BAB 10

Romance Series 25713

Usai bersarapan, Lara Laudya membawa Haliq Izimer mengenali kota Budapest. Hala tuju utama mereka adalah mercu tanda budapest iaitu Jambatan Chain. Budapest merupakan kota paling terbesar di Hungary. Ia terletak di kawasan eropah tengah dan dijadikan kota penting untuk perkembangan kebudayaan, pendidikan dan ilmu pengetahuan. Selain itu, terdapat lebih dari seratus mata air di kota ini. Disebabkan itu, tetdapat banyak spa yang didirikan di situ kerana sumber- sumber air panas senang untuk didapati.

Mereka berdua mengambil keputusan untuk menggunakan pengangkutan awam di situ walaupun telah dipelawa oleh Luna Lafia untuk menggunakan kereta gadis itu. Kata Lara Laudya tidak mencabar ‘honeymoon’ mereka itu jika hanya duduk di dalam kereta sambil bersiar-siar di kota Budapest yang cantik dengan permandangan. Perjalanan yang mengambil masa hampir setengah jam itu membawa mereka berdua melihat sungai Danube dari atas jambatan Chain. Haliq Izimer yang berjalan di belakang sambil membawa Minmin berlari-lari anak cuba menyaingi langkah isterinya di hadapan. Mereka berdua berhenti betul-betul ditengah jambatan.

Lara Laudya tersenyum gembira sambil pandangannya melihat-melihat sekitar jambatan itu. “Kalau u nak tahu ni la jambatan Chain. Penghubung kota Buda dan Pest.” Lara Laudya memberitahu sambil tangannya menunjuk ke arah hujung jambatan kiri dan kanan.

Haliq Izimer mengangguk faham. Infomasi yang di berikan Lara Laudya seperti lelaki itu sedang membuat lawatan sejarah saja. “Pandai juga awak ni. Siap tahu pasal jambatan ni segala. Ke awak search pak cik google je?” Haliq Izimer menaik-naikkan keningnya. Tangannya membelai Minmin yang tidur di dalam pelukkannya.

Lara Laudya menayang muka menyampah. Menjuling matanya mendengar persoalan lelaki itu. “Ishh, u ni memang nk kena! memang la i tahu sebab i kan membesar kat sini. Lagipun i pernah study kat sini tiga tahun lepas. Kan?”

“Ooo...saja ja nak usik awak. Itu pun nak emo.” Haliq Izimer sudah ketawa.

Lara Laudya menjeling manja. Terhibur pula dengan usikkan lelaki itu. “Kalau u nak tahu lagi jambatan ni dibina pada tahun 1849. Dan sungai Danube ni adalah pemisah kota Buda dan Pest. Jadi jambatan ni memainkan peranan penting buat kota Budapest ni.” Sambung Lara Laudya.

“Jadi sebab nak hubungkan kota Buda dan pest ni la mereka bangunkan jambatan ni?” Soal Haliq Izimer. Dia mengetuk-ngetuk tiang jambatan itu sambil matanya meliar ke seluruh penjuru jambatan itu.

“Yang u pergi ketuk-ketuk tu kenapa? ishh, orang tengok kita la.” Kalut Lara Laudya menghalang lelaki itu. Dia hanya memberi senyuman sumbing kepada orang-orang yang lalu-lalang disitu.

Haliq Izimer terdorong sedikit ke tepi apabila ditarik Lara Laudya. “Saya cuma nak tengok kuat mana besi dia ni. Ishh,tepi la.” Dia turut tersenyum mengikut Lara Laudya. Ditarik sedikit gadis itu.

Lara Laudya menepuk dahi. Ditarik Haliq Izimer mengikut langkahnya. “Dah jom, baik kita pergi sekarang. Nanti tak pasal-pasal orang ingat kita nak rosakkan tiang tu pulak.” Laju kaki Lara Laudya melangkah meninggalkan kawasan itu.

Haliq Izimer hanya tersenyum panjang apabila perasan yang Lara Laudya masih memegang tangannya walaupun mereka sudah jauh dari jambatan tadi. Lara Laudya memandang pelik melihat senyuman lelaki itu,kemudian matanya dijatuhkan pada tangannya yang masih memimpin Haliq Izimer. Segera ditarik laju tangannya. Wajah Lara Laudya membahang. Malu dengan kecuaian sendiri. Mesti Haliq Izimer ingat yang dia terhegeh-hegeh nak pegang tangan lelaki itu. Huh!

Haliq Izimer hanya tersenyum suka. Tiba di tepi jalan, Haliq Izimer menarik semula tangan yang di lepaskan Lara Laudya tadi. Dia memimpin tangan isterinya melintas apabila lampu isyarat bertukar warnah merah. Mula-mula Lara Laudya mahu membantah tetapi ditahan. Hanya mengikut lelaki itu menyeberangi jalan yang penuh dengan kereta. Dalam pada masa yang sama terpancul senyuman di bibir merah Lara Laudya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience