BAB 22

Romance Series 25713

“Kairish !" laung Lara Laudya dari muka pintu. Kairish tidak jadi membuka pintu kereta apabila namanya dipanggil. Dilihat Lara Laudya laju berjalan kearahnya. Kairish tersenyum lebar, ingatkan gadis itu tidak mahu ketemu dengannya lagi.

Lara Laudya dengan wajahnya yang masam berhenti betul-betul dihadapan lelaki itu. “Awak buat apa datang sini ?" tanya Lara Laudya marah.

Kairish yang mendengar persoalan itu hanya menayangkan muka selamba. Dia faham kenapa Lara Laudya begitu tapi dia saja buat-buat tidak tahu.

“What ? salah ke saya datang ?" soal Kairish balik.

Lara Laudya memejamkan mata rapat-rapat. Lain yang ditanya lain pula yang dijawab lelaki itu. “Saya dah cakap kan saya tak nak tengok muka awak lagi ! tak faham bahasa ke !" tengking Lara Laudya.

Sakit hati betul bila kata-katanya tidak dihirau langsung oleh Kairish. Bukan dia dah bilang yang dia tidak mahu melihat wajah itu lagi. Tup-tup harini muncul di rumahnya. Apa yang Kairish mahu sebenarnya.

Kairish hanya tersenyum. Comel melihat wajah yang sudah kemerahan itu. “Rilek Lara, saya datang pun sebab nak jumpa bonda. Lagipun mummy saya dah lama tak jumpa bonda awak tu saya datang bagi pihak dia. Bonda awak kan kawan mummy." Kairish memberi penjelasan.

Lara Laudya yang mendengar terus senyum sinis. “Sejak bila mummy awak kisah pasal bonda saya? yang saya tahu mummy awak tu musuh nombor satu bonda. Sejak bila mereka jadi kawan ?"

Kairish tersenyum senget. Salah pecaturan nampaknya dia kali ini. Memang berjumpa Tungku Ladya hanya alasan yang dibuat semata-mata. Sebetulnya kedatangan dia ke kediaman itu adalah untuk bertemu Lara Laudya sendiri. Sudah beratus kali Kairish menelefon Lara Laudya namun gadis itu tetap tidak jawab. Itu yang buat dia nekad untuk kesitu.

“Look Lara ! saya minta maaf okey. Bukan niat saya nak tipu awak tapi awak tak pernah angkat call. Saya betul-betuk rindukan awak." Kairish cuba mencari anak mata Lara Laudya tapi gadis itu cepat saja melarikan pandangan.

“Awak ni tak faham bahasa kan ? apa yang awak harapkan lagi ? kan saya dah cakap antara kita dah settle. Tolong la faham !"

"No Lara ! antara kita masih ada peluang. Tapi awak yang tak nak bagi peluang tu. Saya tahu awak masih sayang dan sukakan saya. Awak cuma marahkan saya sebab saya kahwin dengan perempuan lain ! mengaku je jangan ego !" Kairish cuba mencapai tangan Lara Laudya tapi cepat saja Lara Laudya menepis.
“Don't touch me Kairish ! saya bukan Lara yang dulu. Lara yang dulu dah lama mati, mati sekali dengan cinta awak !"

“Lagi satu pasal 5 tahun lepas yang awak tinggalkan saya tanpa penjelasan, saya dah dapat jawapan untuk itu. Dan jawapan dia adalah jodoh saya bukan dengan awak sebab Allah tu nak hantarkan jodoh yang lebih baik untuk saya.” Lara Laudya sudah mengangkat kaki tapi cepat-cepat Kairish nenghalang laluan.

“Tak ! awak tipu ! saya tahu awak masih perlukan saya tapi disebabkan lelaki tak guna tu awak lupa semuanya ! dia tu cuma penghalang..." Belum sempat Kairish habiskan percakapannya Lara Laudya memotong.

“Bukan dia penghalang but u Kairish ! u ! awak penghalang terbesar dalam hubungan kita. Dari dulu sampai sekarang ! dan untuk pengetahuan awak lelaki tu ada nama, nama dia Haliq Izimer. Sampai bila-bila pun dia tetap husband saya ! awak tak ada hak nak cakap dia tak guna !"

Habis saja mentuturkan kata Lara Laudya terus tinggalkan Kairish yang sudah tergamam disitu. Dia tidak menoleh walau sesaat. Hari ini dan saat ini, dia nekad untuk membuang segala kenangan yang berkaitan lelaki itu.

Cukup sampai sini saja hubungan mereka, dia sudah pun mendapatkan penjelasan tentang lima tahun lepas. Kini dia harus maju kedepan, dia harus mencari bahagianya sendiri. Sudah pasti jawapan kebahagian itu ada pada Haliq Izimer, suaminya yang sah !

Haliq Izimer yang sedari tadi berdiri sambil kedua tangan berada di poket seluar hanya memerhati tingkah laku pasangan itu dari tingkap bilik tidur yang berada di tingkat atas. Pandangan itu sepi dan kosong. Hati Haliq Izimer tiba-tiba berasa sakit. Dia memegang dada. Rasa seperti cemburu melihat Lara Laudya bersama lelaki lain.

Ya dia mengaku yang dia sudah mula jatuh cinta dengan isterinya itu. Walaupun sebelum ini mereka tidak pernah kenal antara satu sama lain, tapi bila dia bergelar suami Lara Laudya dia sudah bertekad untuk cuba menyayangi gadis itu dan pekara ini la yang dia tengah lakukan sekarang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience