BAB 31

Romance Series 25713

Tidur Lara Laudya terganggu apabila dia merasakan ada sesuatu di atas dahinya. Lara Laudya membuka matanya perlahan- perlahan.

Pandangannya terpaku pada sepasang mata bundar yang berada dihadapannya itu. Tiba- tiba suaranya bagai tersekat tidak mahu keluar.

Tangan Haliq Izimer meraba-raba dahi Lara Laudya. Sekejap dia mengangguk dan sekejap dia menggeleng. Lara Laudya hanya diam melihat tingkah laku manusia dihadapannya itu.

Mahu ditepis tangan itu dia sendiri pula yang tiada tenaga. Dibiarkan saja Haliq Izimer , malas dia mahu mencetuskan perang.

Lara Laudya betul- betul tidak larat, rasa seperti seluruh badanya tidak berfungsi. Habis semua makanan yang dimakannya tadi dimuntahkan semula.

“Awak demam ni, panas.” Haliq Izimer bersuara. Wajahnya sudah menunjukkan riak risau.

Lara Laudya menguatkan juga dirinya. Ditepis kuat tangan sasa Haliq Izimer. Mood dia sekarang ini sedang merajuk, tak ada masa dia hendak melayan lelaki itu.

Lara Laudya memasamkan muka. Dia memaling menghadap tempat lain. Senang cerita dia tak nak tengok muka lelaki itu ! dia menyampah ! siapa suruh Haliq Izimer lebih pentingkan perempuan tadi berbanding dirinya.

Haliq Izimer buat muka pelik. Apahal pula ? marah pasal kes tadi ke ? ke isterinya itu sudah mula cemburu ? Haliq Izimer sudah tersenyum panjang.
Ini la perempuan, kalau dah cemburu cakap je la kan lagi senang !

“Jom, saya bawa awak pergi klinik.” pujuk Haliq Izimer sambil wajahnya dimaniskan.

Lara Laudya menggeleng.“Tak nak !" suaranya di tekankan sedikit.

“Nanti melarat siapa yang susah ? saya juga kan.” Haliq Izimer memujuk lagi.

“Kalau i sakit pun u peduli apa ? u kan ada perempuan tadi tu, pergi la kat dia !" Lara Laudya memuncungkan mulutnya. Mata pula ditutup rapat.

Haliq Izimer sudah mahu ketawa. Ni kes merajuk la ni ! alahai... sejak bila isteri singanya ini pandai merajuk ? itu la selalunya asyik nak melenting saja, ini pandai pula nak cemburu segala.

“Apa pula saya tak peduli. Awak tu kan isteri saya jadi kalau awak sakit saya la yang susah. Saya yang kena jaga awak, tak gitu ?” Haliq Izimer bersuara selamba.

Panas telinga Lara Laudya mendengar. Rasa tidak sihat tadi tiba- tiba terus hilang. Sekarang dia rasa macam nak tendang suaminya itu jauh- jauh.

Dasar tak ikhlas ! lelaki semua sama ! hipokrit ! kutuk Lara Laudya dalam hati. Dia masih membatu, sedikit pun tidak bergerak. Dia benar- benar mahu tunjuk protes.

“Jom la sayang... pergi klinik jom." meleret saja suara Haliq Izimer. Keningnya diangkat berkali- kali. Susah juga nak pujuk orang ni !

“Apa sayang- sayang ?! nak suruh i tendang u sampai melayang ke ?!" jerkah Lara Laudya sambil menunjuk kakinya.

Terkejut Haliq Izimer dibuatnya. Garang bebenor isterinya itu. Kus semangat ! hai kalau orang lain ni dah lama cabut lari.

Nasib baik la dia ni masih mempunyai iman yang agak tebal kulitnya, bukan seperti kulit bawang. Haliq Izimer seakan memikir sesuatu, mahu pujuk isteri kena pandai.

“ Saya cakap kita pergi klinik so ikut cakap saya !" Haliq Izimer sudah menekan suaranya, dia harus tegas kalau nak berlawan dengan Lara Laudya.

“I tak nak !" Lara Laudya masih melawan.

Dalam sakit- sakit pun dia masih menolak- nolak Haliq Izimer sampaikan lelaki itu hampir jatuh katil. Tengok ! bertapa hebatnya seseorang yang bernama Lara Laudya.

“Betul awak tak nak ?" Haliq Izimer menjongketkan keningnya pula.

“Betul !"

“Tak menyesal ?" Dia memandang tajam Lara Laudya.

“Tak !” Lara Laudya mencebik. Ingat dia termakan ke dengan pujuk rayu. Tidak sama sekali !

“Betul- betul ni tak menyesal ?" Haliq Izimer menyoal bersungguh- sungguh.

“Yes !” dengan bangga Lara Laudya menjawab.

“Okey baik. Jangan menyesal." Haliq Izimer bangun dari duduknya.

Dia menarik nafas dalam-dalam. Kalau cara baik tak jalan jadi dia kena guna cara tak berapa nak baik pula la. Haliq Izimer mendekati isterinya itu dan 1...2...3 !

Lara Laudya terus menjerit apabila merasakan dirinya sudah diawan- awangan. Matanya yang tertutup tadi dibuka luas. Terkejut Lara Laudya apabila mendapati dirinya sekarang sudah berada dalam dukungan Haliq Izimer.

“Lepas la ! Haliq ! lepaskan i !” Meronta- ronta Lara Laudya minta dilepaskan. Semakin kuat jeritannya.

“Itu la saya cakap jangan menyesal !"

“Haliq ! lepaskan i ! i tak nak la pergi klinik !” Lara Laudya menumbuk pula lengan lelaki itu tetapi hampa tidak ada kesan langsung.

Haliq Izimer sudah tergelak. Padan muka ! orang cakap tak nak dengar kan ? baru tahu langit tu tinggi ke rendah. Lawan cakap suami lagi !

Haliq Izimer terus berjalan menghala ke pintu. Belum sempat tombol pintu dipulas dia terdengar esakan dari Lara Laudya. Tergamam dia dibuatnya, terus dia berhenti disitu. Isterinya menangis ?

Tangisan Lara Laudya yang perlahan tadi tiba- tiba menjadi kuat. Disembam wajahnya pada bahu kanan Haliq Izimer. Dia cakap dia tak nak ke klinik tetapi kenapa lelaki itu memaksa ? dia tak suka !

Lama mereka berkeadaan begitu tetapi tiada tanda- tanda Lara Laudya mahu berhenti menangis. Kalau Puan Sri Hasrita dengar pasti dia dipersalahkan.

“Lara... awak kenapa ?” Haliq Izimer rasa bersalah. Dia mendapatkan katil semula kemudian tubuh Lara Laudya diletak perlahan- lahan.

“Saya minta maaf, saya cuma nak bergurau. Tak sangka pula awak boleh menangis.” Kepalanya yang tidak gatal digaru- garu.

Lagi kuat rasa bersalah Haliq Izimer apabila tiada langsung suara yang keluar dari bibir mungil itu. Cuma tangisan yang kuat tadi sudah semakin perlahan.

Haliq Izimer berdehem berkali- kali mencari mood mahu memujuk. Kalau salah cara pasti dia kena baham dengan singa dihadapannya itu. Dia sudah tersengih apabila akalnya masih sempat membuat cerita kartun.

“Awak marah saya ke ? ” tanya lelaki itu sambil membuat muka comel, matanya dikelip - kelip.

Lara Laudya hanya buat bodoh saja. “ I tak nak pergi klinik tapi u paksa. I tak suka." jawabnya perlahan.

Tangannya laju mengelap sisa air mata di muka. Rasa malu pula bila menangis dihadapan suaminya itu, pasti lelaki itu cakap dia cengeng !

Selama ni punya la dia berlagak macho alih- alih malam ni lain pula yang jadi. Ini semua sebab klinik punya pasal ! Lara Laudya sudah memaki- maki dalam hati.

Haliq Izimer mengangguk tanda mengerti “Tapi awak demam ni. Kalau tak pergi klinik macam mana nak baik ?”

“I dah makan ubat nanti okey la." Balas Lara Laudya dengan suara lembut. Waktu genting macam ni suaranya pun malu- malu nak keluar.

“Lagipun i tak suka pergi klinik. Nanti kalau diaorang ambil darah i macam vampire tu macam mana ? darah i mahal tau." Sambungnya lagi.

Ketawa Haliq Izimer mendengar cerita kartun wanita itu. Ada ke patut samakan doktor dengan vampire ? tak masuk akal betul !

“Elehhh cakap je la takut kena cucuk ni boleh bagi alasan tak logik pula !" Haliq Izimer mencebik.

Baru la dia faham kenapa Lara Laudya menangis, tak nak ke klinik rupanya !

“Mana ada !" Lara Laudya menidakkan.

“Cakap je la nak malu apa. Dengan saya tak payah malu. Paling tidak pun saya gelak terguling- guling je." Haliq Izimer tersengih.

Merah muka Lara Laudya menahan marah. ‘Tak guna betul laki aku ni ! boleh dia nak gelak guling- guling !' Mukanya ditutup dengan selemut, malas nak tatap muka Haliq Izimer.

“Kalau macam tu saya turun bawah kejap. Ayahanda dengan bonda mesti nak balik dah.” Haliq Izimer mahu beredar.

Lara Laudya yang melihat lelaki itu mahu pergi terus menarik tangan Haliq Izimer. Terbantut langkah Haliq Izimer.

“Saya turun kejap je. Awak ada apa- apa nak cakap dekat ayahanda dengan bonda ?"

Lara Laudya menggeleng. “ U jangan lama sangat boleh ? i nak minta tolong u urutkan kepala i."

Haliq Izimer mengukir senyuman. “Tak lama. Kejap lagi saya naik balik okey.” tangan Lara Laudya digenggam seketika.

Lara Laudya mengangguk lemah. Dia hanya melihat saja tubuh lelaki itu hilang dari balik pintu. Matanya yang berat dari tadi ditutup perlahan. Sekelip mata saja dia sudah dubuai mimpi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience