BAB 8

Romance Series 25713

Sebaik saja tiba di rumah yang diduduki Luna Lafia, terpesona Haliq Izimer melihat keindahan rumah itu. Perhiasan dan perabot berkongsepkan budaya barat. Lara Laudya memandang Haliq Izimer di sebelahnya. Kelihatan lelaki itu seolah-olah terpaku membuatkan Lara Laudya hampir mahu ketawa. Seperti tidak pernah melihat rumah banglo yang besar pada abad ini. Sedangkan rumah keluarga lelaki itu lebih besar berbanding rumah kedua keluarga Raja Latiff di kota Budapest itu.

Luna Lafia memandang wajah abang iparnya. “Selamat datang abang Aliq and welcome home kak Dya! ” Ceria saja wajah gadis itu. “Bilik kak Dya dengan abang Aliq kat atas belah hujung. Sebelah dia bilik Luna.”

Haliq Izimer dan Lara Laudya mengangkat beg mereka masing-masing.Pet carrier yang mempunyai kucing kesayangan Haliq Izimer ditinggalkan di situ.Mereka menyusur Luna Lafia di belakang mendaki tangga. Sampai saja di hadapan bilik yang tertera dengan nama ‘LARA LAUDYA‘ mereka berhenti.

“Kenapa bilik ni ada nama awak?” Soal Haliq Izimer bingung.

“Ni bilik kak Dya la. Yang sebelah ni pulak bilik Luna.Kan ada tertera nama Luna tu.” Luna Lafia menunjuk ke arah sebuah bilik lagi. Haliq Izimer hanya mengangguk faham. “Lagipun waktu kak Dya study kat sini dulu memang kak Dya stay kat bilik ni.Ni kira bilik kami masing- masing la kat rumah ni. Bilik ayahanda dengan bonda dekat tingkat bawah. Betul tak akak?” Terang Luna Lafia sambil tersenyum manis.

Lara Laudya yang hanya mendengar penerangan adiknya itu mengangguk setuju. Haliq Izimer di sebelah sudah buat muka tidak puas hati. Kenapa gadis itu tidak pernah memberitahu yang dia pernah belajar di sini. Isterinya itu banyak menyimpan rahsia. Jarang untuk gadis itu menceritakan sesuatu hal padanya sepanjang tiga bulan perkahwinan mereka. Haliq Izimer mengeluh dalam diam.

“Okey la. Luna ada hal sekarang ni. Nanti kalau akak dengan abang nak apa-apa bagitahu Luna tau. Kita jumpa makan malam nanti okey!” Pesan Luna Lafia kepada mereka berdua sambil berlalu pergi. Haliq Izimer dan Lara Laudya memerhati sahaja langkah Luna Lafia menuju ke tingkat bawah sehinggalah kelibat gadis itu hilang.

“Awak tak pernah cakap pun awak study kat sini?” Soal Haliq Izimer laju. Lara Laudya tidak melayan sebaliknya membuka pintu bilik dan masuk ke dalam. “Helo...saya tanya tanya ni. Awak pekak ke?”

Lara Laudya melontar pandangan pada Haliq Izimer. Dia sudah duduk di atas katil. Beg pakaian yang di bawa dibuka. “U tak tanya kenapa i nak bagitahu pulak?”

“Habis tu awak nak mati pun tak nak bagitahu saya la, macam tu?” Balas Haliq Izimer geram.

Kerja Lara Laudya yang sedang mengemas terhenti. Dia memandang wajah Haliq Izimer lama. “Kalau i bagitahu pun u nak kisah ke? tak adanya. U tu kisah pasal Minmin u tu je!” Perli gadis itu.

“Eh! mana ada. Awak ingat saya ni kejam sangat ke sampai awak nak mati pun saya buat ignore je. Melainkan waktu tu Minmin dengan awak dalam bahaya, of course saya selamatkan kucing saya dulu.” Haliq Izimer tersengih.

“Ishh!!! menyampah! sudahlah. Jangan kacau i nak kemas baju ni. U keluar sekarang. Syuhh...” Lara Laudya menghalau Haliq Izimer keluar dari bilik.

Haliq Izimer mencebik. Tidak hirau dengan gadis itu. Dia kemudiannya membuka beg dan mengambil baju. Disangkut baju-baju itu ke dalam almari. Lara Laudya yang melihat segera menghalang. Diambil kembali baju-baju yang sudah disangkut oleh Haliq Izimer di dalam almari. Dia mendepakan tangan di hadapan pintu almari sambil menggeleng. “No! u tak boleh guna almari i. I tak suka orang lain guna almari ni!”

“Awak ni kenapa?tepi la saya nak letak baju-baju saya ni.” Haliq Izimer masih tidak menghiraukan Lara Laudya. Dia menolak tubuh gadis itu hingga terdorong ke tepi.

Lara Laudya tidak berputus asa. Dia tolak semula tubuh Haliq Izimer yang agak tinggi itu namun tidak berjaya kerana tenaga lelaki itu lebih kuat berbanding dirinya. Haliq Izimer yang melihat kelakuan isterinya tergelak kecil. “Ada hati nak lawan aku yang besar ni” bisik hatinya. “Kalau saya tak guna almari ni nak guna almari mana?kan ada almari ni saja dalam bilik awak.”

“Ala...guna la almari dalam bilik lain! rumah ni kan banyak bilik so u pilih je yang mana-mana. U keluar sekarang dari bilik i, i tak suka u kat sini.” Lara Laudya menghentak-hentak kaki. Seperti anak kecil yang tidak dapat gula-gula.

Haliq Izimer tidak melayan sebaliknya menyudahkan kerja mengemas baju. Lara Laudya yang bengang dengan perangai tidak peduli lelaki itu segera mengangkat kaki. Belum sempat dia melangkah Haliq Izimer cepat mengapai tangannya. Kemudian lelaki itu tersenyum. “Sekarang ni bukan kita berdua je dalam rumah ni. Luna pun ada kan. Macam mana kalau dia report kat ayahanda dan bonda? awak juga yang susah.”

Lara Laudya yang terpana dengan senyuman lelaki itu hanya terdiam. Benar juga apa yang di perkata suaminya itu. Kalau mereka tidur berasingan sudah pasti Luna Lafia akan melaporkan keadaan itu kepada ketua-ketua askar di Malaysia. Siapa lagi kalau bukan Raja Latiff dan Tungku Ladya. Tetapi hatinya separuh tak rela untuk berkongsi kamar itu dengan Haliq Izimer kerana kamar itu bukan seperti kamar tidurnya di Malaysia. Dulu sewaktu dia masih menuntut sebagai seorang pelajar, bilik itulah yang menjadi destinasi terawalnya untuk menghilangkan stress belajar. Seteruk mana dia menghadapi tekanan sewaktu final exam pasti dia akan pulang ke rumah untuk berehat sepanjang hari. Rumah banglo dua tingkat itu seperti syurga buat keluarga mereka. Raja Latiff mendirikan rumah itu selepas dua tahun menikahi Tungku Ladya. Sewaktu itu Lara Laudya masih berada dalam kandungan. Bila Lara Laudya bertanya kenapa rumah itu didirikan di situ, ayahandanya hanya menjawab dengan satu jawapan. Disitu la terbinanya kasih sayang keluarga mereka.

“Okey fine! tapi u macam biasa kat sana.” Lara Laudya menunding jari ke arah sofa di kanan katil. “Katil ni this mine! u jangan berani nak panjat.Kalau tak i tendang u sampai Malaysia balik.Benci!” Meluru dia melangkah keluar dari bilik. Haliq Izimer hanya ketawa dengan rajukkan gadis itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience