BAB 29

Romance Series 25713

Luna Lafia melangkah mendapatkan Lara Laudya di meja makan. Pandangan Luna Lafia dari tadi tidak lepas dari memandang Haliq Izimer dengan seorang perempuan.

Berbulu mata dia melihat, bukan main mesra abang iparnya itu ! siap begelak ketawa lagi. Haishh tak boleh jadi ni nanti tak pasal- pasal kakaknya jadi janda muda pula.

“Siapa perempuan yang dengan abang Aliq tu ?" soal Luna Lafia kepada Lara Laudya.

Lara Laudya tidak menghiraukan pertanyaan itu. Matanya hanya tertumpu pada ayam goreng yang berada dalam pinggan. Dia terus meratah tanpa banyak soal.

Luna Lafia bengang apabila kakanya itu buat endah tak endah saja. Terus dia menarik lengan wanita itu menghadapnya.

“Kak Dya ! Luna tanya ni jawab la ! siapa perempuan tu ?" Hujung shawl Lara Laudya sudah ditarik- tarik Luna Lafia.

Lara Laudya menepis. Mukanya masam, pahal pula main tarik- tarik ni ?

“Perempuan mana pula ? tepi la akak nak makan ni !" marah Lara Laudya. Tak suka bila diganggu sewaktu dia tengah makan.

“Perempuan dengan abang Aliq tu la ! tengok la !" Tadi Luna Lafia menarik shawl kini dia menarik- narik pula lengan kakanya.

Bengang Lara Laudya dengan perangai tak semegah adiknya seorang ni. Ada saja benda yang tak kena dimata gadis itu. Macam- macam sungguh !

“Kau nak suruh akak tengok apa ?! malam- malam ni tak ada benda cantik pun nak tengok. Ishh ! tepi la akak nak makan la Luna !" Tangan Luna Lafia pula ditepis kasar.

Luna Lafia mencebik. Orang nak tolong pun nak emo ! kalau betul- betul si Haliq Izimer tu ada affair dengan perempuan tu baru tau !

“ Kak Dya ni, Luna suruh tengok suami kesayangan akak tu la ! bukan main mesra lagi dengan perempuan tu !" Luna Lafia memuncungkan bibir ke arah abang iparnya.

Terus Lara Laudya mengalih menghadap arah yang ditunjuk Luna Lafia. Kening Lara Laudya terangkat sedikit apabila sepasang matanya disaji dengan pandangan yang kurang enak.

Hatinya tiba- tiba rasa seperti mahu meletup melihat Haliq Izimer bergelak ketawa dengan perempuan lain tetapi Lara Laudya cuba mengawal riaksi mukanya supaya nampak cool.

“ Biar la maybe kawan dia kot." Lara Laudya cuba menyedapkan hati. Malas nak ambil pusing !

“Kawan apa kalau mesra semacam." Luna Lafia sekadar memerhati sambil mengecilkan matanya.

Lara Laudya cuba mengawal emosi yang tiba- tiba jatuh merudum. Geram pula dengan adiknya itu. Dicampur pula dengan sakit hati dengan Haliq Izimer boleh buat dia tak rilek betul !

Peha Luna Lafia menjadi sasarannya mencubit. “Jangan asyik nak gosip !”

“Kak Dya ! sakit la !" Luna Lafia mengerang kesakitan. Dihurut- hurut pehanya itu.

“Tahu sakit ! nak kena lagi ?!" ugut Lara Laudya, tangannya sudah mahu mencubit lagi.

“Tak nak !" Luna Lafia sudah terjerit kecil. Dia terus mengelak dari serangan kakaknya.

Sedang seronok mereka berdua bergelak ketawa tiba- tiba nama Lara Laudya dipanggil. Terus mereka berdua menoleh pada suara itu.

“Kak Dya !" Harith Izimer dari jauh sudah melambai- lambai ke arah Lara Laudya sambil berlari anak mendapatkan mereka.

“Harith ?"

“Luna ?"

Terbuntang mata Luna Lafia melihat lelaki itu muncul di situ. Harith Izimer yang baru perasan dengan kehadiran Luna Lafia juga tergamam.

“Macam mana awak boleh ada dekat sini ?" serentak mereka menyoal.

Lara Laudya yang berada antara mereka sudah buat muka pelik. Adik dan adik iparnya ini pernah berjumpa ke ? mereka kenal ke ? macam- macam persoalan yang bermain dalam fikiran Lara Laudya.

“Awak buat apa kat sini ? awak stalk saya eh ?!” Luna Lafia sudah menunding jari kepada Harith Izimer. Mukanya masam !

“Excuse me ! awak ingat saya tak reti buat benda lain ke selain nak stalk awak ? please la ! awak bukan cantik sangat pun sampai saya nak stalk awak 24 jam !" Harith Izimer mencebik.

Ingat dia syok sangat la dekat perempuan ni ? tolong la dia pun ada harga diri okey, tak nak la asyik dilabel stalker ! dia lelaki pun tahu malu la !

Tiba- tiba dia menggeleng. Bukan dia ke yang terhegeh- hegeh ikut Luna Lafia ? katanya Luna Lafia la jodohnya sebab mereka asyik berjumpa saja. See ! harini pun jumpa lagi !

Luna Lafia memetik jarinya apabila melihat lelaki itu seakan- akan berkhayal.

“Hello ! awak fikir apa tu ?! fikir nak buat jahat ?!" tebak Luna Lafia.

Pelik betul dia dengan lelaki dihadapannya ini. Berkali- kali mereka berjumpa tetapi tidak ada langsung tanda- tanda mereka ni boleh jadi kawan. Iyala asal jumpa gaduh, asal gaduh jumpa bila masanya nak berkawan !

“ Cakap baik sikit ! kenapa pula saya nak buat jahat dekat rumah sendiri !" Harith Izimer menjeling.

Ternganga mulut Luna Lafia. “Rumah awak ?"

“Yes ! rumah saya."

“Really ?"

“Yes.”

Luna Lafia tidak puas hati dengan jawapan Harith Izimer. “Serius la !” dia menaikkan suara sedikit.

“Yelah saya serius !” giliran Harith Izimer pula menaikkan suara.

“Eh, kejap ! " Lara Laudya terus menyampuk apabila dua orang yang berada dihadapannya ini tidak ada tanda- tanda mahu berhenti bertekak.

Lara Laudya melihat kiri dan kanan, ada tetamu yang sudah memandang mereka dengan pandangan tanda tanya. Biasalah kalau gaduh kecil macam ni, mesti orang nak tahu apa yang terjadi.

Lara Laudya hanya tersenyum sumbing. Nasib baik la Raja Latiff, Tungku Ladya, Puan Sri Hasrita dan Haliq Izimer berada di hujung khemah kalau tidak pasti pertengkaran mereka berdua akan diketahui.

“Korang berdua ni kenapa ? malu la tetamu tengok ! nanti kalau ayahanda dan bonda tahu kan susah !" Lara Laudya berbisik kepada Luna Lafia.

“Dia ni orang jahat kak Dya ! dia stalker !” Luna Lafia menyilang tangannya. Berpaling dari memandang Harith Izimer.

Harith Izimer membulatkan matanya. Suka- suka panggil orang stalker !

“Saya dah cakap kan ini rumah saya ! awak tak faham bahasa ke ?" Harith Izimer pun sudah hilang sabar.

Dari nak mengorat gadis itu terus tak jadi. Tak boleh buat isteri kalau lagaknya begini. Seram ! asyik nak melenting saja !

“Luna ni kenapa nak emo semacam ? betul la ni rumah Rith. Luna tak tahu ke ? Rith ni kan adik Haliq.” ujar Lara Laudya tak mahu dipanjangkan lagi petengkaran itu.

Kali ni Luna Lafia bukan saja tergamam, rasa macam nak buat- buat pengsan pun ada. Macam mana lelaki tak cukup akal ni boleh jadi sebahagian keluarganya ?

“Jadi ni la adik abang Haliq ?” soal Luna Lafia sekali lagi. Tak percaya !

Harith Izimer dulu mencelah. “Ya ! saya adik kandung kepada Haliq Izimer merangkap adik ipar kepada Puan Lara Laudya. Puas ?!"

Luna Lafia menggenggam penumbuk. “Tak suka ! benci !” laju Luna Lafia beredar. Malas berlama di situ buat sakit jiwa saja !

Laju Lara Laudya memandang Harith Izimer apabila kelibat adiknya sudah hilang. “Something fishy. Apa yang akak tak tahu korang tahu ?”

Harith Izimer hanya tersengih panjang. “ Nothing kak Dya ! nanti Rith sembang dengan akak ehh, sekarang nak pergi kejar jodoh jap."

Belum sempat Lara Laudya bersuara bayang- bayang lelaki itu sudah pun hilang. Tak sempat dia nak korek rahsia.

Lara Laudya melepaskan keluh. Dilihat ayam goreng yang masih banyak di dalam pinggan buat dia tidak berselera.Tiba- tiba badanya rasa tak sedap, rasa macam nak demam.

Dilihat Haliq Izimer masih tidak berginjak dari tempatnya tadi. Masih dengan perempuan yang sama dan masih dengan gelak tawa yang sama.

Berbulu mata Lara Laudya. Tak boleh jadi ni dia cemburu ! suka benar perempuan tu begelak ketawa . Siap Haliq Izimer ! dua- dua dia pancung sekejap lagi ! Lara Laudya meluru ke arah Haliq Izimer.

“Haliq ?" tegur Lara Laudya apabila dia sudah betul- berada di hadapan lelaki itu.

Dia hanya memberikan senyuman kepada perempuan yang berada di sebelah Haliq Izimer. Malas nak fikir bukan- bukan.

Tak kan dia nak ganyang perempuan tu pula sebab bersembang dengan laki dia kan ? nanti jatuh la saham ! itu bukan Lara Laudya okey ! tak main la berebut jantan ni ! Lara Laudya sudah gelak jahat dalam hati.

“Kenapa ? awak okey tak ?" soal Haliq Izimer apabila melihat wajah mendung isterinya itu. Dia risau.

“Tak ada apa pun. I nak masuk rumah ni." Lara Laudya memberitahu.

“Okey. Awak masuk la dulu sekejap lagi saya masuk." Haliq Izimer menyambung semula perbualannya tadi.

Lara Laudya tenganga. Niatnya mahu Haliq Izimer ikutnya sekali sebab dia tidak suka melihat kemesraan mereka berdua di situ tetapi lain pula jadi. Lelaki itu buat bodoh saja, boleh pula suruhnya masuk sendiri. Ceh tak guna ! dia merajuk ! terus Lara Laudya meninggalkan mereka berdua.

“Aku rasa isteri kau merajuk la." Iman hanya memandang Lara Laudya dari belakang kemudian berkalih memandang Haliq Izimer semula.

“Biar sekali sekala dia rasa macam mana cemburu." Haliq Izimer sudah tersengih dan iman pula hanya menggeleng.

“Jahat betul kau Dr. Haliq”

Mereka berdua sama-sama ketawa. Aqib yang baru mendapatkan Haliq Izimer dan Iman hanya memandang pelik. Apa yang seronok sangat ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience