BAB 18

Romance Series 25713

"Saya minta maaf..." Ujar Haliq Izimer sambil menunjukkan muka comelnya. Dia tahu kali ni 100 peratus salahnya.

Lara Laudya mengecilkan mata. Tak sangka hanya ayat tersebut yang keluar dari mulut Haliq Izimer. Besar kecik besar kecik mamat ni pada pandangannya. Garpu di tangannya dihala ke muka Haliq Izimer. Rasa nak dikorek aje biji mata mamat tu.

"Maaf je u cakap! u tahu tak apa yang u dah buat? u dah pecahkan pintu bilik i Encik Haliq Izimer! pintu bilik i !" marah Lara Laudya.

Geram benar dengan kelakuan suaminya yang sorang ni. Ada ke patut Haliq Izimer dengan selamba pergi rempuh pintu bilik tidurnya sehingga hampir hilang pintu tersebut. Satu hal pula nak dipanggil orang untuk baiki kerosakkan yang satu tu.

Dia yang tadinya mengutip kaca pecah akibat dari kecuaian sendiri terkejut apabila tiba-tiba pintu bilik itu dirempuh kuat dari arah luar oleh tetamu yang tidak diundang itu. Disebabkan terlalu terkejut, tangan Lara Laudya terluka terkena serpihan kaca yang bertaburan di lantai.

Haliq Izimer merenung muka kelat Lara Laudya seketika. "Apa pula? salah awak juga kan. Mana la saya tau!"

Mata Lara Laudya dipejamkan. Dia menarik nafas dalam- dalam. Rasa macam nak terkam mangsa yang berada didepannya itu.

"Apa pula salah i ? u yang tiba-tiba tak ada angin, tak ada ribut pastu pergi rempuh pintu tu !" Garpu yang berada ditangan Lara Laudya dicacak tepat ditengah cheese cake yang berada di hadapan mereka berdua.

Haliq Izimer yang melihat aksi itu tergamam. Rahangnya terbuka luas. Gerun benar bila Lara Laudya sudah mengamuk. Silap hari bulan garpu itu pula melayang kepadanya. Haliq Izimer menelan air liur. Terbayang-bayang kalau pekara itu terjadi, takut ya ampun !

Pura-pura Haliq Izimer tidak mandang Lara Laudya. "Okey fine! saya minta maaf sangat-sangat. Saya tak sengaja. Saya ingat awak buat benda yang bahayakan diri awak, itu sebabnya saya rempuh pintu bilik awak."

Lara Laudya buat mimik muka pelik. "Dah kenapa i nak buat benda yang bahaya pula? alasan tak munasabah apa ni?!"

"Yelah! saya dengar kaca pecah pastu saya dengar awak menangis jadi saya ingat awak nak bunuh diri." Haliq Izimer sudah menjuihkan bibirnya.

"Apa hal pula i nak bunuh diri? u ingat i ni dah gila sampai nak bunuh diri? u ingat i tak ada iman ke? and... wait ! bila pula i menangis?!" Lara Laudya menjegilkan matanya.

"Ya awak nangis ! saya dengar la."

"No... i tak nangis !"

"Ya awak nangis !"

"No ! i kata tak means tak la! apa yang susah nak faham ni !"

"No... saya kata awak nangis awak nagis la! tak nak mengaku, ego!" Haliq Izimer mencebik.

"Arghh... benci ! u selalu tak nak kalah ! i cakap tak la!" Tempelak Lara Laudya.

Kening Haliq Izimer terjongket. Sah ! Lara Laudya memang ego. Tak nak mengaku konon, macam la dia budak-budak yang boleh diperbodohkan. Macam mana dia boleh beristerikan perempuan seperti Lara Laudya. Haliq Izimer hanya mampu menggelengkan kepala.

"Fine ! yes, memang i nangis. So what ! i tak kacau u kan?" Lara Laudya memasamkan muka.

Haliq Izimer sudah tersengih panjang. Mengaku kalah juga isterinya itu. " So sekarang ni semua salah faham kan? jadi awak tak payah nak marah-marah. Nanti saya panggil orang datang baiki pintu tu, puas?"

Lara Laudya mengetap bibir geram. Matanya tajam merenung Haliq Izimer. Bagai nak tembus di buatnya !

Haliq Izimer yang tidak selesa ditenung begitu berdehem seketika." Kenapa? apa yang tak puas hati lagi. Dah settle kan jadi tak payah nak buat muka macam tu. Saya korek biji mata tu baru ada akal."

Lara Laudya merengus. "Sebelum u korek biji mata i, i dulu akan korek biji mata u ! tengok la !"

Sebelum sempat Haliq membalas katanya Lara Laudya terlebih dahulu bangun. Sakit hati jika terus berada disitu, ada yang makan penumbuknya nanti.

Baru saja Lara Laudya mahu beransur dia berpaling semula. "By the way cheese cake ni untuk u sebab hari ni birthday u. Tapi i dah tak ada mood nak sambut dengan u ! so u makan sorang-sorang, kalau tak u pergi ajak minmin u tu temankan. Huh !" Haliq Izimer ditinggalkan sendirian di meja makan.

Haliq Izimer terkedu. Sekilas dia menjeling Lara Laudya yang berlalu pergi. Hati kecilnya tiba-tiba berbunga. Bahagia barangkali dengan hadiah istimewa itu. Dia ingatkan Lara Laudya tidak ingat tarikh lahirnya. Haliq Izimer tersenyum panjang. Laju saja dia memotong cheese cake yang ada didepannya itu kemudian laju memasuki mulut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience