BAB 5

Romance Series 25713

Puan Sri Hasrita membuka lembut pintu bilik Haliq Izimer.Dilihat anaknya itu hanya terbaring lesu di atas katil.Dia melangkah ke arah katil kemudian melabuhkan punggung bersebelahan Haliq Izimer.

“Penat sangat ke Izim ni?lain macam je mama tengok penat anak mama ni.”Tegur Puan Sri Hasrita sambil melihat anaknya yang masih terbaring sambil matanya dikatup rapat.

Haliq Izimer yang terdengar teguran mamanya itu segera membuka mata.“Penat la juga ma... pagi tadi ramai orang datang hantar haiwan kat klinik tu.”Dia segera bangun dari pembaringan.

Puan Sri Hasrita mengangguk-ngangguk.“Ni bila nak balik rumah?bukan main lama kamu melepak kat rumah mama.Dari petang sampai ke malam ni.Isteri kamu tak cari ke?”Soal wanita itu sambil memandang wajah anak lelaki sulungnya itu.

Haliq Izimer hanya memandang mamanya sambil tersenyum manja.Soalan yang ditanya mamanya dibiar berlalu pergi sahaja.Dia kemudiannya melentokkan kepala ke bahu Puan Sri Hasrita.Belum beberapa saat pehanya terasa sakit akibat ditampar.“Ishh kamu ni! mama tanya boleh pulak diam.”

“Mama!sakit la.Nanti kalau peha Izim patah mama nak ganti ke?tak nak kan?”Haliq Izimer menayangkan muka simpati kepada Puan Sri Hasrita sambil tangannya menggosok-gosok peha.

Puan Sri Hasrita mencebik.Mengada-ngada saja putera sulungnya seorang ini.Propa dia bukan main lagi!Perangai anak lelaki sulungnya itu sungguh berbeza dengan adiknya,Harith Izimer.Haliq Izimer lebih manja dan perangai kebudak-budakan berbanding Harith Izimer yang lebih matang mengikut perangai arwah suaminya,Tan Sri Hariss.

“Ishh kamu ni! drama bukan main tau!macam mana la Lara boleh tahan dengan perangai kamu?dari dulu sampai sekarang tak berubah-rubah.”Wanita itu hanya menggeleng-gelengkan kepala.

Haliq Izimer sudah tersengih panjang.Tiba-tiba ingatannya melayang mengingati isterinya yang asal jumpa mesti ada saja yang nak digaduhkan. “Ala mama...Lara tu dua kali lima,lima kali sepuluh je dengan Izmi ni.Dia tak kisah langsung.”Balasnya sambil tersenyum geli hati.

Bulat mata Puan Sri Hasrita memandang Haliq Izimer.“Memang la Lara dua kali lima,lima kali sepuluh dengan kamu tu tapi kamu berdua tu bukan budak-budak.Umur kamu bukan 6 tahun tapi dah 26 tahun dah!ada ke perangai nak kebudak-budakkan lagi.”Bebel Puan Sri Hasrita.

Haliq Izimer menggaru-garukan kepala.Penat otaknya mendengar bebelan mama tercinta itu. Dia memaksa bibirnya tersenyum.“Ishh mama ni emo betul!nak kata datang bulan tapi umur dah melebihi had dan waktunya.”Haliq Izimer sudah terkekek-kekek ketawa.

Puan Sri Hasrita menampar Haliq Izimer lagi sekali apabila dengar lawak bodoh anaknya itu. Cuma kali ini sasarannya bukan di peha tapi laju ke arah lengan lelaki itu.“Ni lagi satu soalan mama tadi tak jawab.Bila nak balik? dah pukul 10 malam dah ni.”Sambung Puan Sri Hasrita lagi.

“Kejap lagi la ma...lagipun pukul 11 Izim nak pergi pick up Lara kat butik dia.Yang mama ni tak sabar-sabar nak halau Izim ni kenapa? mentang-mentang anak dia sorang lagi dah balik kita nak dihalaunya.”Suaranya seakan-akan merajuk.

Puan Sri Hasrita tersenyum lucu melihat Haliq Izimer begitu.Anaknya ini betul-betul manja. “Laa merajuk la ni anak mama.Meh mama cium meh.”Puan Sri Hasrita mahu mencium pipi Haliq Izimer tetapi ditepis pantas.Lelaki itu cuba mengelak apabila Puan Sri Hasrita pura- pura mahu menciumnya lagi.Melihat kelakuan mamanya membuat hatinya bahagia.Begitu lah mereka,gurau senda sentiasa menghiasi hari- hari.Semenjak arwah Tan Sri Hariss meninggal dia dan Harith Izimer lah tempat penggubat rindu Puan Sri Hasrita kepada arwah Tan Sri Hariss.

Penat bergaduh manja tiba-tiba Puan Sri Hasrita bersuara.“Haritu bonda kamu ada call. Dia cakap kat mama yang kamu dengan Lara tangguhkan honeymoon.Kenapa dari awal tak pergi?dah sebulan kamu kahwin.”

“Hmm...entah.Saja.Lagipun Izmi sibuk dengan klinik Lara pulak sibuk dengan butik dia tu.Tak menang tangan customer tempah baju.”Terukir senyuman manis Haliq Izimer.

”Abang dengan kak Lara tak nak bagi mama cucu cepat la tu."Tiba-tiba muncul Harith Izimer di depan pintu menyampuk bualan anak- beranak itu.

Puan Sri Hasrita dan Haliq Izimer terkejut sikit apabila lelaki itu mucul secara tiba-tiba.“Ishh! sibuk menyampuk kata orang tua-tua.Kau tu mana tau apa-apa.Diam dah la!”Haliq Izimer menjegilkan mata kepada adiknya itu.

Harith Izimer buat tak endah saja dengan kata- kata itu.“Betul la apa Rith cakap,abang kan kena kahwin paksa tak kan rela hati nak gi honeymoon tu.”Dia menjelirkan lidah kepada abangnya pula.

Haliq Izimer yang bengang dengan perangai adiknya itu terus mencapai bantal peluk di sebelah kemudian dibaling bantal itu tepat mengenai wajah putih mulus Harith Izimer. “Eiii dia ni kan memang nak kena kan!meh sini abang nak ketuk sikit kepala!”

Harith Izimer pantas belari keluar dari dalam bilik itu sambil ketawa terbahak-bahak.Kakinya segera menuruni anak tangga.Haliq Izimer yang masih mengejar di belakang memanggil- manggil namanya.Dia tidak endahkan saja namun kakinya terus belari ke luar rumah. Puan Sri Hasrita yang melihat pekara itu hanya menggeleng-gelengkan kecil kepala sambil tersenyum.Ada saja yang nak digaduhkan dua beradik itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience