BAB 23

Romance Series 25713

Cawan yang berada di tangan di letak perlahan- lahan pada permukaan meja itu. Lara Laudya yang sedang bersantai di taman buatan rumah banglo tersebut hanya termenung kosong.

Ingatannya kembali pada kejadian seminggu lepas sewaktu Kairish bertandang ke situ. Selepas petengkaran mereka berdua lelaki itu terus menghilangkan diri. Tiada lagi bayang- bayang Kairish mengganggunya. Dia rasakan bagai terlepas dari tali gantung.

Dia puas ! puas dengan kehilangan Kairish. Lepas ni harap lelaki itu tak muncul lagi, buat pening kepala jika terus melayan manusia yang tidak faham bahasa. Lagipun dia sudah lepaskan semua yang terbuku di dalam hati selama ini kepada lelaki itu.

Disebabkan pekara itu juga, Lara Laudya tidak habis- habis di soal dan di perli suami sendiri. Konon- konon Haliq Izimer cakap yang dia buat drama sebab bekas teman lelaki datang merayu mahukan dia kembali. Ehh ! ingat dia minta ke ? dia pun rimas la dengan semua tu ! Haliq Izimer tidak habis- habis membahannya.

Habis saja termenung Lara Laudya mendongak menghadap langit yang terbentang luas. Cantik ! itu saja yang terluah dari bibirnya. Melihat bintang- bintang yang menghiasi dada langit buat hatinya pilu. Alangkah indah jika hidupnya bersinar seperti bintang- bintang itu ? Lara Laudya mengeluh panjang.

Tapi belum sempat fikirannya merawang ke lain Lara Laudya cepat- cepat berisgtifar. Masih belum cukup ke Allah berikan keluarga yang bahagia buatnya. Ya dia harus bersyukur dengan nikmat yang diberi. Dia cuma gagal dalam bab cinta saja tetapi yang lain semua sudah cukup.

Raja Latiff, Tungku Ladya dan Luna Lafia. Itulah pelengkap hidupnya sekaligus pemberi semangat Lara Laudya. Ouhh lagi sorang ! mungkin Haliq Izimer ? suami yang tangkap muat tu. Lara Laudya sudah tersenyum sambil menggelengkan kepala.
Haliq Izimer yang tidak melihat kelibat isterinya dari tadi segera turun ke bawah. Mahu mencari wanita itu. Semua penghuni di dalam rumah itu pasti awal lagi sudah dibuai mimpi, tengok saja la jam pun mahu menunjukkan pukul satu pagi.

Haliq Izimer yang tadinya sibuk menguruskan kerja tidak perasan yang Lara Laudya masih belum berada di bilik tidur mereka. Naik saja ke bilik kelibat wanita itu tidak ada. Itu yang dia laju turun semula. Dia jadi pelik bila tidak melihat isterinya, tak kan tidur bilik lain pula ?

Memang setiap kali mereka pulang ke rumah Raja Latiff dan Tungku Ladya mereka akan tidur sebilik. Takut nanti terkantoi dengan ayahanda dan bonda tak ke haru nak bagi alasan jadi sebab itu mereka mengambil jalan selamat. Walaupun tidur sebilik jangan harap Haliq Izimer dibenarkan tidur di atas katil. Awal- awal lagi dah di beri amaran oleh Lara Laudya. Kalau dia berani juga panjat katil pasti wanita itu akan campak dia ke dalam lombong.

Lain pula kalau di rumah mereka , Haliq Izimer dan Lara Laudya masing- masing ada bilik sendiri siap ada kawasan jajahan lagi. Siapa masuk kawasan musuh dendanya kena letak 50 sen dalam tabung. Sudah pasti tabung itu dipenuhi dengan duit Haliq Izimer saja. Mana tidaknya, lelaki itu pakai rempuh saja kalau mahu masuk ke bilik Lara Laudya.

Penat Haliq Izimer melilau satu rumah tiba-tiba matanya jatuh pada pintu rumah yang terbuka. Pasti isterinya itu berada di taman. Dia keluar dan terus menyarung selipar. Langkah diatur ke taman buatan ibu mertuanya itu. Taman itu dipenuhi dengan pokok rendang dan pasu-pasu bunga di sekelilinya. Dilihat Lara Laudya sedang duduk bersantai tidak jauh dari situ.

Mula la bercahaya mentol di kepala Haliq Izimer mendapat idea mahu mengenakan Lara Laudya. Dia perlahan- perlahan berjalan menghampiri wanita itu tanpa bunyi derap kakinya. Niat Haliq Izimer mahu terkejutkan Lara Laudya. Biar padan muka wanita itu !

Lara Laudya yang terasa seperti ada sesuatu ke arahnya sudah kelu. Tangan yang memegang cawan berisi kopi di keraskan. Mana tahu ada perompak malam- malam begini boleh juga dia simbah dengan kopi yang masih panas ini.

Belum sempat Haliq Izimer menyergah Lara Laudya wanita itu terlebih dahulu bertindak. Kopi yang berada di tangan di simbah ke arah Haliq Izimer. Belum sempat lelaki itu mengelak air kopi panas itu terus saja terkena pegelangan tangan kanannya.

“Auchh !" Haliq Izimer sudah terjerit kuat. Pedih, itu yang dia rasa kini. Mana taknya air panas kot ! dia memegang tangan itu menggunakan tangan lagi satu.

Lara Laudya yang mendengar jeritan itu berpaling. Alangkah terkejutnya dia bila disangka perompak itu adalah suaminya sendiri. Dia sudah menekup mulut sambil mata tidak kalih dari memandang Haliq Izimer.

Sudah ! kali ni salahnya lagi. Tak habis- habis dia menyakiti tubuh lelaki itu. Hadoi ! mati la nak ! Lara Laudya benar-benar rasa bersalah apabila melihat wajah kesakitan Haliq Izimer.

“ Haliq ! u okey tak ni ?" Lara Laudya sudah gelabah. Dia segera mendapatkan Haliq Izimer. Dia mengangkat tubuh itu lalu diduduk kan di kerusi.

Haliq Izimer hanya diam tidak bersuara tetapi wajah sudah bertukar merah. Mungkin sebab terlalu sakit. Tanpa kata Lara Laudya terus berlari laju masuk ke dalam rumah. Tidak lama kemudian dia keluar semula dengan ais dan besen di tangan.

Laju saja tangan dia menuam tangan Haliq Izimer yang terkena air panas tadi. Haliq Izimer terpaku dengan layanan wanita itu. Tak berkelip matanya memandang Lara Laudya.

“U okey tak ? i minta maaf sangat, i tak perasan u. Ingatkan perompak tadi " Lara Laudya meminta maaf. Jelas ada riak kerisauan di wajah putih mulus itu.

Haliq Izimer yang mendengar kata maaf dari mulut Lara Laudya hanya tergamam. Tidak pernah nak minta maaf sebelum ini alih-alih malam ni lain pula. Haliq Izimer pelik, selalunya kalau Lara Laudya buat salah kepadanya jangan harap nak dengar kata maaf, menyakitkan hatinya lagi adalah !

Dia merenung wajah itu lama, ada sesuatu yang menarik minat Haliq Izimer untuk melihat wajah wanita itu lebih dekat. Lara Laudya yang tidak perasan Haliq Izimer merenungnya segera menyudahkan kerja. Dibalut tangan Haliq Izimer perlahan- lahan, takut lelaki itu kesakitan pula.

“U okey tak ? sakit lagi ?" soal Lara Laudya buat kali ke tiga. Dia risau bila lelaki itu tidak menjawab. Sakit sangat ke tangan tu ?

Haliq Izimer tersentak dengan soalan isterinya. “Sakit..." meleret saja bunyi. Lebih kepada nak bermanja sebenarnya. Ceh ! Haliq Izimer ni tak malu betul ! sekali wanita itu bagi penampar baru tau.

Lara Laudya yang mendengar sudah buat muka kesian campur bersalah. “ I minta maaf... i tak sengaja."

Melihat muka mendung isterinya itu buat Haliq Izimer mahu ketawa. Mesti rasa bersalah yang amat Lara Laudya rasa sekarang. Kesian pula Haliq Izimer melihat wanita itu lagipun tangannya tidak la sakit mana cuma gedik saja lebih. Haliq Izimer sudah ketawa dalam hati.

“Tak ada apa la. Sikit je ni. Kan awak tak sengaja." ujar Haliq Izimer lembut. Dibelek balutan yang dibuat Lara Laudya itu. Kemas.

“Lagipun saya yang salah, sebab nak pedajal awak punya pasal last-last Allah balas cast" sambung Haliq Izimer lagi. Itu la nak buat jahat sangat dengan bini kan dah kena setempek ! Haliq Izimer pula yang rasa bersalah.

“Tahu tak pa ! padan muka ! buat jahat lagi." Lara Laudya menjeling. Nasib baik dia simbah air je kalau dia kasi karate tak ke naya si Haliq Izimer. Mahu tak bangun seminggu.

Haliq Izimer mencebik. Cis ! sempat lagi tu salah kan dia. Tadi beria minta maaf bagai tengok- tengok dia juga yang dipersalahkan. Haa ni baru betul Lara Laudya Raja Latiff ! kalau tak menyalah kan orang tak sah !

“ Yelah siapa la kita ni asyik dipersalahkan saja." Haliq Izimer buat ayat merajuk. Sentap dengan isteri sendiri. Kalau Lara Laudya pujuk tu dikira bertuah la kalau tak pandai-pandai sendri bawa diri.

Lara Laudya yang melihat muka monyok Haliq Izimer sudah tersengih. Mengada pula suaminya malam ni. Nak minta pujuk ke apa ? Lara Laudya pelik dengan diri sendiri, sekarang dia rasa tak nak marah lelaki itu seperti sebelum- sebelum ini. Haihh dah boleh terima cik abang ke ? erkk ?

“Dah tak payah nak buat ayat sentap. Meluat dengar." Lara Laudya sudah menjuih bibir. Lepastu dia tersenyum panjang. Di lari semula wajahnya ke langit.

Haliq Izimer yang melihat pelakuan wanita itu juga turut rersenyum. Dia kemudian melarikan pandangan mengikut Lara Laudya. Dilihat berjuta- juta bintang di langit membuat dia terbuai dengan keindahan ciptaan Tuhan itu. Hanya suasana sepi antara mereka. Dua- dua senyap seakan melayari perasaan masing- masing.

“ Haliq..."

“Lara.."

Serentak mereka berdua bersuara. Haliq Izimer sudah menggarukan kepala manakala Lara Laudya pula hanya tersenyum tipis.

“Ladies first..." Ujar Haliq Izimer.

“U rasa hubungan kita ni akan baik ke kalau di teruskan ?" soal Lara Laudya tanpa berselindung.

" Awak rasa ?" soal Haliq Izimer balik.

Lara Laudya sudah ketap bibir. “ I rasa..." teragak- agak dia mahu menjawab.

“Kalau saya la kan saya tak kisah. Saya rasa kita boleh mencuba. Memang la macam ambil masa tapi why not kalau itu yang terbaik buat kita dan keluarga." Haliq Izimer menaikkan kening.

Lara Laudya masih diam membisu atau kata lain sedang mencerna apa yang dikatakan oleh Haliq Izimer. Sedikit sebanyak ada benar yang diperkata suaminya itu. Kalau tak mencuba mana nak tahu hasilnya kan ?

Melihat kebisuan Lara Laudya buat Haliq Izimer menyambung percakapannya. “Okey biar saya tanya awak..." dia berhenti seketika. “ Awak dah boleh lupakan Kairish ?" sambungnya semula.

Zapp !

Dengar saja nama itu buat Lara Laudya mahu naik angin. Pantang ! tak suka nama lelaki itu disebut- sebut. Soalan apa la si Haliq Izimer ni bagi tak patut tau ! Lara Laudya diam sambil merenung Haliq Izimer.

“Saya tunggu jawapan awak ni..." Lelaki itu sudah menjongket-jongket keningnya tanda menunggu jawapan dari Lara Laudya.

Lara Laudya menarik nafas dalam- dalam. “ Yes ! i dah boleh lupakan dia. I tak nak ada kaitan dengan dia lagi. Titik !" jawab Lara Laudya bersungguh.

Haliq Izimer pula sudah mengangguk- angguk “ Kalau itu jawapan awak so kita boleh la cuba untuk hubungan kita. Macam mana?"

Lara Laudya memikir tentang soalan itu. Lama. Sangat lama. “ Okey ! deal !" Lara Laudya menghulurkan tangan tanda dia mempersetujui cadangan itu.

Haliq Izimer terus menyambung huluran yang di berikan. “Deal !”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience