BAB 40

Romance Series 25713

Harith Izimer tersengih sampai ke telinga apabila panggilan tadi diangkat. Tertera wajah seorang gadis yang amat dia kenali.

Masam saja wajah gadis itu. Muka macam tak rela mahu video callnya saja, ini pasti akibat terpaksa punya pasal. Mesti pasal kes semalam !

Harith Izimer sudah ketawa dalam hati. Lepas juga rindunya melihat wajah itu walaupun si pemanggil hanya menunjuk muka cemberut.

“Hai, sayang !" sapa Harith Izimer ceria.

“Apa sayang- sayang ?!" sergah gadis itu.

Tergelak Harith Izimer panjang. “Garangnya... cuba lembut sikit. Anak dara tak elok garang- garang.”

Gadis itu sudah mendengus bengang. “Awak memang nak kena ! apa awak cakap dekat Brian semalam ?"

Soal gadis itu dengan wajah mencuka. Gara- gara Harith Izimer, dia pula bergaduh dengan kawan baiknya si Brian.

Entah apa yang Hairth Izimer beritahu lelaki itu sampaikan Brian merajuk dengannya. Kalau la dia tidak berada jauh di negara orang sudah lama kepala tiga suku Harith Izimer dihempuknya.

“Saya tak cakap apa- apa pun. Siapa Brian ?" Harith Izimer buat- buat tak tahu.

“Awak jangan nak menipu ! baik awak cakap !"

“Saya tak tipu la..." muncung saja mulut Harith Izimer.

“Tipu ! kalau awak tak cakap apa- apa kenapa Brian merajuk dengan saya ? dia cakap kat saya awak chat dia kan ?" soal gadis itu tidak puas hati.

“Mana ada..."

“Saya tak percaya !"

“Okey, okey... memang saya ada chat dia. Puas ?" jawab Harith Izimer bersahaja.

Tajam gadis itu melihat Harith Izimer. “Awak cakap apa kat dia ?" soalnya lagi.

“Cakap apa ? saya cuma borak- borak kosong." Harith Izimer menayangkan muka tidak bersalah.

Gadis itu terus mengeluh geram. Borak- borak kosong ? kalau macam tu kenapa Brian sampai merajuk, sampai tidak mahu bercakap dengannya ?

“Awak jangan nak tipu la, kalau awak tak cakap apa- apa tak kan Brian cuba mengelak dari saya ? baik awak cakap kalau tak saya bagi tahu abang Aliq !" ugut gadis itu pula.

“Dia mengelak dari awak ? bagus la macam tu !" Harith Izimer sudah ketawa gembira.

“Harith ! saya tak main- main ni." marah gadis itu pula.

“Fine ! saya just cakap kat dia yang awak bakal isteri saya, itu saja."

“What ! Harith..." terkejut gadis itu.

Seakan tidak percaya dengan apa yang keluar dari mulut Harith Izimer. Rupanya sebab ini, patut la Brian merajuk !

“Yang awak terkejut sangat kenapa ? memang awak bakal isteri saya kan ? awak lupa ke yang saya akan masuk meminang awak lepas awak habis study. Tak gitu Cik Luna Lafia ?" Harith Izimer menaikkan kening.

“Memang la tapi tak perlu la bagitahu Brian. Dia dah merajuk dah !" Luna Lafia sudah mengeluh.

Bukan dia tidak tahu yang Brian sudah lama menaruh perasaan terhadapnya. Dari zaman mereka berdua sekolah sehingga mereka sama- sama melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Alih- alih Harith Izimer mengaku yang Luna Lafia bakal isteri lelaki itu. Mahu Brian tak meroyan ! dia bukan apa, cuma kesian dengan kawan baiknya itu.

Kalau bukan sebab persahabatan mereka yang sudah terjalin lama, tidak la Luna Lafia penat- penat mahu memikir perasaan lelaki itu.

Masam muka Harith Izimer. “Amboi, awak ingat merajuk dia saja ? yang merajuk saya ni macam mana ?"

Luna Lafia mengeluh. “Awak bukan tak tahu yang kami dah lama berkawan. Bila jadi macam ni saya rasa bersalah dengan dia."

“Habis tu awak tak fikir saya pula ? saya risau awak dengan Brian kat sana. Saya tahu yang dia sukakan awak, itu sebab saya cakap macam tu." Harith Izimer mencebik.

“Yang awak nak risau kenapa ? saya bukan suka dia pun. Kami kawan je la !"

“Awak anggap dia kawan, tapi dia ? mesti la saya cemburu !"

“Kami tak ada apa- apa la !"

“Yelah tu... entah- entah awak pun suka dia kan ?!"

“Awak jangan tuduh saya bukan- bukan. Kalau saya suka dia tak kan saya setuju untuk awak masuk meminang saya !" geram Luna Lafia, rasa nak tumbuk- tumbuk muka Harith Izimer.

“Tipu la... saya tahu saya ni tak hensem macam Brian tu, ada mix Korea. Taste awak kan semua nak macam pelakon Korea tu je..." Harith Izimer buat- buat merajuk.

“Mengada ! annoying betul awak ni !" Luna Lafia sudah mencebik.

“Betul kan apa saya cakap ?" teka Harith Izimer.

“Mana ada la..." kendur suara Luna Lafia. Malas mahu bergaduh. Nanti dia juga yang sakit hati !

“Kalau macam tu kenapa awak nak kita rahsiakan hubungan kita ? Kenapa tak nak bagi tahu Kak Lara dan Abang Izim ?" sola Harith Izimer pula.

Luna Lafia menarik nafas. “Bukan saya tak nak mereka tahu, cuma saya nak tunggu lepas semua settle. Lepas saya habis study baru kita bagi tahu mereka."

“Lama lagi la...." Harith Izimer menarik muncung.

“Apa yang lama ? tak sampai setahun pun. Cuba bawa bersabar sikit."

Harith Izimer sudah terdiam. Dia hanya merenung kakinya, dikuis- kuis tanah dan daun yang berselerak pada kawasan pondok itu.

Luna Lafia yang masih dalam talian juga turut membisu. Masing- masing diam melayan perasaan sendiri.

“Luna ! let's go."

“Okey la, saya nak kena pergi ni. Saya ada study group." ujar Luna Lafia apabila mendengar Ketty memanggilnya.

Harith Izimer mengangkat wajah semula. Wajah Luna Lafia yang berada dalam telefon ditatap lama. Rindu dia melihat wajah itu, bukan selalu dapat berjumpa.

Luna Lafia jauh di negara orang manakala dia pula jauh di Malaysia. Susah bercinta jarak jauh seperti ini, tetapi itu la kehendak hati. Dari mula dia berjumpa dengan gadis itu memang hatinya sudah terpaut.

Mula- mula memang Luna Lafia menolaknya tetapi Harith Izimer langsung tidak berputus asa. Dipujuk gadis itu untuk menerimanya dan akhirnya Luna Lafia setuju, tetapi bersyarat.

Hubungan mereka harus dirahsiakan sehingga Luna Lafia habis belajar, Lara Laudya dan Haliq Izimer juga tidak boleh tahu ! Jadi Harith Izimer terpaksa mengikut tanpa banyak soal.

“Awak study group dengan Brian ke ?" soal Harith Izimer dengan curiga.

Luna Lafia sudah buat muka. Malas nak layan cemburu buta lelaki itu. Entah apa- apa, macam budak- budak saja nak cemburu bagai !

“Dah, saya kena pergi. Bye !" laju Luna Lafia meletak telefon.

Belum sempat Harith Izimer bersuara wajah Luna Lafia sudah hilang pada skrin telefon. Cis ! bukan main laju, rasa macam dia pula syok sendiri dok terhegeh- hegeh rindukan gadis itu.

“Tak sempat nak cakap apa- apa dah letak ? ishh, aku je la dok angau kat dia sorang." ngomel Harith Izimer.

Skrin telefon bimbit yang sudah gelap itu ditatap lama. Kemudian Harith Izimer mengeluh panjang. Lagi enam bulan dia kena tunggu Luna Lafia, tak lama ke ?

Harith Izimer sudah bercadang mahu meminang gadis itu sebaik saja Luna Lafia pulang ke Malaysia. Tapi apa yang dia harap nanti semua orang tak terkejut sudah la.

Mahu dia kena pelangkung dengan Lara Laudya bila diberitahu mahu mengahwini adik wanita itu. Tak apa la Rith, hadap saja ! Harith Izimer sudah tersengih sendiri.

Harith Izimer bangun dari duduknya, dia melangkah mahu pergi ke tempat dimana mereka berkhemah tadi. Dalam perjalanan tiba- tiba Harith Izimer ternampak Lara Laudya berjalan sendirian.

Kepalanya tertanya- tanya ke mana kakak iparya itu mahu pergi ?

“Kak Lara !"

Panggil Harith Izimer sambil mempercepatkan langkah. Entah macam mana silap, kaki Harith Izimer tersadung pada batu dan terus dia terjatuh.

Lara Laudya berhenti melangkah. Dia memusing melihat sekeliling. Pelik ! tadi macam ada orang panggil nama dia kan ?

Seram sejuk Lara Laudya dibuatnya. Langkahnya dipercepatkan. Sudah la laluan itu agak sunyi, mana tahu yang panggilnya tadi bukan orang, tak ke naya !

Langkah Lara Laudya makin lama makin perlahan apabila dia seperti mendengar tapak kaki sedang mengikutnya.

Pelan- pelan Lara Laudya pusing kepala mahu melihat, tiba- tiba mulutnya dikatup dengan sehelai kain.

Lara Laudya sudah meronta- ronta mahu melepaskan diri tapi makin lama matanya jadi berat dan perlahan- lahan dia sudah jatuh pengsan. Pekara terakhir yang dia ingat bila tubuhnya digendong seseorang.

Harith Izimer mengibas seluarnya yang sudah terkena tanah. Mulutnya tak habis menyumpah batu yang berada tengah jalan itu. Tak pasal- pasal dia pula tersungkur !

Wajah Harith Izimer dinaikkan, dia mencari kelibat Lara Laudya. Tadi bukankah wanita itu berada tidak jauh darinya ? kenapa sekarang tak ada pula ?

Pelik ! Harith Izimer sudah garu kepala. “Mana Kak Lara ni ? tadi bukan dia ada depan tu ke ?"

Mungkin kakak iparnya sudah balik ke tempat berkhemah kot ? Malas Harith Izimer mahu ambil pusing. Laju dia beredar dari situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience