BAB 13

Romance Series 25713

Lara Laudya cemas. Kakinya tidak mahu duduk diam dari tadi. Dia mengigit-gigit jari. Kepalanya sekali-sekala tertoleh mencari kelibat Haliq Izimer. Saat ini hatinya betul-betul tak tenteram. Dari tadi hatinya membuat larian 100 meter. Penat dia bertengek atas batu itu, dia segera bangun. Kehulu-kehilir kakinya melangkah.

“Aduh! matilah aku macam ni. Apa aku nak cakap kat mamat tu. Dahlah ni negara orang, macam mana nak cari. Hishh...” Ngomel Lara Laudya sendirian.

Haliq Izimer yang baru datang mengerutkan dahi melihat Lara Laudya yang seperti orang gila. Cakap sorang-sorang. “Awak ni kenapa? dah kenapa pusing sana pusing sini. Pening saya tengok.” Soal Haliq Izimer sambil menggaru kepala.

Lara Laudya diam. Dia hanya menyengih macam kerang busuk. “Nothing! tak ada apa la.”
Melihat muka Lara Laudya yang semakin susah untuk ditafsir itu, Haliq Izimer segera melihat ke kiri dan ke kanan. Berubah muka dia. Baru dia perasan ada sesuatu yang tidak kena.

“Mana Minmin? saya tak nampak pun dari tadi.” Haliq Izimer memandang tepat ke arah Lara Laudya. Wajahnya sudah bertukar keruh.

Lara Laudya diam lagi. Dia seolah-olah memikirkan sesuatu. “Minmin?” Lara Laudya buat-buat senyum. Dia mengalih pandang menghadap tempat lain. Dilihat wajah Haliq Izimer sudah berubah. Takut Lara Laudya mahu memandang.

“Yes puan Lara Laudya. Saya tanya mana Minmin? jangan cakap yang...” Haliq Izimer sudah membulatkan mata.

Lara Laudya sudah seperti hendak menangis. Ampun! nampak gaya macam dia nak kena tembak berdas-das sekarang ni. “Sebenarnya... Minmin hilang!” Makin cuak Lara Laudya jadinya. Lebih-lebih lagi bila terperasan muka Haliq Izimer sudah merah padam.

“What! macam mana boleh hilang?! ” Kelat muka Haliq Izimer. Wajah Lara Laudya ditenung dalam. Makin kecil matanya memandang gadis itu.

Lara Laudya serba salah. “Ta...tadi...waktu u bagi Minmin, i tak perasan. Se..sebab... tu i terlepas dia. Tapi i dah cari tadi tapi still tak jumpa.” Tergagap-gagap Lara Laudya menjawab.

Haliq Izimer merengus. “Awak ni tak boleh harap! saya suruh jaga Minmin kejap pun tak boleh! apa yang awak boleh buat?! awak tahu tak bukan kejap tau saya bela Minmin tu, dah bertahun-tahun. Awak senang-senang bagi dia lari! ke memang awak sengaja bagi dia lari?! ” Marah Haliq Izimer. Wajahnya bengang. Bengang dengan isterinya yang langsung tak boleh diharap.

Lara Laudya terkejut. Pertama kali dia melihat lelaki itu benar-benar marah. “I minta maaf. Tapi salah u juga. U tahu kan i takut dengan kucing yang u pergi bagi Minmin kat i tu kenapa. Walaupun i tk suka kat kucing kurap tu tak ada la sampai i nk buang dia. ” Takut-takut Lara Laudya meminta maaf.

“Alasan! awak ni kalau tak melawan tak sah! setiap kali saya cakap mesti ada saja awak nak melawan. Isteri jenis apa awak ni? tak hormat suami langsung!” Haliq Izimer menaikkan suara sehingga orang ramai di situ berhenti melihat pentekaran mereka.

Lara Laudya terasa dengan kata-kata lelaki itu. Dia malu. Suaminya itu kalau marah bukan hendak dicover, ikut sesuka hati hendak melinting. “U ni kalau nak marah agak-agak la! orang tengok malu tau.” Lara Laudya bengang.

“Ooo...awak malu orang tengok habis tu awak tak malu melawan cakap saya! macam tu? ishh! dari awal saya tahu awak ni perempuan macam mana, cuma saya sabar je dengan kerenah awak. Awak ni bukan saja tak reti hargai suami tapi tak reti nak hargai orang sekeliling awak!” Bentak Haliq Izimer.

Lara Laudya memejam mata. Sampai hati suaminya itu menuduh sesuka hati. Dia mengaku mungkin selama perkahwinan mereka hatinya tidak ikhlas menerima lelaki itu tetapi dia masih tahu untuk hargai Haliq Izimer sebagai seorang suami. Dia bukanlah jahil sangat sampai tidak tahu hukum hakam. Air matanya berlinangan. Lara Laudya merenung Haliq Izmer.

“Okey fine! i tahu i salah tapi u tak boleh sesuka hati cakap i tak hargai u. Walaupun u bukan suami pilihan i but i sayangkan u! memang selama ni i selalu melawan cakap u tapi dekat hati i tak terniat sikit pun nak buat macam tu. Dan lagi satu, u jangan sesuka hati juga nak cakap yang i tak hargai orang sekeliling sebab kalau memang perangai i macam tu mungkin i tak kan terima u dalam hidup i!” Laju air mata Lara Laudya mengalir. Dia segera berlari meninggalkan Haliq Izimer di situ. Hatinya sedih di perlakukan sebegitu di khalayak ramai.

Haliq Izimer tergamam. Bukan sebab gadis itu menengkingnya tapi di sebabkan luahan hati Lara Ludya. Sayang? jadi selama ini gadis itu betul-betul sayangkan dia. Kenapa dia tidak tahu. Haliq Izimer menyesal dengan tindakan dia.

Dia cuba nengejar Lara Laudya tetapi gadis itu sudah pun menghilangkan diri. Haliq Izimer meraup muka. “Aduh, apa aku dah buat ni. Mesti dia marah aku.” Haliq Izimer terus meninggalkan tempat itu. Tujuan utamanya sekarang adalah mencari Minmin, kucing kesayangannya itu dan seterusnya sesi memujuk isteri tersayang!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience