BAB 14

Romance Series 25713

Dum!!! Lara Laudya menghempas pintu rumah dengan kuat. Laju saja kakinya melangkah naik ke tingkat atas. Luna Lafia yang sedang menonton drama di televisyen terkejut pantas dia mengurut dada. Luna Lafia pelik melihat kakaknya itu pulang sendirian. Dari tadi dia tidak nampak kelibat abang iparnya. Tak kan lah pergi luangkan masa bersama boleh balik asing-asing. Pelik. Hati gadis itu sudah tidak sedap. Dia segera menutup televisyen dan terus mendapatkan kakaknya di bilik tidur.

Sementara Lara Laudya pula hanya terbaring dia atas katil. Termenung. Suara tangisan tidak kedengaran. Hanya air matanya laju mengalir di pipi.

“Kak Dya balik sorang ke? mana abang Aliq?” Soal Luna Lafia tertanya-tanya.

Lara Laudya terus mengelap air mata apabila Luna Lafia menegur. “Entah. Tak tahu.” Jawab Lara Laudya bersahaja.

Luna Lafia mengerutkan dahi. “Laa...tadi kan kak Dya keluar sekali dengan abang Aliq. Mana abang Aliq? tak kan tak tahu.”

“Ishh! akak cakap tak tahu tak tahu la! kak Dya bukan orang gaji dia nak ada selalu dengan dia.” Bentak Lara Laudya. Sakit pula hatinya apabila nama lelaki itu disebut.

Luna Lafia terkejut. Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba kakanya itu meroyan. Dah kenapa? “Wuish, kak Dya ni rilek la. Pahal macam ni? sawan ke?” Luna Lafia tersengih sambil buat lawak bodoh. Mana tahu kakanya itu terhibur.

Lara Laudya menjeling tajam. “Kalau Luna tak nak makan bag tangan ni baik diam!” Lara Lauda sudah mahu menyumbat Luna Lafia dengan bag tangannya.

Luna Lafia tergelak sambil cuba mengelak dari diserang kakanya. “Kak Dya nangis ke?” Luna Lafia menarik Lara Laudya menghadapnya. Direnung gadis itu dalam-dalam.

Lara Laudya hanya menunduk. Malu apabila di tangkap menangis oleh adik sendiri. “Tak la. Mata kak Dya masuk habuk.”

Luna Lafia mencebik. “Ayat klise betul! ingat novel ke nak buat ayat macam tu? masuk habuk konon. Setahu Luna la kan, bilik ni antara bilik terbersih kat dalam rumah ni. Bukan je habuk, planton pun tk berani nk masuk sebab takut kena tendang jauh dengan kak Dya. Kak Dya kan alah dengan habuk.” Luna Lafia ketawa.

“Betul la apa kak Dya cakap. Luna apa tau.” Lara Laudya sudah buat muka.

“Helo...” Luna Lafia mengetip jari. “Ingat Luna budak-budak. Tak tahu mata tu masuk habuk ke manangis. Apa masalah kak Dya ni? kak Dya tinggal abang Aliq sorang-sorang? macam mana kalau dia sesat?”

Lara mengerut dahi. Pelik dengan soalan adiknya itu. “Apa punya soalan la. Luna ingat si Aliq tu kanak-kanak bawah umur ke yang boleh sesat. Dia dah besar pandai-pandai la cari jalan balik. Google map ada kan!” Lara Laudya membalas geram.

Tercengang Luna Lafia. Dari awal lagi dia sudah mengagak yang abang iparnya seorang itu pasti kena tinggal! kenal sangat dengan perangai kakak kesayangannya itu.

“Apa la kak Dya ni, ingat Budapest ni kecil. Macam mana dia nak balik? dah la first time dia kat sini.” Luna Lafia menepuk dahi.

“Ada kak Dya kisah! siapa suruh dia salahkan akak. Dia tahu yang kak Dya takut dengan kucing boleh pula dia gi past Minmin tu kat akak. Mahunya kak Dya tak terlepas. Padan muka dia!” Balasnya selamba.

Luna Lafia menjeling. Dipandang Lara Laudya tak berkelip. “Minmin? kucing abang Aliq ke? apa cerita ni.”

Lara Laudya tidak pula menjawab. Malas mahu bercerita. Dia menarik bantal kemudian terus meletakkan kepala. Tak di endahkan pandangan tajam dari adiknya itu.

Luna Lafia yang bengang terus merentap bantal dari Lara Laudya. “Ishh! orang tanya boleh pula kak Dya nak tidur. Jawab la soalan Luna. Apa cerita ni kak Dya?”

“Luna ni sibuk la!” Lara menarik semula bantal. Diletak semula ke bawah kepalanya.

Belum sempat Luna Lafia bersuara telefon bimbitnya berbunyi. Luna Lafia memandang pelik pada skrin telefon. Lara Laudya yang juga turut merasa hairan dengan perubahan wajah adiknya itu memandang.

Luna Lafia menjawab panggilan itu. “Helo... yes. I'm Luna Lafia. Can i help u?” Luna Lafia memandang wajah Lara Laudya yang berkerut kemudian dia mengangguk-angguk mendengar penerangan dari pemanggil itu. Lara Laudya cuba memasang telinga untuk mengetahui siapa menelefon adiknya itu. Suara seorang gadis sayup-sayup kedengaran. Beberapa minit kemudian Luna Lafia mematikan talian. Dia menoleh memandang Lara Laudya sambil tersenyum.

“Siapa tu?” Lara Laudya menyoal laju.

“Ooo...jadi kak Dya bersalah la ni? tu menangis bagai.” Luna Lafia menaik-naikkan keningnya.

Lara Laudya rasa nak pelempang adiknya itu. Soalan entah apa-apa. “Apa Luna ni? soalan apa la yang ditanya. Rasa bersalah apa pula?”

Luna Lafia tergelak kecil. “Ingat Luna tak tahu Minmin hilang. Jadi kak Dya menangis ni sebab kena marah dengan abang Aliq. Sebab hilangkan kucing kesayangan dia. Macam tu.”

Lara Ludya menahan hati. “Dah tahu tanya lagi! jadi abang ipar kesayangan Luna la telefon tu? mengada! sikit-sikit nak ngadu.”

Luna Lafia menggeleng laju sambil ketawa. “Tak la. Orang yang jumpa Minmin telefon. Tadi abang Aliq ada mesej Luna suruh tengok kak Dya. Dia cakap kak Dya merajuk.” Luna Lafia tersengih.

“Dia adalah bagi tahu nak pergi cari Minmin tapi okey la kan dah ada orang jumpa. Orang tu call sebab Luna ada selit nombor telefon Luna dekat rantai Minmin semalam.” Sambungnya lagi.

Masam wajah Lara Laudya. Siapa kata dia merajuk? pandai-pandai si Haliq Izimer ni mengarang cerita! “So dah jumpa la? siapa yang jumpa? tadi kak Dya dengar macam bukan orang melayu.”

Luna Lafia mengangguk. “Dah jumpa dah. Orang sini yang jumpa. Nasib baik Luna letak nombor phone Luna kalau tak mesti tak dapat jumpa. Yalah abang Aliq pun lupa nak letak nombor phone dia.”

Lara Laudya merasa lega. Sekurang-kurangnya suaminya itu tidak akan menyalahkan diri dia lagi. “Bagus la. Kalau tidak mahunya abang ipar kesayangan Luna tu tak balik semata-mata nak cari kucing kurap dia tu.” Lara Laudya membuat muka meluat sambil mencebik.

“Apa la kak Dya ni, tak habis-habis tau. Dah la Luna nak call abang Aliq pastu nak pergi ambil Minmin. Kak Dya duduk sorang-sorang kat rumah tak pe kan?” Tanya Luna Lafia. Dia sudah mengangkat punggung untuk beredar.

“Emn...kak Dya okey.” Jawab Lara Laudya malas.

Dia melihat adiknya sudah keluar dari bilik. Lara Laudya meletakkan kepalanya semula sambil memandang atas. Dia memejam mata. Tiba-tiba kata yang diucap kepada Haliq Izimer tadi terlintas semula dalam fikirannya. ‘Walaupun u bukan suami pilihan i but i sayangkan u!’ Lara Laudya terus bangun dari pembaringan sambil tangannya menampar-nampar kepala. Malu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience