BAB 32

Romance Series 25713

Haliq Izimer menuruni anak tangga dengan cepat. Kelihatan keluarga mertuanya sedang berborak- borak dengan Puan Sri Hasrita dan Harith Izimer di hadapan pintu masuk rumah. Terus Haliq Izimer mendapatkan mereka semua disitu.

“Haa, Lara mana ? bonda dengan ayahanda dah nak balik ni." tegur Tungku Ladya.

Semua mata yang berada disitu sudah tertumpu kepada Haliq Izimer. Dia sudah menggaru kepala yang tidak gatal. Rasa macam buat salah pula bila semua menanti jawapannya.

“Dia tak berapa sihat bonda. Sakit kepala katanya." jawab Haliq Izimer sambil tersengih.

Raja Latif dan Tungku Ladya hanya mengangguk mendengar jawapan yang keluar dari mulut menantunya.

Luna Lafia disebelah hanya memandang tajam abang iparnya ‘ya ke sakit kepala ? ke Lara Laudy merajuk pasal tadi ?'

“Tak pa la, kami sekeluarga minta diri dulu Rita." Raja Latif meminta diri.

“Yalah, nanti ada masa kita jumpa lagi Ladya, Latif." Puan Sri Hasrita bersalaman dengan Tungku Ladya sambil memeluk besannya itu.

“In Shaa Allah, nanti ada masa Rita jemput la ke rumah. Boleh kita sembang lebih lama." ujar Tungku Ladya dengan senyuman dibibir.

“Terima kasih auntie." Luna Lafia pula menghulur tangan untuk bersalam.

Harith Izimer yang berdiri bersebelahan dengan Puan Sri Hasrita langsung tak dihiraukan. Hanya jelingan tajam yang dihadiahkan kepada lelaki itu. Mahu ketawa Harith Izimer melihat.

“Nanti apa- apa suruh kak Dya call Luna tau." pesan Luna Lafia kepada Haliq Izimer.

Selesai saja mereka bersalaman antara satu sama lain, Raja Latif dan Tungku Ladya beransur pergi. Luna Lafia yang berjalan dibelakang melambaikan tangan kepada mereka.

Tapi riaksi mukanya tiba- tiba berubah masam bila melihat Harith Izimer beria semacam melambai kepadanya. Menyampah betul dengan riaksi 'over' lelaki itu.

Tak suka ! itu saja yang ada dalam fikiran Luna Lafia. Macam la dia nak sangat lambai lelaki itu ! Mata Luna Lafia dijulingkan, sakit mata dibuatnya.

Kali ni Luna Lafia menjelirkan lidahnya pula kepada Harith Izimer sambil menunjukkan buku limanya. Haliq Izimer memandang pelik perlakuan adik dan adik iparnya itu.

“Ma, ada rasa something tak ?" Haliq Izimer tiba- tiba menyoal apabila bayang- bayang Luna Lafia sudah hilang.

“Something apa ?" Puan Sri Hasrita menyoal kembali.

“Yalah, anak mama sorang lagi tu macam ada something." tajam mata Haliq Izimer memandang adiknya yang sedang tersenyum.

“Apa ? Rith ke ?" Harith Izimer buat-buat tak tahu.

“Apa kamu berdua ni ? mama tak faham la ! dah jom masuk, tak kan berembun kat luar ni." Puan Sri Hasrita segera berlalu masuk ke dalam rumah.

“Ma ! Izim tak habis cakap lagi !" laung Haliq Izimer kuat.

Harith Izimer sudah tergelak besar apabila mama mereka tidak peduli dengan soalan dari Haliq Izimer. Dia menaikkan ibu jari kemudian dilayang dihadapan abangnya.

“Suka kau kan !" Haliq Izimer menampar punggung Harith Izimer. Kuat !

“Sakit la ! abang ni pahal main tampar punggung Rith ni ? sakit tau !" laju Harith Izimer berlari masuk.

Haliq Izimer apalagi, terus dia mengejar adiknya yang sorang itu dari belakang.

“Kejap ! abang nak tanya." Haliq Izimer menarik pula telinga Harith Izimer.

Tiba- tiba Harith Izimer memberhentikan langkahnya. Dia mengadu kesakitan. Tangan Haliq Izimer yang sedang menarik telinganya ditampar- tampar.

“Apa tarik telinga Rith, sakit la ! lepas !"

“Meh sini meh, abang belum selesai lagi !" Haliq Izimer mengheret Harith Izimer ke ruang tamu.

Harith Izimer meronta-ronta minta dilepaskan. Main kasar betul abangnya sorang ni ! bengang Harith Izimer dengan kelakuan tak bertauliah Haliq Izimer.

“Apa hubungan kau dengan Luna ? lain macam je abang tengok." tanya Haliq Izimer sambil merenung Harith Izimer.

Harith Izimer buat muka menyampah. 'Sibuk betul orang tua sorang ni !' bisik hati Harith Izimer.

“Hubungan apa pula ? tak ada la." Harith Izimer berusaha menarik tangan Haliq Izimer yang masih berada pada telinganya.

“Apa yang tak ada ? abang tengok kau macam dah lama kenal Luna. Rith jangan macam- macam, abang report kat kak Lara kamu baru tau !"

“Mama ! tengok abang Izim ni !" teriak Harith Izimer kuat memanggil Puan Sri Hasrita.

Dia mahu mengadu kepada mamanya ! berani Haliq Izimer menarik telinganya sampai jadi merah seperti kena bakar saja. Sudah la muka Harith Izimer putih melepak, bila telinganya jadi merah pasti nampak jelas.

“Jawab soalan abang dulu kalau tak jangan harap abang nak lepas !" Haliq Izimer sudah tersengih jahat.

“Mama ! tolong Rith !" Harith Izimer masih meminta pertolongan.

“Jawab !" Haliq Izimer menarik kuat lagi telinga Harith Izimer.

“Arghh ! sakit !"

“Cepat jawab ! kalau tak..."

“Tak nak ! mama ! tengok abang ni !"

“Apa kamu berdua ni ? macam budak- budak !" Puan Sri Hasrita tiba- tiba muncul dari dapur.

Dia menggeleng kepala saja melihat pertengkaran dua beradik itu. Macam- macam betul perangai ! dia yang sedang membuat kerja di dapur pun tidak senang duduk apabila mendengar suara Haliq Izimer dan Harith Izimer.

“Ni abang Izim ni ! dia tarik telinga Rith." Harith Izimer mengadu manja kepada Puan Sri Hasrita. Mukanya dicomelkan sedikit.

Haliq Izimer mencebik. “Mengada ! anak manja betul suka ngadu kat mama !"

“Biar la, mama kan lagi sayang Rith !" Harith Izimer menjelir lidah kepada abangnya.

“Sudah la tu. Izim tolong mama kejap." Puan Sri Hasrita kembali ke dapur.

Harith Izimer terus menolak tubuh Haliq Izimer apabila ada peluang untuk melarikan diri. Belum sempat Haliq Izimer berbuat apa, Harith Izimer sudah pun memecut laju naik ke tingkat atas.

“Sibuk je !" laung Harith Izimer dari tingkat atas.

Haliq Izimer merengus geram. Tak pa, nanti ada masa lagi nak tanya. ' malam ni kau selamat Rith, lain kali jangan harap boleh lari lagi.' bicara Haliq Izimer dalam hati.

“Izim !" namanya dipanggil Puan Sri Hasrita

“Okey ma, Izim datang ni." Dia terus mendapatkan Puan Sri Hasrita di dapur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience