BAB 11

Romance Series 25713

Penat menjelajah satu kota Budapest itu, mereka menjamu selera di sebuah restoran berkonsepkan barat yang berdekatan. Cukup sekadar meneguk air tenaga mereka yang telah hilang tadi kembali semula. Bukan sedikit sahaja kawasan yang mereka lawati tetapi hampir separuh dari kota itu mereka bersiar-siar. Mereka berjalan kaki memasuki setiap pelosok yang ada di situ untuk menghirup udara segar.

“Nah.” Haliq Izimer menyuakan chicken cop kepada Lara Laudya.

Lara Laudya memandang pelik wajah suaminya. “U dah kenapa? tak betul nak main suap-suap ni. Tebiat eh?”

“Buka mulut.” Haliq Izimer sedikit memaksa. “Kalau awak tak nak buka saya angkat minmin ni campak kat awak.” Haliq Izimer mengugut pula. Pandangannya di kalih ke kanan meja.

Terbuntang mata Lara Laudya. Apa main-main ugut ni! benci! Betulakah lelaki itu sanggup berbuat demikian. Kalau ya sudah pasti dia orang pertama yang cabut lari dahulu. Dia sudahlah tidak menyukai haiwan itu, berani Haliq Izimer mengugutnya.

“Ishh! u jangan berani. Kalau tak i tumbuk u. Nampak ni.” Lara Laudya menunjukkan buku limanya.

Haliq Izimer yang melihat hanya ketawa. “Haa... kalau tak nak, buka mulut. Cepat!” Arah lelaki itu.

Dalam teragak-agak Lara Laudya membuka mulut sambil matanya dipejamkan. Malu mahu berhadapan dengan situasi sebegitu. Maklumla sepanjang perkahwinan mereka, belum pernah makan bersuap-suap. Lama dia memejamkan mata namun suapan tadi masih belum sampai ke dalam mulutnya. Penat menunggu akhirnya dia membuka mata. Alangkah terkejunya Lara Laudya apabila Haliq Izimer yang berada di hadapannya itu sudah ketawa terbahak-bahak. Cis! hidungnya kembang kempis menahan marah apabila dipermainkan oleh suaminya sendiri.

Belum reda ketawa lelaki itu, Lara Laudya segera mencapai cawan yang berisi air kosong di tepinya. “Nah. Rasakan!” Dia menyimbah Haliq Izimer dengan air kosong.

Haliq Izimer yang galak ketawa tadi terkejut. Terkebil-kebil dia dibuatnya. “Hoi! apa main simbah-simbah ni?! basah la baju saya!” Bentak Haliq Izimer.

“Padan muka! siapa suruh u main-mainkan i!” Lara Laudya membeliakkan mata. Padan muka!

Hilang rambut pacak Haliq Izimer. Muka dan rambutnya basah kuyup. Dipandang tajam Lara Laudya di hadapannya. “Awak ni memang! dah rosak dah rambut saya. Awak tahu tak berapa lama saya nak buat rambut ni? awak senang-senang runtuhkan dia!” Tangan kanan lelaki itu mengusap rambutnya ke belakang.

“Hey! u ingat rambut u tu bernilai sangat la. Memang patut pun i simbah air kat u. Kalau tak i rasa bukan satakat air je, tu, tu kuah sup kat dalam tu i dah simbahkan sekali.” Marah Lara Laudya sambil menunjuk ke arah meja bufet di tengah-tengah restoran itu.

Haliq Izimer tersenyum sumbing. Dia menahan sabar. “Dah puas saya dengan air ni? simbah la lagi!”

“Apa hal pulak ?”

“Untuk puaskan hati awak. Haa cepat pergi ambil kuah sup tu simbah kat saya.”

“Tak nak!” Lara Laudya menjeling dan menyilangkan tangan.

“Tak nak pulak! dah bagi kebenaran kot. Pergi la. Saya rela diri saya kena simbah dengan awak. Asalkan awak bahagia.” Menggeleng-geleng lelaki itu sambil tersengih.

Lara merengus. Perli dia la tu. Tak guna! “Ishh! u ni saja ja.” Hatinya yang ingin mengamuk tadi tiba-tiba hilang. Rasa lucu dengan kata-kata suaminya itu. Macam pikat line pula!

“Saya saja ja nak melawak dengan awak tadi. Tak sangka yang awak sanggup siram saya. Awak ada nampak muka saya ni macam pasu bunga nak siram-siram segala.” Haliq Izimer mengelap-ngelap bajunya yang basah. Mulutnya dimuncungkan.

“Lain kali jangan nak mainkan orang ya sayang.” Lara Laudya mengenyitkan mata kemudian dia mengangkat punggung untuk beredar.

“Nak pergi mana? saya belum habis makan lagi la.” Soal Haliq Izimer pelik bila tiba-tiba bangun dari tempatnya.

“Nak pergi bayar la. Tak kan u nak tido sini kot. I dah cakap tadi kan makan elok-elok, u main-main siapa suruh. Do i care?” Kata Lara Laudya sambil berlalu pergi.

Haliq Izimer menghentak-hentak garfu yang berada di tangan. Minmin yang berada di kerusi sebelah hanya memandang hairan tuannya itu. Haliq Izimer yang perasan dengan pandangan kucinya itu segera menoleh. “Apa? Minmin nak gelakkan daddy la tu. Mummy jahatkan buat daddy macam ni?” Haliq Iizimer membelai-belai Minmin. Kucing itu hanya mengiau saja.

“Siapa mummy? siapa daddy?” Soal Lara Laudya blur. Dilihat Haliq Izimer dengan muka tertanya-tanya.

Erkk? kus semangat! terkelu Haliq Izimer. Macam mana gadis itu terdengar percakapannya. “Tak. Saya tak kata apa-apa.” Sengihan saja yang diberikan.

Lara Laudya merenung tajam. “I dengar u cakap pasal mummy la, daddy la. U cakap dengan siapa? setahu i dalam family kita tak ada panggilan tu.” Lara Laudya tidak puas hati dengan jawapan suaminya itu. Dia yakin dengan apa yang di dengarnya. Haliq Izimer bercakap mengenai mummy, daddy. Adakah suaminya itu curang? kalau benar memang nak kena si Haliq Izimer ni! dia bagitahu ayahanda dengan bonda.

Haliq Izimer buat muka selamba, muka malas nak layan. "Eh, awak nak gerak kan. Jom la. Saya pun dah kenyang ni.” Haliq Izimer buat-buat ketawa. Dia terus mendukung Minmin kemudian berjalan laju keluar dari restoran itu.

Lara Laudya di belakang sudah buat muka tak percaya. Bukan main laju lagi lari. ‘Ni mesti ada sesuatu! nak kena siasat si Haliq Izimer ni.’ bisik hati Lara Laudya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience