BAB 2

Romance Series 25713

Suasana dimeja makan itu sepi sahaja.Haliq Izimer yang sedari tadi hanya menyumbat makanan ke dalam mulut terbantut apabila disoal oleh Tungku Ladya. “Lepas ni kamu berdua nak berbulan madu kat mana?” Lara Laudya yg baru meneguk air tiba-tiba tersedak. Pandangannya terus menghadap Tungku Ladya kemudian beralih menghadap Haliq Izimer.

Lelaki itu hanya menggarukan kepala. “Entah la bonda,tk terfikir lagi kot.Lagipun saya tak boleh cuti lama-lama sebab tak ada yang nak menjaga klinik tu.”Lara Laudya disebelah hanya mengangguk mengiakan kata suaminya itu.Dia sendiri pun tk terfikir nak pergi berbulan madu. Maklum saja la mereka berdua berkahwin atas faktor paksaan.

“Ewahh kamu berdua ni...dah la kahwin pun tk buat majlis besar-besar,ni bonda suruh gi honeymoon pun tk nak?” Bulat mata Tungku Ladya memandang mereka berdua.

“Alah bonda ni,honeymoon je pun.Tu pun nak jadikan isu ke?cukup baik tau kami setuju nak kahwin ni.”Lara Laudya buat muka selamba.

“Eh budak ni!main-main pulak dia.Abang,tengok budak bertuah ni." Ngadu Tungku Ladya kepada Raja Latif yang duduk disebelah.Lelaki itu tidak endah dengan teguran isterinya itu.Dia masih memandang telefon bimbit didepannya.Tungku Ladya naik angin.Seolah-olah dirinya tk ada disitu.Suaminya itu lebih sibuk dengan “kawan digital"nya. “Abang!oh...berinsta dengan perempuan mana tu?mengada eh!”

Lara Laudya dan Haliq Izimer yang melihat adegan itu hanya ketawa kecil.Nampak seperti Raja Latif menyebelahi mereka.

Raja Latif mengerutkan dahi. "Apa awak ni?saya tengah cek saham la.Tak ada nya saya nak berinsta dengan perempuan kat luar sana tu. Diaorang tak secantik awak la.” Raja Latif mengenyitkan mata kepada isterinya.

Tungku Ladya mencebik.“Yalah.Manalah tahu awak ada hati nak pasang lagi kan?” Dia menyindir sambil memuncungkan bibir.

“Ishh la bonda ni!tak ada nya ayahanda nak pasang lain.Tak laku dah.Ayahanda kan dah tua.”Lara Laudya ketawa.Haliq Izimer hanya memerhati perbualan tiga beranak itu.

“Haa betul la apa kata Dya tu.Awak ni je curiga lebih.”Raja Latif menyokong kata-kata anaknya itu.Tungku Ladya mencebik lagi.Masih menarik muka masam.Ada saja dua beranak itu nak kenakan dirinya.“ Tapi apa yang bonda tu cakap betul jugak,kamu berdua kena la pergi honeymoon.Bukan sebab apa,nak kenal hati budi masing-masing katakan.”Sambung Raja Latif sambil menghadap puteri sulungnya itu.

Lara Laudya buat muka tak puas hati.Ingat boleh lari dah dari bab-bab honeymoon ni. “Tak nak la ayahanda,lagipun Dya sibuk dengan butik tu.Betul tak u?”soal Lara Laudya kepada Haliq Izimer dengan suara yang meleret. Dia buat isyarat mata kepada lelaki itu mengatakan “baik u cakap ya kalau tak mati u!”

Haliq Izimer pun apa lagi,sama-sama mereka tersenyum meleret.“Haa betul la tu.Kami sibuk sangat....sampai nak makan pun kadang-kadang sempat kadang-kadang tk sempat.Betul tk sayang?” Soal Haliq Izimer sambil mengurut- ngurut belakang isterinya itu.

Mencerlung mata Lara Laudya memandang Haliq Izimer.Rasa nak hempuk kepala lelaki itu biar sampai lunyai.Sesuka hati tok nenek dia pegang-pegang.Kalau nak pegang bayar la!

“Aikk?tak kan sibuk sangat sampai tak sempat nak makan.Kamu bukan jaga orang sakit pun Haliq,jaga haiwan je pun kat klinik tu.”soal Tungku Ladya lurus.

“Haa betul kata bonda kamu tu.Tak kan sibuk sangat sampai nak makan pun tk sempat.Sibuk sangat tu ya Haliq?”Sampuk Raja Latif.Pelik orang tua itu dengan kesibukkan menantu seorang ini.

Lara Laudya yang dari tadi mendiamkan diri menyampuk.“Betul la ayahanda,bonda.Bukan je nak makan tak sempat,kadang-kadang dia tidur pun kat klinik.Betul tak sayang?”Lara Laudya memerli balik.Dalam pada masa yang sama dia cuba melepaskan diri dari dipeluk oleh lelaki itu.Dengan pantas dia menendang dengan kuat kaki Haliq Izimer.

“Arghh!”Lelaki itu terjerit akibat tendangan kuat isterinya itu.Dia mengurut-ngurut kaki.Tajam saja pandangannya melihat Lara Laudya.Rasa macam nak telan pulak gadis itu hidup-hidup. Lara Laudya tersengih panjang.

“Kamu ni kenapa Haliq?tiba-tiba menjerit?”Soal Tungku Ladya pelik.

Belum sempat lelaki itu menjawab Lara Laudya menyampuk. “Nothing bonda, semut je tu.Kan u kan?” Haliq Izimer mengetap bibir dengan soalan itu.Sengaja Lara Laudya kenakan lelaki itu.

“Macam ni la,ayahanda dengan bonda nak kamu berdua pergi honeymoon.Pergi mana saja yang kamu suka nanti ayahanda yang akan tanggung semua.Faham?”Raja Latif bangun dari kerusi lalu melangkah meninggalkan meja makan.

“Dengar ayahanda cakap.No excuse okey!.” Tungku Ladya juga bangun dan terus mendapatkan suaminya yang sudah berlalu pergi.

"Bonda!tak nak la!”Lara Laudya menghentak meja tanda protes.Dia memaling menghadap Haliq Izimer disebelah.Lelaki itu hanya ketawa. “Ingat kelakar ke?”soal gadis itu kemudian menyambung makannya.

Haliq Izimer sudah tersengih panjang.“Best nya
dapat pergi honeymoon.Rasa macam nak pergi maldive la.”Lelaki itu berangan-angan.

Lara Laudya yang mendengar panas telinga. Demand sungguh!dah la orang belanja ada hati nak ke tempat mahal-mahal. “Jangan nak berangan eh!disebabkan kos honeymoon ni ayahanda yang support, jadi u kena ikut i.”

"Ehh kenapa pulak? awak kena ikut saya la.Saya ni suami so semua keputusan saya yang buat.”

“Ehh tak , tak.Sekarang ni kita nak guna harta ayahanda i untuk honeymoon tu so automatik la i yang kena pilih tempat tu.” jawab Lara Laudya sambil mengunyah makanan.

Haliq Izimer tak mengalah." Awak ingat saya tak mampu ke?harta keluarga saya pun banyak la. Saya cakap ikut saya so ikut saya la!”

“I tak nak! i nak pergi tempat yang i suka. Maldive tak best!”

“Nope!saya nak pergi Maldive.Jadi awak kena ikut saya.Muktamad!”

“Eii! i tak nak!kalau nak pergi sangat Maldive tu pergi la,i tak nak ikut.Pergi la honeymoon dengan ikan jerung kat sana.Bye!” Lara Laudya terus mengangkat punggung.Laju langkahnya dihayun ke arah bilik tidur.

Haliq Izimer buat muka tidak puas hati.“Ada ke suruh aku gi honeymoon dengan ikan jerung? Dari ikan jerung baik pergi dengan bini baru.” Haliq Izimer menepuk dahi.Dia hanya mampu menggeleng-geleng kepala saja.

r

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience