaki seperti Haliq Izimer. Kalau ada pisau di situ sudah ditikam- tikam lelaki itu sampai lunyai. Biar kena penjara sekalipun dia tak kisah asalkan dia puas. Eh kejap ! betul ke tak kisah ni Lara Laudya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience