Bab 29

Fanfiction Completed 8760

(BAB29)

Tiada apa yang perlu aku risaukan tentang rumah aku kerana mereka menjaganya dengan baik . tetapi aku selalu risaukan anak aku , Jimin . mungkin kerana sekarang dia dalam keadaan yang tidak sihat .

Aku kasihan melihat Jimin tidak berupaya sebegitu . ada kalanya aku rasa diri aku gagal menjadi ibu yang baik sejak kandungkan Jimin . rasa kesal kerana memilih jalan untuk membunuh diri mula menjalar dalam hatinya .

Aku selalu mengikutinya . kadang kadang aku temankan Jimin tidur . walaupun sekejap . aku tak sanggup tengok Jimin tidak lena kerana berasa seram sejuk sejak aku baring di sebelahnya . untuk memastikan Jimin dapat tidur yang lena dan merehatkan badannya, lebih baik aku jauhkan diri daripadanya .

Dan..

Aku pernah terfikir . terfikir untuk membawa Jimin tinggal bersama aku . bersama di alam aku . walaupun aku tidak sanggup untuk membunuhnya , tapi itu sahaja jalan yang aku nampak untuk membuat Jimin tinggal bersama aku .

Pada satu malam , aku melihat mereka berkumpul di ruang tamu . bersembang . Jimin juga berada di situ tetapi masih dalam keadaan yang sama . baring di sofa dengan mata yang sembab . aku sudah tekad untuk mencekiknya .

Maafkan omma, Jimin..

Hampir sahaja tangan aku ingin mencapai leher Jimin, satu suara membuatkan aku terhenti dari perbuatan aku .

" Jangan. "

Aku berpusing ke belakang . seorang lelaki dengan muka yang bersih datang menghampiri aku . dari pandangan aku , aku sudah tahu yang lelaki ini juga berasal dari alam yang sama dengan aku .

" Kau siapa? " Aku menyoal .

" Takkan kau sanggup bunuh anak kau sendiri? " Soalan aku dijawab dengan soalan . lelaki itu berdiri tegak dengan tangannya dimasukkan dalam poket seluar putihnya .

" Kau siapa? " Aku menyoal lagi . Bau darah roh lelaki itu sangat biasa dengan deria bau aku . macam bau darah..

" Mereka semua adik adik aku . aku mintak kau jangan apa apakan mereka . walaupun Jimin anak kau , kasihanlah dia ."

"Adik kau? tapi bau kau tak sama dengan mereka melainkan.. " Aku memandang Jungkook yang sedang bergelak ketawa .

" Ya. hanya aku dan Jungkook mempunyai pertalian darah yang sama . Jungkook adik kandung aku, dan mereka juga sudah aku anggap sebagai adik aku. Aku yang jaga mereka selama ini." jawab lelaki berambut putih itu .

" Oh kau lah hyungnim yang mereka katakan malam dulu ."

" Jangan bunuh Jimin. "

" Ini sahaja jalan yang aku nampak. "

" Tolong. Kasihankan Jimin. "

" Aku tak boleh! perasaan nak bersama dengan anak aku membuak buak! kau pergi! jangan ganggu urusan aku! " aku menengking .

lelaki berpakaian seragam itu mendekati aku dengan wajah yang tegang .

" Jangan bunuh dia. "

Aku merengus geram .

" Baiklah , hari ni mungkin bukan harinya . apa apa pun aku mahu anak aku tinggal bersama aku! " dan roh lelaki tadi mulai hilang . kenapa dia menghilangkan diri pun aku tidak tahu .

Aku pandang Jimin sekali lagi . air mata aku turun .

Agak lama aku menatap wajah Jimin sehingga aku berasa puas. aku pun memusingkan badan ku dan bergerak ke arah tangga . dan aku pun duduk di tangga tersebut sebelum bertnidak merangkak naik ke atas . erh aku tak larat nak terbang .

tapi aku mulai rasa ada sesuatu yang tak kena . macam diri aku diperhati . secara pantas, aku memandang ke belakang dan aku mendapati lelaki bernama Tae memandang aku sebelum lelaki itu menjerit sambil menyilangkan tangan di wajahnya .

Kenapa Tae ni boleh nampak aku ni ?

"Tae! Tae! Kau ni kenapa! Woi!" Hoseok melepaskan satu penampar berperisa pedas ke pipi Taehyung yang seperti dirasuk. Aku cepat cepat terbang dan berdiri di balkoni atas .

Aku lihat Tae memandang wajah rakan rakannya sebelum matanya menghadap aku . aku berlawan mata dengannya . lama dan aku tersenyum . menyeringai membuatkan wajah Tae kelihatan takut .

" Tae? " Aku mendengar Jimin memanggil Tae dengan suara yang serak .

Aku memandang wajah Tae sekali lagi dan aku mula membuka mulut."

" Sekarang kau jagalah anak aku sebab lepas ni aku akan ambil dia. " Tapi aku tengok muka Tae berkerut . aku syak yang dia hanya dengar aku bercakap dengan bahasa yang pelik . mungkin semangatnya masih belum kuat untuk mendengar apa yang aku cakap .

" Anak aku.. JIMIN !"

Dan aku bertindak menghilangkan diri . dah lah . aku dah penat . dan aku tak dapat tahan diri aku untuk melihat Jimin . bila aku memandangnya, aku terasa mahu membunuh Jimin dengan cepat .

Lebih baik aku tenangkan diri aku dahulu .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience