BAB 15

Romance Series 25713

Haliq Izimer hanya merenung tombol pintu bilik itu. Sesekali terdengar lelaki itu mengeluh. Mula-mula dia sudah memegang tombol pintu tetapi di tarik semula tangannya. Haliq Izimer berjalan kehulu-kehilir di hadapan bilik tidurnya. Luna Lafia yang melihat kelakuan abang iparnya itu sudah tersenyum kecil.

Luna Lafia menghampiri Haliq Izimer lalu menegur. “Masuk je la. Apa yang nak di takutkan. Kak Dya bukan makan orang.”

Haliq Izimer terperanjat. “Kus semangat! terkejut abang.” Dia mengurut-ngurut dada.

Luna Lafia tergelak melihat muka lelaki itu. “Ala apa susah pujuk je la. Kak Dya tu memang degil tapi hati dia senang lembut tau.”

Haliq Izimer sudah menggaru kepala. Bukan dia tidak mahu memujuk isterinya tetapi diri sendiri pun kadang-kadang tak terpujuk. Macam mana hendak memujuk orang lain. Haliq Izimer benar-benar menyesal dengan sikap sendiri. Tidak pasal-pasal Lara Laudya terkena tempias.

Baru Haliq Izimer mahu membuka pintu, Luna Lafia bersuara “Fighting abang Aliq!” katanya kemudian menapak pergi.

Pelan-pelan Haliq Izimer membuka pintu. Lara Laudya yang sedang membaca terus mencampak laju buku di tangannya apabila terdengar pintu dibuka dari luar. Lara Laudya segera menarik selimut menutupi badannya. Dia diam tidak berkutik apabila bunyi tapak kaki menghampirinya. Dia malas mahu melayan lelaki itu. Moodnya sekarang ini merajuk okey! merajuk!

“Lara...awak dengar tak saya cakap ni? awak dah tidur ke? saya nak minta maaf pasal tadi. Saya tak sengaja nak tengking awak. Saya betul-betul minta maaf.” Haliq Izimer memujuk.

Lara Laudya diam, tak mahu kalah dengan pujukkan Haliq Izimer. Jangan harap dia akan maafkan lelaki itu. Tak mungkin! sudahlah Haliq Izimer lebihkan kucing kurapnya, sampai isteri sendiri pun sanggup dimarah. Lara Laudya betul-betul berkecil hati dengan kejadian tadi.

Lama Haliq Izimer menunggu Lara Laudya bersuara namun gadis itu tetap berdiam. Dia tahu Lara Laudya tidak tidur sebaliknya mahu menunjukkan tanda protes. Haliq Izimer cuba menarik selimut yang menutupi Lara Laudya tetapi dirasa selimut itu ditarik dari dalam. Dia cuba menarik lagi selimut itu tetapi tidak berjaya. Kuat benar tenaga Lara Laudya.

Mula-mula Haliq Izimer masih bersabar dengan perangai gadis itu tetapi apabila Lara Laudya tidak mahu bercakap sepatah pun dengannya, membuatkan Haliq Izimer hilang sabar. Terbang habis semua semangat ingin memujuk tadi. Bengang dengan situasi itu, Haliq Izimer terus merentap selimut. Lara Laudya yang terkejut hanya membulatkan mata.

“Awak ni saya dah minta maaf kan, maaf kan je la. Boleh pula awak buat-buat tak dengar. Besar sangat ke salah saya?” Haliq Izimer membebel.

Lara Laudya memuncungkan mulut. “Ishh! u ni tak ikhlas langsung minta maaf. Nak paksa-paksa orang pula! pergi la!” Kasar nada Lara Laudya.

Haliq Izimer menahan hati. Dia cuba mengawal keadaan yang hampir bertukar taufan tiba-tiba.

“Okey saya minta maaf. Bukan saya nak paksa awak. Awak tu dari tadi saya cakap awak buat-buat tak dengar. Saya tahu la saya salah tapi jangan la nak merajuk lama-lama.”

Apa lagi, meletuplah Lara Laudya jadinya. “Hei! siapa kata i merajuk? u pandai-pandai je! ikut suka i la nak maafkan ke tak, itu hak i! u tu jangan nak paksa-paksa i maafkan u!” Lara Laudya mengamuk.

Pelik betul Haliq Izimer, petang tadi bukan main gadis itu cakap dia hargai Haliq Izimer la, sayangkan Haliq Izimer la tup tup sekarang berangin mengalahkan freezer pula! mana pergi sayangnya? dah melayang la tu. Haliq Izimer menggaru kepala. Tapi sebab tak nak keruhkan keadaan, Haliq Izimer mengalah juga.

“Okey fine. Saya minta maaf sekali lagi. Saya tahu saya tak boleh paksa awak maafkan saya tapi sekurang-kurangnya jangan la marah. Saya mengaku saya tak patut tengking awak depan orang ramai. Saya tak sengaja. Siapa suruh awak hilangkan Minmin.” Ujar Haliq Izimer bersungguh.

Lara Laudya mencebik. Sempat lagi Haliq Izimer menyalahkannya dihujung percakapan lelaki itu. Dalam pada masa yang sama dia memandang Haliq Izimer dengan pandangan tajam.

“U ni kalau tak ikhlas tak payah minta maaf. Simpan je kata maaf u tu. I tak perlu! lagipun u pernah kata kalau i dengan Minmin nak mati u akan selamatkan kucing kurap tu dulu kan? so tak payah kisah pasal i!” Masih keras suaranya.

Haliq Izimer sudah tersenyum senget. Ingat lagi Lara Laudya pasal hal itu. “Saya gurau je la. Bukan main hebat lagi kotak ingatan awak kan? boleh ingat hal lama.” Haliq Izimer ketawa.

Lara Laudya tak puas hati. “Apa gelak-gelak? ingat lawak!” Dia terasa seperti Haliq Izimer mengejeknya saja. Hampeh!

Haliq Izimer tersengih. “Saya tak cakap pun. Awak yang cakap.”

“Eee...benci!” Lara Laudya terus mengambil bantal dan memukul Haliq Izimer di hadapanya. Sakit hati bercampur geram melihat suaminya itu.

Haliq Izimer terjerit kecil apabila Lara Laudya terus menerus memukulnya. “Adoii! sakit la. Ishh, ganas betul awak ni. Jangan la marah-marah, saya gurau je.” Haliq Izimer ketawa suka.

“I tak marah tapi bengang je!” Lara Laudya menjegilkan mata.

“Jadi awak dah maafkan saya?” Soal Haliq Izimer dengan sisa tawanya.

“Tak!” Jawab Lara Laudya pantas.

Haliq Izimer hanya tersenyum. “Kenapa tak maafkan? bukan awak sayang saya ke? kalau dah sayang mesti boleh maafkan.” Haliq Izimer menjongketkan kening.

Macam nak terjojol biji mata Lara Laudya mendengar. “Mana ada!”

“Ye ke?” Haliq Izimer mengerutkan kening.

“Tak!”

“Ada la.“

“Tak ada!”

“Ada!”

“No!!!”

“Saya kata ada, ada la.” Kata Haliq Izimer geram.

Lara Laudya merengus. “Perasan! i tak ada masa nak sayang u. Please la!” Dia menjeling.

“Iya la tu. Tak nak ngaku sudah! nanti kalau saya tak nak sayang balik baru tau. Buat masa ni boleh la sayang awak lagi. Kalau awak masih jual mahal saya cari yang lain.” Haliq Izimer tersengih. Dia terus meninggalkan Lara Laudya yang masih terpinga-pinga.

Mata Lara Laudya tidak berkelip. Apa yang cuba hendak di sampikan Haliq Izimer? Lara Laudya pusing. Adakah lelaki itu mahu memberitahu yang dia sudah mula sayangkan Lara Laudya? Hilang amarahnya kepada si suami. Mungkin Haliq Izimer nak memberi hint? tiba-tiba Lara Laudya tersenyum sendiri.

Haliq Izimer yang berada dibalik pintu hanya tersengih panjang sambil tangannya memegang dada. Cuak dengan luahan hati sendiri. Harap-harap otak isterinya itu tak selembab siput.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience