BAB 37

Romance Series 25713

Petang itu Lara Laudya dan Haliq Izimer menghabiskan masa mereka berdua di pantai. Sampai nak ke malam mereka bermain di situ.

Harith Izimer dari awal mereka sampai ke situ tadi batang hidungnya sudah tidak nampak. Resap ! mungkin anak muda itu menghabiskan masa mencuci mata sekitar pulau itu.

Maklum saja sekitar pulau itu kan banyak wanita- wanita cantik. Mungkin Harith Izimer mahu mencuci mata ?

Biasa la kalau masih bujang memang begitu. Kalau Haliq Izimer yang buat mahu Lara Laudya mencepuk lelaki itu. Saja mahu cari pasal namanya !

“Haliq ! tunggu la i !" laung Lara Laudya kuat. Dia sudah tersemput- semput akibat berlari.

Haliq Izimer yang sudah berlari jauh kedepan terus berhenti. Dia memusing menghadap isterinya sambil menghadiahkan senyuman.

“Lajunya lari ! i penat la..." mengadu Lara Laudya dengan muka cemberut.

Haliq Izimer terus ketawa. “Awak tu lambat sangat, lari macam itik. Terkedek- kedek !"

Cis ! Lara Laudya bengang apabila lelaki itu memanggilnya itik. Laju dia berlari ke arah Haliq Izimer dan dengan kuat dia memukul lengan lelaki itu.

“You memang nak kena !"

Haliq Izimer memuncungkan mulut. “Sakit la..." dia buat muka kesian.

“Itu la siapa suruh panggil i itik !" Lara Laudya menjelir lidah kemudian dia berlari laju meninggalkan suaminya itu di belakang.

“Dah memang awak macam itik ! habis tu saya nak panggil apa ?!" teriak Haliq Izimer kuat sambil mengejar Lara Laudya.

Mereka saling kejar mengejar antara satu sama lain. Dua- dua tak nak mengalah ! berebut- rebut mereka mahu ke depan dahulu.

Kalau tak Lara Laudya yang tarik, Haliq Izimer pula. Masing- masing ketawa bahagia. Lara Laudya terlebih dahulu berlari kehadapan meninggalkan Haliq Izimer di belakang.

“Lembab ! macam siput !" teriak Lara Laudya sambil menjelir lidah.

Haliq Izimer ketawa kecil.” “Tunggu jap saya datang ! bukan main awak gelakkan saya. Nak kena ni !"

Laju Haliq Izimer memecut lariannya untuk menyaing langkah wanita itu apabila dari jauh Lara Laudya sudah tergelak- gelak dan mengejeknya kerana dia berlari lambat.

Sampai saja dekat dengan Lara Laudya dia terus memeluk isterinya dari belakang. Lara Laudya yang seronok ketawa tadi terus terdiam dan tergamam.

Akibat gelabah dengan pelukan Haliq Izimer itu menyebabkan tubuh Lara Laudya sedikit terdorong kehadapan dan kakinya terkehel.

Dengan sekelip mata saja tubuh Haliq Izimer sama- sama jatuh mengikut tubuh Lara Laudya. Terguling- guling mereka di tepi pantai itu.

Nasib baik tidak ramai orang kalau tidak buat malu saja ! nanti orang ingatkan mereka buat drama bollywood pula, sudah !

“Haliq ! apa ni ni main tolak-tolak ?" marah Lara Laudya.

Erkk ! Haliq Izimer sudah menggaru kepala. Niatnya hanya mahu bergurau dengan isterinya itu tapi lain pula jadi. Tak tahu pula sampai terguling- guling macam dalam filem bollywood.

“Sorry, sorry... saya tak sengaja." Haliq Izimer sudah tersengih macam kerang busuk.

Muncung saja bibir Lara Laudya apabila suaminya berkata begitu. Cuba bagi salam dulu kalau nak peluk pun ini tidak, pakai langgar saja !

Nasib baik mereka terguling dekat atas pasir kalau terguling masuk ke dalam air lagi susah ! lain pula cerita yang jadi nanti.

Lara Laudya cuba pelan- pelan bangun tetapi laju saja punggungnya menyembah ke tanah semula. Kakinya terkehel !

“Sakit..." ujar Lara Laudya perlahan.

“Sakit ? kaki awak ke ?" soal Haliq Izimer cemas.

Cuak Haliq Izimer melihat wajah wanita itu. Rasa bersalah tiba- tiba menyusup masuk ke dalam hatinya. Itu la nak gurau tapi tak kena tempat last- last macam ni la jadinya.

“You la ni !"

Haliq Izimer menggaru kepala. “Maaf la awak, saya tak ada niat pun. Tak tahu pula sampai terkehel macam ni."

Tangannya memegang kaki Lara Laudya. Dibelek- belek kaki itu dengan tekun.

“Jom, saya angkat awak. Sampai bilik nanti kita letak ubat gamat. Sikit je ni, esok lusa baik la." ajak Haliq Izimer.

Dia membantu isterinya itu bangun. Lengan Lara Laudya di letak di belakang lehernya. Dia memapah wanita itu perlahan- lahan. Lara Laudya hanya mengikut tanpa banyak songeh.

“Sakit lagi ke ?"

“Sakit la... rasa macam terkehel sikit."

“Saya minta maaf, tak sengaja." mendung muka Haliq Izimer. Rasa bersalah pula pada si isteri.

Lara Laudya memandang lama raut wajah Haliq Izimer kemudian ada senyuman kecil pada bibirnya. Hatinya sedikit cair bila melihat wajah bersih milik suaminya.

Tak rasa langsung nak marah- marah seperti sebelum ini. Hati Lara Laudya sudah mula terpaut dengan keikhlasan lelaki itu. Lama dia menatap wajah itu.

“Kenapa tengok saya macam tu ?"

Tersentak Lara Laudya. Dia sudah tersenyum malu bila ditangkap melakukan jenayah. Erkk ! Maksud jenayah tu bila dia tidak meminta izin untuk melihat wajah Haliq Izimer. Satu jenayah besar baginya !

“Dah jatuh hati ke dengan ikan jerung ni ?" tanya Haliq Izimer. Keningnya diangkat sedikit.

“Mana ada !"

Kantoi sebab stalk suami sendiri ! Lara Laudya sudah ketawa dalam hati. Malu pula dia mahu mengaku yang sudah terjatuh hati kepada lelaki itu.

Bukan saja hati malah jantung, limpa, urat saraf, dan yang lain lagi lah ! semua sudah jatuh disebabkan lelaki yang bernama Haliq Izimer !

“Eleh... cakap je la. Nak malu- malu buat apa ? rugi nanti !" Haliq Izimer sudah tersenyum penuh makna.

Lara Laudya pula mencebik. Apa yang rugi ? tak ada rugi mana pun ! tiba- tiba ada bisikkan yg singgah ke telingannya.

‘Rugi la ! si Haliq Izimer ni sudah la kacak, baik pula orangnya. Doktor lagi, cukup package ! rugi kau tak jatuh cinta dengan dia. Kalau orang lain sambar lagi putih mata !"

Laju Lara Laudya menggeleng- geleng. Mukanya jadi merah menahan malu. Betul apa yang dia dengar. Haliq Izimer memang baik.

Selama mereka berkahwin lelaki itu tidak pernah mengambil kesempatan terhadap dirinya. Cuma lelaki itu sedikit annoying saja !

Tetapi mungkin disebabkan itu dia jatuh hati kepada suami sendiri. Orang tua- tua cakap gaduh- gaduh sayang namanya itu !

“Kalau i jatuh cinta dengan you apa yang i dapat ?" soal Lara Laudya apabila Haliq Izimer mendudukkannya di atas bangku yang jauh sedikit dari pantai.

“Emm... apa awak dapat eh ?" Haliq Izimer seolah- olah sedang memikir.

“Elok- elok la ! i tanya ni apa yang i dapat ?" marah Lara Laudya.

Haliq Izimer sudah tergelak. “Sabar la saya tengah fikir ni. Tak menyempat la awak ni."

Lara Laudya memasamkan wajahnya. Merajuk ! orang tanya elok-elok lelaki itu main- main pula ! dia sudah la tengah serius.

Lihat saja muka Lara Laudya buat Haliq Izimer lagi mahu ketawa. Comel isterinya buat muka seperti itu, macam doraemon pula. Pantas Haliq Izimer menarik hidung Lara Laudya.

“Ishh ! apa ni ? tarik- tarik hidung pula !" Lara Laudya menepis.

“Garangnya ! isterinya siapa ni ?" Haliq Izimer tergelak panjang.

”Isteri you la ! yang entah apa- apa ni memang isteri you pun. Yang tak cantik, yang banyak songeh, yang annoying, yang belagak, yang kerek..."

“Okey... okey... stop sayang nanti sampai esok tak habis. Tak kan kita nak tidur sini ?" mahu gelak tergulin- gulin Haliq Izimer dibuatnya.

Tajam Lara Laudya menjeling. “Wait, you panggil i apa tadi ? sayang ?"

“Yelah, kenapa salah ke saya panggil sayang ?"

“You panggil i sayang tapi you sayang ke ? soalan i yang tadi tak jawab lagi." soal Lara Laudya tidak puas hati.

“Mesti la saya sayang sebab awak sorang je isteri saya."

“Jadi you sayang sebab i ni wife you je ? tak ikhlas ?"

“Eh, mana ada macam tu ! saya ikhlas la. Bila awak dah jadi isteri saya so saya dah janji nak sayang awak. Walaupun awak ni selalu menyakitkan hati tetap saya sayang..." Haliq Izimer tersengih menampakkan baris gigi.

Cis ! sempat mengumpat di hujung percakapan dia tu. “ Kalau you sayang i kenapa tak jawab soalan tadi. Apa i dapat kalau jatuh cinta dengan you ?"

“Kan saya cakap tengah berfikir. Haa ! saya dah ada jawapan."

“Apa ?" mata Lara Laudya tajam memandang.

“Kalau awak jatuh cinta dengan saya awak akan dapat..."

“Cinta saya la !" ujar Haliq Izimer sambil tersenyum lebar. Dalam dia memandang anak mata isterinya yang berada di sebelah.

Lebar senyuman Lara Laudya. Hatinya tiba- tiba berbunga gembira. Cinta Haliq Izimer ? jadi mereka akan membalas cinta antara satu sama lain ? malu betul dia rasa.

“Serius ni ? you tak menyesal bagi cinta you kat i ? i ni kan selalu menyakitkan hati you." perli Lara Laudya.

Perlahan Haliq Izimer menggeleng. “ Tak. Langsung tak. Tapi awak kena balas la cinta ikan jerung awak yang handsome ni. Nanti orang cakap saya syok sendiri pula."

Kepala Haliq Izimer dilentok ke atas bahu Lara Laudya. Dia memejamkan mata sambil senyuman tidak lekang dari bibir.

Tergelak Lara Laudya mendengar perkataan ‘ikan jerung'. “Jadi you sudi nak jadi ikan jerung i ? macam tu ?"

“Sudi. Tersangat sudi..." balas Haliq Izimer.

“Kalau macam tu i tak boleh bagi makan daging yang sedap- sedap la. Setakat bagi makan cinta i boleh la. Itu pun you kena bahagi dengan ayahanda, bonda dan Luna."

Haliq Izimer mengangkat kepala. “Okey deal ! dengan mereka boleh kongsi, tapi kalau dengan lelaki lain jangan harap !"

Mereka berdua sama- sama ketawa. Indah betul perasaan Haliq Izimer dan Lara Laudya saat ini. Tak dinafikan lagi perasaan mereka berdua. Masing - masing sudah terjatuh cinta.

Selama ini masing- masing asyik mahu bergaduh saja tetapi lama-lama sudah tersuka. Itu la orang cakap, jangan beria sangat gaduh nanti dah terjatuh suka payah !

Dalam sibuk mereka bergelak ketawa tiba- tiba ada seseorang menghampiri mereka berdua. Ada riak kurang senang pada wajah lelaki itu.

Dari tadi dia melihat pasangan itu sedang seronok bersembang sampaikan hatinya yang sejuk terus bertukar panas. Dia tidak boleh tahan perasaannya, dia cemburu !

“Lara..." panggil lelaki itu. Topi yang tersarung pada kepalanya dibuka perlahan.

Serentak Haliq Izimer dan Lara Laudya mengangkat kepala melihat lelaki yang berada di hadapan mereka. Berubah terus muka mereka berdua.

Haliq Izimer sudah buat muka kurang senang manakala Lara Laudya sudah menunjukkan muka bengis. Terus melayang moodnya bila melihat wajah itu.

“Awak buat apa kat sini ?" soalnya dingin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience