BAB 34

Romance Series 25713

Sekali-sekala mata Haliq Izimer dijeling melihat isterinya di sofa sebelah. Ketawa yang mahu keluar dari mulut Haliq Izimer cuba ditahan apabila hal semalam terlintas dalam fikirannya.

Tumpuan Lara Laudya pada televisyen terus terganggu bila dia perasaan ada mata yang sibuk mencuri melihatnya. Pandangannya terus dikalih menghadap Haliq Izimer yang sedang tersenyum.

Mata lelaki itu tertumpu pada laptop di hadapannya semula. Lara Laudya mencebik. Macam la dia tidak tahu yang Haliq Izimer sedang ketawakan dirinya dalam hati.

“Apa pandang-pandang!" jerkah Lara Laudya.

Rasa macam nak cungkil biji mata lelaki itu !

“Cakap je la u nak ketawakan i kan ?”

Dengar saja soalan yang keluar dari mulut isterinya itu terus buat ketawa Haliq Izimer pecah. Macam tak ingat dunia saja dia ketawa.

Kurang asam keping betul lakinya ini ! Lara Laudya terus membulatkan mata.

“U jangan macam- macam, kejap lagi i pukul apa pun tak dapat !" marah Lara Laudya.

“Takutnya saya..." perlahan- perlahan ketawa Haliq Izimer reda.

Bengang Lara Laudya apabila Haliq Izimer seperti memerlinya. Bantal yang ada atas ribanya terus dibaling ke arah Haliq Izimer.

“Jahat betul ! Gelak la sepuas hati u." Lara Laudya memuncungkan mulut tanda merajuk.

“Okey, okey saya tak gelak dah. Tapi kelakar sangat." Ketawa Haliq Izimer tadi terus hilang dan diganti dengan senyuman yang paling manis.

Terkesima Lara Laudya melihat senyuman itu. Tiba- tiba hatinya jadi tak tentu arah. Lara Laudya cuba berdehem berkali- kali mahu menghilangkan rasa gugup dihati.

“Awak kenapa ? sakit tekak ?" soal Haliq Izimer.

“Haa ?" Lara Laudya hanya memandang wajah Haliq Izimer.

“Yang awak pandang saya macam tu kenapa ?" soal Haliq Izimer lagi apabila isterinya itu seakan berada dalam dunianya sendiri.

“Mana ada i pandang u !" suara Lara Laudya tiba- tiba jadi ‘high note'

Terkejut Haliq Izimer. “Uishh, rilek la. Saya tanya je pasal nak melenting ni ?"

Haliq Izimer mahu ketawa melihat muka gelabah isterinya itu. Mesti nak cover malu ! mesti Lara Laudya tergoda melihat wajahnya. Mesti wanita itu seakan terjatuh cinta. Eh ! berapa banyak mesti la ?

“Apa-apa je la !" Lara Laudya kembali menonton televisyen.

Haliq Izimer tersengih saja. Terus dia menghadap semula laptop yang berada dihadapan. Laju tangan Haliq Izimer menaip papan kekunci.

Lara Laudya mencuri melihat lelaki itu. Tekun betul ! Lara Laudya tertarik mahu melihat apa yang sedang dilakukan Haliq Izimer. Panjang lehernya mahu mengintai.

“Tu kenapa tu leher macam zirafah ?" tegur Haliq Izimer.

Matanya masih tertumpu pada skrin laptop. Ingat dia tak nampak ke ?

Tergamam Lara Laudya apabila lelaki itu bersuara. Kantoi ! macam tahu-tahu saja ! punya syok Lara Laudya tengah skodeng alih-alih suaminya itu potong moodnya.

“Kalau nak tahu tanya. Ni tak, macam leher zirafah. Panjang je..." bibir Haliq Izimer sudah tersenyum kecil.

“Siapa cakap i nak tahu ? tak hingin la !" Lara Laudya menjuih bibir.

“Sombong ! tanya je la, susah sangat ? ke dalam mulut ada emas tu susah nak tanya tu ?" Laju Haliq Izimer memerli isterinya.

Lara Laudya buat muka tak puas hati, sakit telinga apabila disindir begitu. Laju dia mencapai bantal dan dibaling ke arah lelaki itu sekali lagi.

Haliq Izimer buat senyuman mengejek. Tak kena !

“Annoying !"

Lara Laudya mendengus kasar manakala Haliq Izimer sudah ketawa. Merah padam dia melihat wajah wanita itu. Marah betul nampaknya !

“Dah, dah... tak payah nak marah sangat. Ni tengok ni." Haliq Izimer memusing laptopnya menghadap Lara Laudya.

Wajah Lara Laudya berkerut apabila melihat pada skrin laptop itu. Pandangannya dinaik menghadap Haliq Izimer.

“Book hotel ? untuk ?" soal Lara Laudya dengan wajah yang kurang mengerti.

Haliq Izimer sudah tersenyum lebar. “Untuk kita la. Saya nak ajak awak pergi holiday !"

“What ! holiday ? kenapa tak bagi tahu i ? kenapa tak bincang dulu ? kenapa pandai- pandai tempah hotel ?" soal Lara Laudya bertalu-talu dengan riak muka yang terkejut.

Amboi ! banyak sungguh tanya isterinya sorang ni ! tak boleh banyak lagi ke soalan tu Puan Lara Laudya ? Haliq Izimer sudah ketap bibir, geram !

“Cuba la tanya satu- satu, kenapa laju sangat ? laju- laju nak pi mana ?"

“Kenapa tak bincang dengan i dulu ? you ingat i ni tak ada kerja ke nak buat ?"

Bantal yang dari tadi dipeluk oleh Lara Laudya di letak ke tepi. Dia membetulkan kedudukkannya yang agak kurang selesa.

“I tak nak pergi. You pergi la sendiri." ujar Lara Laudya selamba.

Haliq Izimer sudah buat muka. Geram dengan apa yang baru keluar dari mulut isterinya. Rasa nak hentak-hentak saja kepala wanita itu. Keras kepala ! Nak ajak pergi bercuti pun susah ke ?

Nasib baik fikir sayang, kalau tidak... opss ! betul ke dia dah tersayang isterinya yang kepala batu, kepala bata dan segala-segala kepala tu ?

“Ishh awak ni ! cuba sekali-sekala ikut je apa saya cakap, susah sangat ke ? jangan melawan boleh tak ? saya ni suami so ikut je la !"

Bengang Haliq Izimer sampaikan suaranya yang tadinya lembut kini sudah bertukar kasar. Jarinya laju menekan butang 'book' pada skrin laptop. Kasar saja !

“Tak kira ! awak kena ikut sebab saya dah selamat booking hotel. Langkawi !" Haliq Izimer tersenyum mengejek.

Bulat mata Lara Laudya melihat kelakuan suaminya itu. Macam budak-budak !

“Kenapa you tekan booking tu ? tak menyempat ! cuba bincang dengan i dulu. Tak ada tempat lain ke selain Langkawi !" marah Lara Laudya.

“Tak ada, saya nak pergi Langkawi. Dah lama tak hirup udara segar." Haliq Izimer tersengih.

“Ishh ! suka sangat pergi laut kenapa ? suka sangat ke dengan ikan-ikan jerung tu ?" soal Lara Laudya geram.

Punggungnya diangkat dari sofa. Laju langkah Lara Laudya di atur menuju ke dapur. Telinga Haliq Izimer sempat menangkap bebelan yang keluar daru mulut wanita itu apabila Lara laudya lalu disebelah.

Yang tak boleh tahan bila bebelan itu pasal ikan jerung. Tak habis-habis benda yang sama saja ! Haliq Izimer sudah garu kepala.

“Yang awak ni suka sangat cakap pasal ikan jerung kenapa ?!" soal Haliq Izimer. Kuat. Saja nak bagi isterinya yang berada di dapur dengar.

Haliq Izimer menutup laptop yang berada diatas meja dengan kasar. Dia mahu bangkit dari sofa untuk mengikut langkah Lara Laudya tetapi kepala wanita itu tiba-tiba terjengul dari pintu dapur.

“Yalah ! you tu suka sangat dengan laut mana tau ada affair dengan ikan jerung kat sana." Lara Laudya menaikkan sedikit kening.

Haliq Izimer menggeleng sambil ketawa. “Dari ada affair dengan ikan jerung baik saya ada affair dengan awak je. Halal lagi !"

“Jadi... you nak i la jadi ikan jerung you ?" Ibu jari dan jari telunjuk dibawa ke bawah dagu sambil sebelah tangan lagi dicekak ke pinggang.

“Awak sanggup ke jadi ikan jerung saya ?" soal Haliq Izimer pula dengan sengihan.

“Maybe ! kalau Langkawi cantik i ikut."

“Serius ? kita jadi pergi la ni ? yeayyyyy !!!!!" laju Haliq Izimer berlari mendapatkan Lara Laudya.

Dia mahu memeluk isterinya itu tapi awal-awal lagi Lara Laudya menolak dahinya dengan jari telunjuk wanita itu. Terdorong sedikit Haliq Izimer ke belakang.

“Behave sikit !"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience