BAB 17

Romance Series 25713

Sampai saja dirumah Lara Laudya terus mengurungkan dirinya di dalam bilik. Dia hanya duduk termenung dibirai katil. Lara Laudya menarik kotak yang terletak kemas di dalam laci bersebelahan katilnya itu. Dibuka kotak itu perlahan- lahan. Di dalam kotak tersebut terdapat beberapa helai surat dan seutas rantai berbentuk hati. Lara Laudya merenung rantai itu dalam- dalam , tiba-tiba matanya berkaca. Ingatannya terus kembali pada 5 tahun lepas.

Lara Laudya tersenyum apabila melihat Kairish dari jauh sudah melambai-lambai ke arahnya. Lara Laudya yang tadinya rawan kini kembali tenang. Dua ingatkan dia tidak akan ketemu lelaki itu buat kali terakhir sebelum dia berangkat ke Kota Budapest untuk melanjutkan pelajarannya.

"Saya ingatkan awak tak datang?" Lara Laudya tersenyum manis.

Kairish sudah tersengih. " Tak kan saya tk datang pula. Lagipun lepas ni susah dah kita nak jumpa. Awak kat Budapest saya pula kat Australia."

Tiba-tiba wajah Lara Laudya bertukar menjadi muram. " Ermm... yelah lepas ni awak boleh la cari perempuan lain kan!"

Kairish ketawa melihat wajah gadis itu. " Hish la awak ni! tak adanya saya nak cari perempuan lain. Yang lain tu sama macam awak."

" Betul ni? tak ada yang lain?" Soal Lara Laudya dengan wajah serious.

"Of course! saya janji tak ada yang lain. Sampai bila-bila, saya janji! " Kairish mengangkat sebelah tangannya seolah-olah berjanji.

Lara Laudya yang melihat kelakuan Kairish hanya tergelak kecil. Comel! itu saja perkataan yang terluah dalam hatinya.

Laju tangan Kairish mengeluarkan seutas rantai dari dalam poket seluarnya. Rantai itu berbentuk hati, kelilingnya diselaputi dengan permata berwarna merah dan ditengahnya mempunyai huruf "L". Kairish menghulurkan rantai itu kepada Lara Laudya.

"Ni untuk awak. Saya harap hadiah yang seberapa ni boleh buat awak gembira." ujar Kairish sambil tersenyum. Rantai itu sudah lama ditempahnya. Memang niat Kairish menghadiahkan rantai itu buat Lara Laudya sebelum dia berangkat ke luar negara.

Lara Laudya tergamam dengan pemberian Kairish. Dia benar-benar terharu. "Thanks Rish, saya akan simpan rantai ni sampai bila-bila."

"Rantai ni tanda awak milik saya, jadi jangan gatal-gatal nak cari lelaki lain kat sana. Kalau ada mana- mana lelaki kacau awak tunjuk je rantai ni." Kairish memberi arahan.

"Baik boss!" Lara Laudya mengangkat sebelah tangannya askar menerima arahan. Kemudian mereka berdua sama-sama ketawa.

"Saya pergi dulu, awak jangan lupa jaga kesihatan tau. Jangan lupa saya juga! " Pesan Lara Laudya sambil melangkah memasuki balai perlepasan.

Kairish melambai-lambai ke arah Lara Laudya. "Lara! saya sayangkan awak! nanti awak balik saya janji saya hantar rombongan meminang!" Laung Kairish kepada gadis itu.

Lara Laudya tersenyum malu dengan kata-kata Kairish . Dia pegang janji lelaki itu dan yakin dengan apa yang diucapkan Kairish. Makin lama bayang-bayang Kairish sudah tidak kelihatan. Tiba- tiba hati Lara Laudya menjadi sayu. Mungkin dia tak akan berjumpa dengan buah hatinya itu dalam jangka masa yang panjang.

HALIQ IZIMER menghempas tubuhnya di atas sofa. Rasa letih yang bersarang dalam dirinya tak dapat dihilangkan. Bayangkan dari pagi hingga ke malam tak henti-henti kliniknya itu dipenuhi dengan 'berekor-ekor' pesakit. Haiwan zaman sekarang ni banyak sangat dijangkiti penyakit berbahaya. Kalau tak dirawat cepat pasti memudaratkan manusia juga.

Penat berteleku di situ Haliq Izimer membawa diri ke dapur. Pintu peti sejuk dibuka perlahan. Botol yang berisi air kosong itu diteguk rakus, hilang terus hausnya tadi. Haliq Izimer yang sudah mahu mengangkat kaki segera berpaling apabila matanya jatuh pada kotak kek yang berada dalam peti sejuk itu.

Tangannya laju membuka kotak yang berwarna putih itu. " Cheese cake? siapa yang beli?" Haliq Izimer tertanya-tanya.

Melilau-lilau pandangan Haliq Izimer mencari kelibat Lara Laudya. Pelik apabila rumah dua tingkat itu sunyi sepi. Selalunya jam begini isterinya itu sudah pulang ke rumah.

Haliq Izimer segera memanjat tangga. Destinasi utamanya menuju ke bilik Lara Laudya, mungkin isterinya itu berada disitu. Sampai saja depan pintu tangan Haliq Izimer mahu mengetuk tetapi ditahan apabila dia terdengar bunyi kaca pecah dan esakkan seseorang.

Tidak tunggu lama lagi, Haliq Izimer segera merempuh pintu bilik Lara Laudya. Dia risau jika terjadi pekara buruk kepada isterinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience