BAB 27

Romance Series 25713

“Nama awak siapa ?" soal Harith Izimer entah ke berapa kalinya. Luna Lafia yang sedang menghirup air sudah buat muka kebosanan. Dari awal mereka berdua masuk ke cafe itu hanya persoalan yang sama saja diutarakan kepada dia.

Menyesal pula dia setuju mengikut Harith Izimer ke situ. Kalau dari awal dia tahu dia akan disoal siasat seperti polis, pasti saja Luna Lafia akan mencipta seribu alasan untuk mengelak.

Ini semua gara- gara Intan, sahabatnya itu. Beria sungguh tadi cakap nak temankan dia bersama Harith Izimer tetapi belum sempat apa- apa gadis itu terpaksa pulang awal disebabkan urusan pejabat.

Tinggal la dia terkontang- kanting disini. Kalau tidak difikir yang dia tidak mempunyai kenderaan untuk pulang, awal- awal lagi Luna Lafia sudah angkat kaki dari situ.

“Awak tak bosan ke tanya soalan yang sama dari tadi ? saya pula yang naik jemu." cebik Luna Lafia.

Harith Izimer hanya tersengih- tersengih seperti kerang busuk. “Tak ! saya lagi suka. Cepat la bagitahu, nama awak siapa ? dari tadi saya tunggu tau."

Luna Lafia pandang Harith Izimer jengkil. Tak putus asa betul ! dia pula yang naik rimas dengan kemesraan lelaki itu, lain dari yang lain.

Padahal mereka tidak la serapat mana, berjumpa pun baru dua kali tetapi Harith Izimer buat seperti mereka berdua sudah kenal bertahun-tahun. Ke memang mamat depan dia ni stalker?

“Ishh ! saya tak faham la. Awak ni memang stalker eh ? awak ada niat tak baik kan ?" Luna Lafia sudah menunding jari ke arah Harith Izimer. Matanya dibesarkan sedikit.

Tawa Harith Izimer mahu terkeluar tetapi ditahan dahulu. “Kalau saya stalker pun kenapa ?"

Mata Luna Lafia terbuntang. Serious la mamat ni stalker ! dia menelan air liur berkali-kali. Kalau memang betul Harith Izimer ada niat tak baik kepadanya, dia sangat menyesal ikut lelaki itu.

Tapi ada ke orang duduk semeja dengan penjahat yang nak jahanam kan mereka ? kalau ada pun Luna Lafia rasa dia lah satu- satu orang itu. Luna Lafia sudah mahu menangis, kalau lelaki itu berani buat benda tak senonoh di situ dia tak teragak- agak mahu melipat Harith Izimer.

“Saya cakap kalau... bukan saya cakap memang stalker. Awak tak payah la buat muka macam tu." sambung Harith Izimer

Dia melihat Luna Lafia sudah terkaku ditempat duduknya. Tawa Harith Izimer yang ditahan tadi pecah juga akhirnya. Takut sangat gadis itu ! macam la dia jahat sangat nak buat pekara tak elok. Harith Izimer ketawa panjang.

Luna Lafia memuncungkan bibir. “ Tak kelakar okey !" marah Luna Lafia. Tangannya disilang ke dada, tanda protes !

Harith Izimer yang melihat muka cemberut gadis itu segera hentikan tawanya. “ Okey saya minta maaf. Awak tu fikir bukan- bukan sangat mana la saya tak gelak."

” Memang la saya fikir bukan- bukan. Awak tu tiba- tiba terlebih nak kenal saya. Padahal kita ni baru jumpa dua kali tau !" Luna Lafia memandang lelaki itu dengan muka bengis.

“Okey rilek okey, jangan nak marah-marah nanti cepat tua. Kalau tua nanti tak ada siapa nak, saya yang nak kat awak sekarang pun tarik diri." Harith Izimer sambung ketawa lagi.

“Saya tak kisah pun ! saya lagi suka kalau awak nak tarik diri !" Luna Lafia menarik gelas di depannya itu. Dicapai straw lalu mengacau- ngacau kasar air di dalam gelas itu.

Harith Izimer mengeleng kepala. Suka melihat wajah putih mulus itu sudah kemerahan menahan marah.

“ Memang la awak tak kisah tapi saya kisah tau. Saya cuba nak tahu nama awak je. Kalau awak tak sudi nak bagitahu tak pe la, siapa la saya ni..." Harith Izimer memasamkan wajahnya.

Luna Lafia buat muka menyampah. Buat- buat merajuk la tu ingat dia tak tahu ke ? Luna Lafia rasa mahu hempuk saja lelaki di hadapannya itu, tahu la dia tu handsome tetapi tak payah nak buat muka comel nak raih simpati, Luna Lafia tak termakan okey !

“Saya cuma nak berkawan dengan awak. Jadi tak salah kan ?” sambung Harith Izimer apabila masing- masing mendiamkan diri.

Luna Lafia hanya merenung Harith Izimer di depannya itu. Dia memikir panjang, mahu ke dia berkawan dengan lelaki itu ? entah dari mana datang tiba- tiba mahu berkawan. Mungkin Harith Izimer orang jahat ? tapi lelaki itu nampak biasa saja, tidak la seperti gengster di dalam drama- drama melayu sekarang.

“Memang la tak salah tapi mana tahu awak orang jahat kan ? orang sekarang bukan boleh percaya pun." Luna Lafia mencebik.

“Awak ingat saya ni tak ada kerja ke nak buat jahat ? untuk pengetahuan awak la saya ni ada syarikat yang perlu saya uruskan. Jadi lebih baik saya buat kerja saya dari nak buat jahat. Faham ?"
Harith Izimer tersengih lagi.

Luna Lafia pula menjulinkan mata. Penat betul layan orang yang tak reti berputus asa ni. “ Okey fine ! saya boleh berkawan dengan awak tapi dengan satu syarat.”

“ Apa syaratnya ?” tanya Harith Izimer tak sabar.

“Syaratnya awak jangan selalu nak ganggu saya sebab saya ni sibuk. Tak ada masa nak layan orang macam awak. Okey ?" ujar Luna Lafia.

“Okey baik, saya faham. So... nama awak siapa ?"

“Nama saya Luna, Luna Lafia." jawab Luna Lafia malas dan terpaksa.

“Ouh...sedap nama awak. Saya pula Harith. Boleh panggil Rith je." ujar Harith Izimer bersungguh. Dia tersenyum lebar melihat Luna Lafia.

Luna Lafia hanya mengangguk kepala. Tapi kejap ! kenapa macam familiar je nama lelaki ni ? tapi dimana eh ??? Luna Lafia mengurut dagunya, seolah sedang mengingati di mana nama itu pernah dia dengar. Tetapi hampa ingatan dia tiba- tiba menjadi lemah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience