BAB 39

Romance Series 25713

Lara Laudya termenung jauh melihat langit yang dipenuhi dengan bintang - bintang. Fikirannya ligat memikirkan kejadian tiga hari lepas sewaktu dia dan Kairish bergaduh besar.

Lepas saja dari itu, tidak pula dia dan Haliq Izimer terserempak dengan lelaki itu. Kairish seperti chipsmore, kejap ada kejap tak ada !

Lara Laudya sendiri pun tidak faham. Mengapa Kairish mengejar cintanya sedangkan ada wanita lain yang lebih berhak ?

Bila memikirkan perihal bekas kekasihnya itu membuatkan Lara Laudya jadi serba tidak kena. Rasa bersalah terhadap Haliq Izimer selalu hadir.

Pandangan Lara Laudya jatuh pada Haliq Izimer yang berada tidak jauh dari situ. Suaminya itu sedang membakar ayam bersama Harith Izimer.

Malam ini mereka bertiga mengambil keputusan untuk berkhemah di tepi pantai memandangkan esok pagi mereka akan pulang ke Kuala Lumpur.

Saja mahu mengambil udara malam. Bukan selalu mereka bertiga mendapat peluang untuk berehat seperti ini, masing- masing ada komitmen yang harus dijalankan.

Memang dari awal idea untuk berkhemah ini dari adik iparnya, Harith Izimer. Jadi dia dan Haliq Izimer hanya mengikut tanpa bantahan.

Lama Lara Laudya memandang Haliq Izimer. Terbit senyuman pada bibirnya apabila melihat gelak- tawa suaminya yang tidak lekang- lekang.

Kalau lihat dari jauh pun suaminya itu memang kacak, tidak dapat dinafikan lagi ! orang buta saja tidak nampak bertapa ‘perfect' lelaki itu.

Pandangan Lara Laudya terus dikalih apabila Haliq Izimer sudah berjalan ke arahnya sambil membawa pinggan di tangan kiri dan kanan lelaki itu.

“Awak tengok bintang ke ?" tegur Haliq Izimer.

Pinggan yang berisi ayam, sosej, daging dan pelbagai jenis makanan laut diletak berhadapan Lara Laudya. Punggung dihenyak bersebelahan isterinya.

Lara Laudya hanya tersenyum lalu mengangguk perlahan. Matanya ralit melihat langit yang gelap dengan taburan bintang.

“Ke awak tengok saya ?" soal Haliq Izimer dengan sengihan.

Lara Laudya mencebik. “Perasan !"

“Eleh... cakap je awak memang terpukau dengan wajah ni. Ingat tak nampak ke awak skodeng saya ?"

Haliq Izimer meletak kedua tangannya di bawah dagu sambil menayangkan muka comel.

Mukanya dirapatkan sedikit ke wajah Lara Laudya. Mata yang bulat dikerdip berkali- kali.

Uhuk ! terbatuk Lara Laudya melihat suaminya itu. Ternganga mulutnya tak percaya dengan aksi Haliq Izimer. Memang la comel tapi sejak bila lelaki itu jadi tak cukup akal ni ?

“Ingat comel sangat ? macam ikan jerung ada la !"

Jari telunjuk Lara Laudya ditekan ke dahi Haliq Izimer. Perlahan dia menolak wajah yang hampir dengan mukanya itu ke belakang.

Haliq Izimer ketawa terbahak- bahak dengan riaksi Lara Laudya. Lagi buat hati Haliq Izimer terhibur bila isterinya itu memanggilnya dengan gelaran ikan jerung.

Nak bermanja- manja sedikit pun tak boleh. Kedekut ! “Ikan jerung ni juga la yang awak sayang..."

“Mesti la, dah suami saya. Siapa tak sayang suami kan ?" Lara Laudya tersenyum meleret.

Kening Haliq Izimer terangkat. Bukan sebab mendengar perkataan sayang yang keluar dari mulut Lara Laudya tetapi...

“Saya ?” soal Haliq Izimer seakan tidak percaya.

Lara Laudya memandang pelik. “kenapa ?"

“Kenapa tiba- tiba saya ? sebelum ni bukan pelat mat saleh ke ?" tanya Haliq Izimer. Sempat lagi dia memerli isterinya.

“Habis tu awak nak saya panggil apa ?! sayang ? honey ? biy ?" marah Lara Laudya. “Ke awak nak saya panggil awak ba... b...?”

Terburai ketawa Haliq Izimer bila Lara Laudya tidak menghabiskan percakapannya. Faham- faham sendiri apa yang Lara Laudya mahu cakap.

“Uishh ! garang sungguh !"

Masam muka Lara Laudya. Dia menjelin tajam.

“Kalau panggil baby sayang lagi nampak sweet !" Haliq Izimer angkat kening.

Euwww ! baby sayang ? lambat lagi !

“Tak nak, geli la berbaby- baby. Nanti terpanggil babi kan baru tahu !" Lara Laudya menjelir lidah.

“Amboi, boleh macam tu.” ujar Haliq Izimer dengan senyuman.

“Dah la, malas nak layan awak. Saya nak makan." laju Lara Laudya mengambil pinggan yang diisi dengan pelbagai makanan.

Ada udang bakar, sedapnya ! salah satu makanan kesukaaan Lara Laudya. Tahu- tahu saja Haliq Izimer yang dia sudah lama tidak makan udang bakar.

“Meh sini saya kopek. Saya tahu awak suka udang." pelawa Haliq Izimer.

Pinggan yang berada diatas riba Lara Laudya bertukar tempat. Pantas Haliq Izimer mengopek kulit udang dengan tekun. Lara Laudya hanya tersenyum melihat.

“Nah." Haliq Izimer menyua kembali pinggan.

“Terima kasih." ucap Lara Laudya.

Laju dia meratah isi udang. Heaven ! gembira Lara Laudya apabila dapat makanan kesukaannya itu. Dari mana Haliq Izimer tahu dia suka makan udang ? soalan itu tiba- tiba berlegar dalam fikirannya.

“Sedap ?" soal Haliq Izimer sambil melihat Lara Laudya yang sedang syok meratah.

Laju Lara Laudya mengangguk. “Nak lagi boleh ?"

Haliq Izimer hanya tersenyum.

“Rith ! ambil udang lagi !" laung Haliq Izimer kepada adiknya.

Harith Izimer yang masih sibuk membakar segala jenis makanan hanya mengangguk. Udang dan beberapa makanan lain diletakkan ke dalam pinggan.

Kakinya menapak ke arah unggun api di mana Lara Laudya dan Haliq Izimer sedang bersantai dan makan dari tadi.

“Amboi... bestnya suruh Rith bakar sorang- sorang kat sana." ujar Harith Izimer tak puas hati.

Suka sungguh dua orang manusia di hadapannya itu bersenang- lenang disini sedangkan dia berpanas- panas membakar makanan.

Tak aci betul ! mentang- mentang dia adik jadi Haliq Izimer dan Lara Laudya senang- senang membuli. Geram betul Hairth Izimer dibuatnya

“Ishh ! bagi la kami nak sweet- sweet sikit. Kau yang belum kahwin duduk sana diam- diam sudah." Haliq Izimer seperti menghalau.

Harith Izimer mencebik. Puihh ! sweet la sangat. Bukan mereka berdua asyik bergaduh saja ke ?

“Tang mana sweetnya ? abang bukan kayu plus batu ke ?" Harith Izimer mengutuk.

Terbeliak biji mata Haliq Izimer. “ Kurang asam keping betul ! meh aku terajang sekali nak ?"

Haliq Izimer sudah acah- acah menghala kaki kepada adiknya. Lara Laudya hanya ketawa melihat kelakuan mereka dua- beradik.

“Kak Lara mesti annoying dengan kayu ni kan ?" Harith Izimer menyoal.

Lara Laudya tergelak mendengar perkataan kayu yang keluar dari mulut Harith Izimer.

“Sangat !" jawab Lara Laudya bersungguh.

Haliq Izimer yang berada disebelah sudah menarik muka. Disiku perut Harith Izimer kuat. Suka- suka panggil orang kayu ! ingat dia Fattah Amin ke ?

“Perut Rith ! aduh..."

“Padan muka ! suka sangat mengutuk abang kan ? rasakan !"

“Rith main- main je..." dia menggosok bahagian yang disiku Haliq Izimer tadi.

“Tapi bagi akak abang Rith ni tak ada la kayu mana. Ada la juga sweetnya, cuma dia tak nak tunjuk kat Rith." tiba- tiba Lara Laudya menyampuk.

Haliq Izimer tersenyum bangga apabila dipuji. “See ? nak tunjuk buat apa, nanti Rith pula yang muak !"

Harith Izimer mencebik. “Kak Lara jaga hati je tu."

“Dengki !"

“Buat apa nak dengki ?"

“Cakap je la Rith jeles kan ?"

“Buat apa nak jeles ?"

“Rith kan tak laku, tak ada orang berkenan !"

“Siapa kata ?!" tajam pandangan Harith Izimer.

“Mengaku saja la."

“Rith pun ada orang nak !"

“Really ?"

“Yes !"

Haliq Izimer tergelak. “Siapa perempuan yang malang tu ?"

“Kak Lara... tengok abang Izim ni..." mengadu Harith Izimer. Dia memang begitu, manja sedikit dengan orang sekelilingnya.

Lara Laudya menggeleng. Ada saja benda yang nak digaduhkan. Entah apa- apa perangai la dibawa mereka berdua. Macam budak tadika bergaduh !

“Dah, dah... kejap lagi dua- dua kena campak masuk dalam laut tu !" Lara Laudya mengugut.

Harith Izimer menarik muncungnya tanda protes. Asyik- asyik dia yang kalah bila bergaduh dengan abangnya. Tak bagi peluang langsung !

Haliq Izimer sudah ketawa gembira. “satu, kosong."

Cis ! tak guna betul.

Harith Izimer mengambil telefon bimbit yang sedang berbunyi dalam poket jaketnya. Bulat mata Harith Izimer apabila melihat nama pemanggil dari video call itu.

Wajahnya yang muram tadi kembali ceria. Lebar saja senyuman pada bibirnya. Hatinya tiba- tiba berbunga gembira.

“Excuse me," dia meminta diri.

“Perempuan malang mana tu !" laung Haliq Izimer kuat apabila adiknya sudah jauh.

“Awak rasa siapa call dia ? gembira lain macam saya tengok." Lara Laudya tiba- tiba menyoal.

“Entah. Kawan dia kot." Haliq Izimer mengangkat bahu.

“Girlfriend, maybe." ujar Lara Laudya pula.

Haliq Izimer buat muka tak percaya. “Tak kan kot ?"

“Kan saya dah cakap maybe. Dah la, saya nak pergi tandas." laju Lara Laudya mengangkat kaki. Dia sudah tak tahan !

Belum sempat Haliq Izimer mahu bersuara isterinya itu sudah lesap. “Lajunya hilang..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience