BAB 38

Romance Series 25713

Mencuka wajah Lara Laudya apabila melihat lelaki yang tidak diundang itu. Spoil mood dia saja ! dalam banyak- banyak tempat di Malaysia ini kenapa disini juga nak terjumpa pun ?

“Saya tanya ni, awak buat apa kat sini Kairish ?" soal Lara Laudya lagi.

Geram melihat Kairish yang hanya berdiri tidak berkutik dihadapannya. Haliq Izimer yang berada disebelah sudah bengang tetapi cuba disabar hatinya.

Tidak mahu dia bergaduh di tempat awam sebegitu, macam budak- budak saja. Haliq Izimer tidak la berfikiran tidak matang.

Dia masih tahan perasaannya walaupun dia sedikit cemburu dengan kedatangan Kairish. Apa lelaki itu ikut mereka sampai ke situ ? pelbagai soalan yang muncul dalam fikiran Haliq Izimer.

“Kalau awak tak ada apa- apa nak cakap kami minta diri dulu." Lara Laudya bangun dari duduk dan tangan Haliq Izimer dicapai. Mahu beredar.

“Lara, tunggu. Saya ada pekara nak cakap." Kairish menghalang laluan mereka.

Pandangannya bersilih- ganti melihat Lara Laudya dan Haliq Izimer. Wajahnya penuh mengharap agar wanita itu mahu memberi sedikit masa untuk mendengar apa yang hendak dia perkatakan.

Haliq Izimer menghembus nafas perlahan. “Tak apa la, saya tunggu awak kat tepi sana." jari telunjuknya dihala ke bawah pokok.

Laju Lara Laudya memperketatkan genggaman di tangan suaminya. Dia sudah buat muka tak rela. Haliq Izimer hanya tersenyum sambil mengangguk.

Perlahan dia melepaskan genggaman Lara Laudya dan terus berlalu pergi. Haliq Izimer berdiri di bawah pokok kelapa, dari situ dia masih dapat melihat Lara Laudya dan Kairish.

“Awak nak cakap apa ? saya tak banyak masa ni." soal Lara Laudya sambil memeluk tubuh.

Kairish menarik nafas. “Okey, first saya nak minta maaf dekat awak. Saya tahu saya salah. Saya minta maaf sangat- sangat."

Endah tak endah saja Lara Laudya mendengar kata maaf itu. “Saya dah lama maafkan awak." ujarnya.

Kairish sudah tersenyum mendengar apa yang keluar dari mulut Lara Laudya. “Jadi betul awak dah maafkan saya ?"

“Betul la, lagipun buat apa saya nak simpan dendam. Kita pun dah tak ada apa- apa. Semua cerita lama jadi kita berdua kena move on." ujar Lara Laudya lagi.

Hilang terus senyuman pada bibir Kairish. “Maksud awak kita memang tak ada apa-apa ? jadi kita dah tak boleh macam dulu ?"

“Kan saya dah cakap antara kita dah tak ada apa- apa. Saya pun dah kahwin." tajam anak mata Lara Laudya melihat Kairish.

Tiba- tiba Kairish mendengus kasar. Rambutnya di ramas kuat. Dia tidak dapat terima kata- kata Lara Laudya, dia tidak mahu kehilangan wanita itu. Dia masih sayangkan Lara Laudya !

“Tolong la Lara, saya masih sayangkan awak. Kita balik macam dulu balik boleh ?" merayu Kairish dengan muka penuh mengharap.

Besar biji mata Lara Laudya. “Kairish ! awak dah gila ke ? saya dah kahwin !"

“Awak boleh minta cerai dengan dia !"

“Kairish ! jangan kurang ajar dengan saya !" marah Lara Laudya. Hatinya yang tenang tadi tiba- tiba mendidih.

Gila ! ada ke patut lelaki itu suruh dia bercerai ? ingat kahwin ni main- main ke ?!

“Saya sayangkan awak ! saya tak boleh hidup tanpa awak, Lara !"

Pantas Lara Laudya menekup telinga. “Kalau sayang awak tak akan tinggalkan saya dan kahwin dengan perempuan lain ! awak lupa ke awak yang curang dengan saya !"

Dari jauh Haliq Izimer memandang kelakuan mereka berdua dengan perasaan curiga. Mula- mula tadi tengok elok saja bersembang.

Tetapi lain pula sekarang, seperti mereka sedang bertikam lidah. Ini tak boleh jadi, Haliq Izimer berjalan menghampiri Kairish dan Lara Laudya.

“Lara, awak salah faham. Awak dengar dulu penjelasan saya." Kairish menarik tangan Lara Laudya.

“Apa ni ! lepas la Kairish !" Lara Laudya pula mahu merentap.

Makin kuat Kairish menggenggam tangan itu. Dia tidak mahu melepaskan Lara Laudya. Kali ini dia tidak akan mengulangi kesalahannya yang dahulu.

Kejap Kairish menggenggam manakala Lara Laudya sudah meronta- ronta minta dilepaskan. Haliq Izimer yang sedang berjalan ke arah mereka sudah terbuntang mata.

Sakit hatinya apabila melihat isteri sendiri diperlakukan sebegitu rupa. Memang lelaki itu betul- betul naikkan kemarahannya !

Laju Haliq Izimer berlari bila melihat muka Lara Laudya sudah mahu menangis. Nanti kau ! kau belum jumpa lawan kau ! desis hati Haliq Izimer.

“Kairish , lepas la ! sakit tangan saya !" Lara Laudya cuba menarik tangannya tetapi tidak berhasil.

“Saya tak akan lepaskan awak ! saya tak nak jadi bodoh macam 5 tahun lepas ! saya nak awak bercerai dengan lelaki tu !"

Mata Kairish sudah merah menahan marah. Makin kuat dia menggenggam tangan Lara Laudya. Langsung tidak fikir perasaan wanita itu.

“Kairish..." panggil Lara Laudya sambil cuba ditahan air mata yang hampir menitik.

Tangannya sakit ! tak ada perasaan ke lelaki dihadapannya ini ? mana Kairish yang dia kenal 5 tahun lepas ? Kairish yang dia kenal tidak tega menyakitinya.

“Lara , saya..."

Belum sempat Kairish mahu berkata tiba- tiba satu tumbukkan tepat mengenai mukanya. Dia sudah tergolek di atas tanah seperti nangka busuk.

Terduduk Lara Laudya apabila pautan tangannya dan Kairish terlerai. Air mata Lara Laudya yang hampir menitik tadi terus laju mengalir. Dia sudah menangis teresak- esak.

“Ni bini aku ! jangan nak kurang ajar !" jerit Haliq Izimer dengan marah. Tajam dia memandang Kairish.

Kairish hanya tergelak sinis. Di lap bibirnya yang sudah berdarah akibat tumbukan Haliq Izimer. Kairish mengagah tubuhnya bangun perlahan- lahan.

“Kau jangan sesekali sakitkan dia, kalau tidak siap kau ! aku ni suami dia jadi tolong hormat sikit !" Haliq Izimer memberi amaran. Jari telunjuknya dihala tepat ke wajah Kairish.

“Kau ingat bila jadi suami kau dah dapat sepenuh hati dia ?" tanya Kairish dengan sinis.

“Itu tiada kaitan dengan kau !"

“Lara masih sayangkan aku !"

“Kurang ajar ! jaga mulut kau !"

Penumbuk Haliq Izimer sudah mahu melayang lagi sekali kepada Kairish tetapi cepat saja Lara Laudya menghalang. Pantas dia mencapai lengan Haliq Izimer.

“I nak balik bilik, please Haliq..." minta Lara Laudya dengan tangisan yang masih bersisa. Air matanya dilap laju.

Kesian Haliq Izimer melihat isterinya itu. “Jom, sayang." Dia mengangkat Lara Laudya lalu dipimpin wanita itu.

Perlahan- lahan dia berjalan sambil dipimpin Haliq Izimer. Lalu saja disebelah Kairish terus diberi pandangan tajam kepada lelaki itu. Meluat hatinya !

“Saya benci awak ! lepas ni jangan muncul depan saya ! jangan kacau rumah tangga kami ! saya muak tengok muka awak, muak !" Lara Laudya melangkah semula.

“Lara...tunggu..."

“Stay away from us !" ucap Haliq Izimer dengan nada yang keras. Kalau lelaki itu tak faham bahasa tak tahu nak kata apa !

Kairish sudah terkulat- kulat disitu. Hatinya bagai dirobek kasar, sakit ! itu perasaan yang dirasa sekarang. Melihat Lara Laudya berlalu pergi membuatkan hatinya makin menginginkan wanita itu.

Kairish akan lakukan apa saja untuk merebut kembali cinta Lara Laudya ! walaupun terpaksa membuat dengan cara kasar ! walaupun terpaksa membunuh, dia sanggup !

Haliq Izimer dan Lara Laudya yang sudah jauh meninggalkan Kairish di belakang hanya mengunci mulut masing-masing.

Tangisan Lara Laudya tadi sudah lama berhenti, cuma ada baki air mata yang masih berada di pipinya.

Kepalanya seperti berpusing mengingat kejadian tadi, Kairish sudah berubah ! lelaki itu bukan seperti yang dikenalinya dahulu.

“Awak okey ?" soal Haliq Izimer apabila melihat isterinya diam membisu.

Tesentak Lara Laudya sekejap. Dia seakan terlupa tentang Haliq Izimer itu. Lara Laudya sudah menyumpah diri sendiri, banyak sangat fikir pasal hal tak penting ! sampai suami sendiri boleh lupa.

“I okey. You jangan risau." Lara Laudya menghadiahkan senyuman.

“Sure, awak okey ?" soal Haliq Izimer lagi sekali.

Lara Laudya hanya mengangguk lemah.

“I minta maaf pasal tadi. You mesti tak suka." ucap Lara Laudya perlahan.

Rasa bersalah pula dengan kehadiran Kairish. Mereka datang ke sini untuk bergembira tetapi lain pula yang jadi. Haru sungguh !

Pantas Haliq Izimer menggeleng. Bukan salah isterinya, kenapa harus meminta maaf ?

“Saya tak marah pun. Tapi itu yang saya pelik, macam mana dia ada kat sini ?"

“Entah. I pun tak tahu." Lara Laudya juga pelik. Macam mana Kairish boleh berada di sini ?

“Kalau awak tak halang saya tadi dah lebam biji mata dia ! suka- suka pegang isteri orang ! saya pun susah nak pegang suka- suka dia saja ! memang minta penampar betul." bengang Haliq Izimer.

Lara Laudya ketawa kecil mendengar omelan Haliq Izimer. Tak padan dengan lelaki, mak cik bawang juga rupanya ! membebel saja memanjang !

“Okey...okey. Lama lagi ke nak membebel ? tak kan kita nak duduk tengah jalan ni sampai bila- bila." Lara Laudya sudah memuncungkan mulut.

Perasaan sedih Lara Laudya tadi terus hilang bila mendengar Haliq Izimer membebel. Comel saja suaminya itu saat mulutnya bergerak- gerak tidak mahu berhenti.

Haliq Izimer pula menggaru kepala. Iya juga kan ? sampai bila mereka mahu berdiri di tengah jalan ni. Mereka berdua sama- sama tergelak.

“Macam ni la baru best, suka saya tengok awak gelak. Cantik ! lain kali jangan menangis tau, saya tak suka tengok awak sedih. Nanti saya pun sedih juga." ujar Haliq Izimer dengan senyuman lebar.

Tertunduk sedikit Lara Laudya dengan pujian yang Haliq Izimer beri. Merona merah pipinya menahan malu. Hati Lara Laudya sedikit terharu mendengar apa yang disampaikan lelaki itu.

Semenjak mereka berbaik selalu saja dengar pujian dan kata- kata manis yang keluar dari mulut suaminya. Sweet juga ikan jerung kepunyaan puan Lara Laudya ni, opss !

“Abang Aliq ! kak Lara !" panggil Harith Izimer dari jauh.

Tangannya dilambai- lambai ke arah abang dan kakak iparnya sambil berlari mendapatkan mereka berdua. Pada tangan Harith Izimer ada sebuah kamera lalu diangkat dan dihala tepat pada Haliq Izimer dan Lara Laudya.

“Say cheese..."

Dengan sekelip mata saja gambar Haliq Izimer dan Lara Laudya terakam pada kamera. Muka mereka langsung tidak bersedia untuk merakam gambar pada waktu itu.

“Penyibuk utama dah datang dah..." Haliq Izimer sudah buat muka tak puas hati sambil mencebik geram.

Lara Laudya pula hanya mengeluh perlahan. Sibuk saja adik iparnya sorang ni, baru nak feeling- feeling romantic dengan husband tercinta. Kacau daun !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience