BAB 33

Romance Series 25713

Lara Laudya membuka matanya perlahan- lahan apabila cahaya terang menyinari kamar itu. Dia melihat jam di sisi katil. Terus terbuntang mata Lara Laudya. Dah pukul 9 pagi ! lama betul dia tidur sampaikan subuh pun terlepas.

Badannya yang masih terasa lemah akibat demam semalam cuba di gerakkan. Perlahan- lahan Lara Laudya mahu bangun tetapi niatnya terbantut bila dia merasakan ada tangan seseorang di atas badannya.

Mata Lara Laudya yang masih samar- samar cuba dibuka. Mahu melihat gerangan siapa disebelahnya itu. Sudah la matanya sedikit masalah, tidak jelas siapa punya tuan badan yang sedang berbaring itu.

Jangan- jangan perompak ! atau pun perogol ! Lara Laudya sudah buat muka cuak. Macam mana kalau betul- betul orang jahat ? Tiba-tiba badan Lara Laudya menggigil. Laju tangannya menyelongkar laci bersebelahan katil.

Cermin mata bulat yang berada disitu disambar dan di sarungkan laju. Pandangan Lara Laudya terus terhala semula pada tubuh itu. Sekali lagi matanya terbuntang. Ini bukan penjahat ! ini bala namanya !

Wajah Haliq Izimer yang sedang nyenyak dibuai mimpi itu dipandang tajam oleh Lara Laudya. Bukan main lagi lelaki itu tidur, tak berkutik langsung ! sedap sungguh Haliq Izimer tidur di sebelahnya.

“Amboi sedapnya tidur !" Tangan Haliq Izimer yang berada atas badannya di tolak kasar.

Tubuh lelaki itu langsung tak bergerak. Betul- betul nyenyak ni !

“Tak gerak langsung ? serius la !" Lara Laudya bedongkol geram.

“Kejap, biar aku bagi dia gerak. Siap kau Haliq !"

Tanpa melengahkan masa lagi Lara Laudya dengan pantas menendang tubuh suaminya itu hingga jatuh dari katil. Haliq Izimer yang sedang nyenyak tidur tadi terus terbangun apabila dahinya sudah selamat mencium lantai.

“Adoi !" terdengar lelaki itu mengaduh kesakitan.

Terpinga-pinga Haliq Izimer dengan apa yang baru berlaku. Matanya yang tertutup rapat tadi terus terbuka luas. Badannya jadi sengal-sengal akibat ditendang Lara Laudya.

“Apa masalah awak ni ?!" soal Haliq Izimer dengan nada marah.

Lara Laudya hanya buat muka toya. “Apa ?"

“Yang awak main tendang- tendang saya ni pahal !" intonasi Haliq Izimer lagi meninggi, geram !

“Yang u pergi tidur sebelah i kenapa ? tempat u kan kat sana." jari telunjuk Lara Laudya dihala ke sofa.

“Ikut suka saya la nak tidur mana." Terkial- kial Haliq Izimer bangun. Badan yang terasa sengal cuba di gerak- gerakkan.

“Awak tahu tak berdosa awak tendang saya macam tu. Awak ingat saya ni bola ke sesuka hati nak main tendang segala. Yang awak nak marah sangat kenapa ? bukan saya buat apa- apa, tidur je kan !" sambung lelaki itu lagi.

Lara Laudya mencebik. “I tak suka ! kan i dah cakap katil ni i sorang je yang tidur !"

“Saya selesa tidur sebelah awak, so what ? saya kan suami memang tempat saya kat sini la." Haliq Izimer menjelin.

Annoying gila ! Hati Lara Laudya menjerit. Bibir diketap geram. Sikit- sikit alasan itu yang dipakai. Kerek betul ! mentang- mentang lelaki itu suami so semua benda dia nak tentukan ? Tapi... apa yang Haliq Izimer cakap semua betul !

“Pervert !" ujar Lara Laudya kuat.

Terbuntang mata Haliq Izimer mendengar ayat yang keluar dari mulut comel isterinya itu. ‘Pervert ? dia panggil aku pervert !'

“Awak panggil saya apa ?" tanya Haliq Izimer sambil buat muka tak percaya.

“Kenapa ? salah ke i cakap ?" Lara Laudya sudah tergelak suka.

“Awak cakap sekali lagi. Awak panggi saya apa tadi ? pervert, eh !" Haliq Izimer menahan geram. Memang nak kena isterinya ini !

“Yes ! u tu pervert !" Lara Laudya bingkas bangun mahu beredar.

“Lara ! awak memang nak kena !" laju Haliq Izimer mahu mendapatkan isterinya.

Lara Laudya mahu melarikan diri. Belum sempat separuh jalan, tak tahu mana silapnya kaki Lara Laudya tersadung pada permukaan pintu bilik dan dengan dengan sekelip mata tubuh kecilnya sudah tersembam ke lantai.

Haliq Izimer dibelakang sudah tergamam dengan kejadian itu. Cukup pantas ! dia sendiri tak sempat mahu berbuat sesuatu. Tengok- tengok wanita itu sudah cantik ‘landing' di situ.

“Itu la dosa dengan suami sendiri ! kan Allah dah bayar cash !" Haliq Izimer sudah ketawa terbahak- bahak.

Padan muka isterinya itu ! kurang ajar sangat, kan dah dapat balasan ! ini peringatan kepada semua isteri- isteri seperti Lara Laudya. Lain kali nak cakap tengok kiri kanan dulu.

Lara Laudya mengangkat muka sambil meraba- raba hidungnya yang terasa sedikit pedih. Rasa seperti ada cecair pekat yang mengalir dari hidung. Laju dia melihat pada jari.

“Darah !"

Ketawa Haliq Izimer tadi terus hilang bila Lara Laudya sudah tidak tentu arah. Gelabah wanita itu melihat darah yang sedang mengalir dari hidung mancungnya. Laju Haliq Izimer menghampiri isterinya.

“Aah la ! hidung awak berdarah ni."

“Haliq...darah ! kenapa hidung saya darah ?!" Lara Laudya sudah mahu menangis.

Haliq Izimer bingkas bangun mengambil tisu yang berada atas meja alat solek. Dihulur kepada Lara Laudya sambil menunjukkan muka risau.

Lara Laudya tidak mengambil huluran dari Haliq Izimer sebaliknya dia hanya memandang darah di jarinya. Haliq Izimer memandang pelik melihat kelakuan wanita itu.

“Ni darah kan ?" Lara Laudya tiba-tiba menyoal.

“Ye lah. Sini saya lapkan darah tu." Haliq Izimer duduk bersila. Dirapatkan tubuhnya pada Lara Laudya.

“No !!! darah !!!"

Terkejut Haliq Izimer apabila Lara Laudya menjerit macam orang gila. Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba macam ni kenapa ?! Beberapa minit kemudian Lara Laudya terus tumbang. Pengsan !

“Lara !"

Haliq Izimer menampar- nampar pipi Lara Laudya namun wanita itu langsung tak berkutik. Sudah ! isterinya sorang tak habis- habis dengan sinetron !

“Lara !!!!!!!!!!!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience