BAB 9

Romance Series 25713

Laju langkah Luna Lafia menuruni anak tangga. Dilihat Lara Laudya sedang sibuk menuangkan air ke dalam cawan. Haliq Izimer yang duduk menghadap kakaknya juga sedang mengunyah makanan.

“Morning kak Dya, abang Aliq!” Sapa Luna Lafia. Dia menghampiri meja makan kemudian di bongkokkan sedikit badannya untuk membelai
Minmin yang sedang makan makanannya. Dia lalu mengambil tempat di sebelah abang iparnya. Dipandang nasi lemak dan air teh o panas dihadapannya. “Wah...nasi lemak la! lama Luna tak makan nasi lemak. Thanks kak Dya sebab masak.” Laju tangannya menyenduk nasi. Haliq Izimer yang melihat telatah adik iparnya itu hanya tersenyum.

“Cuba senonoh sikit makan tu. Macam kebulur sangat je kak Dya tengok.” Tegur Lara Laudya sambil tangannya menarik kerusi untuk duduk. Dia menghulurkan sambal ikan bilis untuk Luna Lafia.

Gadis itu hanya tersengih. “Ni abang Aliq nak bawa kak Dya gi jalan kat mana lepas ni?” Soal Luna Lafia. Dia menghadap abang iparnya.

Haliq Izimer menuang air ke dalam cawannya yang sudah tinggal suku. “Entah. Abang tak tahu lagi. Ikut kakak Luna je. Betul tak awak?”
Haliq Izimer tersenyum kambing.

Lara Laudya yang mendengar mencebik. Dia menjelirkan lidah kepada lelaki itu. Tak teringin dia untuk keluar berjalan-jalan bersama suaminya itu. Niat dia ke situ hanya untuk mengambil syarat sahaja tentang honeymoon mereka berdua. Tidak mahu mengecewakan hati kedua orang tuannya.

“Siapa nak pergi jalan-jalan dengan u? tak hingin!”

“Ishh dia ni kan. Awak ingat saya hingin la nak ajak awak jalan-jalan. saya terpaksa ja!”

“Haa kalau tak hingin tak payah la! u pergi jalan sendiri i pergi jalan sendiri. Settle!”

“Okey tak pa. Saya tak kisah. Lagipun saya sendiri pun tahu la jalan kat sini! saya boleh guna pak cik google punya map apadahal!”

Luna Lafia yang melihat petekaran kecil itu terus menepuk dahi. Mula lah tu dengan perang dingin mereka. Dari awal perkahwinan kakak dan abang iparnya, mesti ada nak digaduhkan. Pantang berjumpa! macam anjng dengan kucing saja.

“Helo...i masih kat sini okey. Yang kak Dya dengan abang Aliq ni nak gaduh-gaduh ni kenapa? akak dengan abang datang sini untuk honeymoon tau, dah kenapa nak pergi melawat tempat ni asing-asing. Ishh! tak faham betul.“ Bebel Luna Lafia sambil tangannya sibuk menyumbat nasi.

Bulat muncung bibir Lara Laudya. “Ni u la yang mulakan dulu. Kalau sehari tak gaduh dengan i tak boleh ke?”

“Ehh...saya pula yang kena. Awak tu yang tak habis-habis nak cari pasal. Saya okey je nak bawa awak gi jalan-jalan cuma Minmin kena ikut la. Awak tu yang demand tak nak ikut saya lepastu nak salahkan saya pulak?” Bengang Haliq Izimer dibuatnya.

"Haa tengok! ni yang i malas nak ikut u ni. Ada ke patut nak gi round kat kota Budapest ni bawa kucing kurap tu? eii...benci!” Balas Lara Ludya geram.

“Helo! kucing kurap jangan nak sebut-sebut! kucing tu ada nama la, nama dia Minmin. Cuba eja M.I.N.M.I.N, Minmin faham?” Haliq Izimer menekankan sedikit pada nama kucingnya itu.

Lara Laudya tidak menghiraukan Haliq Izimer. “Wahtever! yang i tahu dia tetap kucing kurap.” Lara Laudya menjeling Haliq Izimer sambil matanya sempat melirik ke arah Minmin yang sedang makan di hujung meja makan itu.

Haliq Izimer yang mendengar cuba menyabarkan hati. Sudah berpuluh-puluh kali dia memberitahu nama kucingnya itu Minmin kepada Lara Laudya namun gadis itu tetap memanggil kucing itu dengan panggilan ‘kucing kurap‘

Luna Lafia hanya menggelengkan kepala. Dia cepat-cepat menghabiskan sarapan supaya dapat beredar dengan cepat. Malas mahu menjadi orang tengah katakan.

“Okey la... Luna nak gerak ni. Akak dengan abang jangan nak terbalikkan rumah ni pulak waktu Luna tak ada. Sorry sebab harini tak boleh nak teman korang jalan-jalan. Esok kita gi sama-sama tau!” Luna Lafia tergesa-gesa bangun dari kerusi. Belum sempat Luna Lafia melangkah tiba-tiba Lara Laudya memanggil.

“Kejap! Luna meh sini.” Lara Laudya menarik tangan adiknya. Dilihat gadis itu dari atas ke bawah. Haliq Izimer juga turut mengikut perlakuan Lara Laudya, meneliti adik iparnya atas ke bawah.

Luna Lafia yang tidak selesa di perlakukan begitu bersuara. “Kak Dya ni kenapa? tebiat ke?” Luna Lafia sudah menggarukan kepala.

Lara laudya merenung Lara Lafia. “Ni sapa ajar pakai skirt atas lutut ni?” Soal Lara Laudya kemudian laju tanggannya mengetuk kepala Luna Lafia.

“Auchh! sakit la kak Dya. Apa ni main ketuk- ketuk kepala orang. Ingat kepala Luna ni kuali nak buat macam ketuk-ketuk ramadhan tu?” Luna Lafia mengetuk sedikit kepalanya. Mana tahu fius di dalam sudah lari disebabkan kakanya itu.

“Dah, dah.Pergi tukar pakai seluar sekarang! nak tunjuk kaki tu kat sapa? baik pergi sekarang kalau tak akak ketuk belah sini pulak.” Lara Laudya mengugut sambil tangannya seakan-seakan mahu mengetuk.

“Ishh! akak ni tak best la...rasa...” Belum sempat Luna Lafia habis cakap dia sudah dipotong.

“Now! go! ”

Luna Lafia yang tergejut terus berlari naik ke tingkat atas. Bagai lipas kudung, meluru saja. Haliq Izimer hanya memerhati kelibat adik iparnya yang sudah tiada. Pandangannya dialih kepada Lara Laudya di sebelah. Tercengang di buatnya. Tidak sangka gadis yang mempunyai wajah seayu Lara Laudya mampu membuat Luna Lafia lari takut.

“Apa! tak pernah tengok orang kena marah?” Sergah Lara Laudya apabila perasan dengan pandangan yang diberikan suaminya itu. Haliq Izimer yang mendengar sergahan itu terus melatah dan sudu yang dipegang terjatuh di atas kakinya. Dia mengaduh kesakitan. Lara Laudya yang melihat hanya ketawa kecil. Rasakan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience