(BAB50)
Seokjin meletakkan semangkuk bubur ayam yang masih panas di atas dulang . Dia turut meletakkan secawan susu suam sebelum dia menjerit memanggil nama seseorang .
" Jungkookieeeeee ~ " Seokjin memanggil namun tiada sahutan .
" Jungkookieee yang cute ~ "
" Jungkook! "
" Hoi Jungkook! "
Seokjin bertukar dalam sekelip mata . Walaupun dia memanggil Jungkook dengan panggilan yang keras , masih tiada sahutan .
" apehal yang kau bising pepagi ni ? " kelibat Suga memasuki dapur dengan baju uniform polis yang masih tidak berbutang agak mengejutkan doktor itu .
" butang baju tu oppa , nanti saia tergoda pula ." Arah Seokjin dengan muka yang dimaniskan .
" aku yakin kau kena pencen jadi doktor dalam masa terdekat . Otak kau semakin lama semakin gedik ." Suga menjeling sebelum mengambil duduk di kerusi makan .
" eh eh jap, jangan duduk lagi . Boss kau tu mana ?" Soal Seokjin dengan mata dibulatkan .
" Boss ? Oh Jungkook ? Dia dah pergi kerja lah . Wae? " soal Suga kembali .
" laa , jadi aku suruh kau je lah . Kau masuk kerja lambat pun tak apa kan ? Jungkook mesti faham . Aku tak boleh lambat , nanti ada kes orang mati pulak depan klinik aku sebab lambat sangat beri rawatan ." Kata Seokjin memancing Suga . Dia menolak dulang berisi semangkuk bubur ayam dan secawan susu .
" apa ni ?" Suga kurang mendapat idea tentang apa yang cuba disampaikan Seokjin .
" ni bubur dan susu , lembap. "
Jelingan maut Suga bermula lagi .
" ya lah tapi , untuk apa ?"
" kau bawak dulang ni dan hantarkan pada Jiminnie kat bilik dia . Arraseo ? OKay aku nak gerak dulu ." Kata Seokjin lalu melangkah keluar dengan beg sandangnya .
" aku jugak. "
Suga dengan terpaksanya bangun semula dan terus melangkah ke bilik Jimin dengan dulang makanan di tangan .
Suga mengangkat tangan ingin mengetuk pintu namun tindakannya terhenti . Telinganya menangkap sesuatu yang membuatkan dia berdebar . Bunyi macam ..
Jimin menangis ?
Pintu bilik Jimin dibuka kasar . Tubuh Jimin segera dicari . Akhirnya , Suga terlihat Jimin sedang duduk memeluk lutut di hujung sudut dinding dengan wajah yang dibenamkan ke lutut .
" Ji-Jimin ?"
Perlahan lahan Jimin mengangkat mukanya . Suga agak terkejut melihat wajah Jimin yang basah dengan air mata . Dulang makanan yang masih di tangan diletakkan ke atas meja .
" Jimin ah , wae ? Kau sakit ke ?" Suga menyentuh bahu Jimin dan tanpa disangka Jimin lantas memeluknya .
" Yah Jimin , kau sakit ke? Bagitahu aku kau sakit kat mana ?" Suga mengusap usap rambut Jimin . Jimin tidak menjawab soalannya melainkan dia menangis dengan lebih kuat .
" Jimin , jangan buat aku risau please ."
Suga bertambah hairan kerana Jimin tidak bersuara melainkan hanya menangis dalam pelukannya . Suga kehilangan kata kata.
" Suga ah , aku rindukan dia .."
Jimin bersuara akhirnya . Suga hanya mengangguk dan terus mengusap rambut Jimin .
" Siapa ?"
" Omma .."
Suga kelihatan hampir menangis . Melihatkan Jimin sebegitu kerana rindukan ommanya , apatah lagi dia . Omma dan appanya sudalah tiada , Sekarang dia terpaksa berjauhan dengan adiknya .
" Jimin ah , omma kau pun rindukan kau . Kalau kau nak tahu dia selalu ada dekat dengan kau . Em takkan dia nak berjauhan dengan anak kesayangan dia kan ?" Tutur Suga hanya untuk menenangkan hati Jimin .
" betul ke ,Suga ? Omma selalu tengok aku kan ?" Jimin melepaskan pelukannya .
" betul . Kau kan , kena jadi macam aku . Aku selalu anggap yang omma dan appa aku selalu tengokkan aku dan Woozi . Jadi rindu aku pada diorang terubat lah jugak . Kau ni nama je lelaki . Alahai kuat lah sikit. " Suga menepuk nepuk bahu Jimin .
Jimin tersenyum .
" kau pun . Nama je lelaki, apesal kau pun nangis ?" Soal Jimin lalu mengelap air mata Suga dengan jari jarinya .
" hehe iye ke ?" Suga melemparkan sengihan lalu mengelap air matanya sendiri .
" Jom makan ,Jimin ?" ajak Suga dan mereka berdua bergerak ke katilnya . ( Byuntae is No No Hae ~ xD )
" kenapa korang suka hantarkan aku makanan ? Aku dah boleh turun makan macam dulu ." Ujar Jimin kurang berpuas hati .
" Seokjin yang buat semua ni . Dia risau kau akan sakit kalau banyak bergerak ." Suga menghulurkan mangkuk bubur ke arah Jimin.
" nanti kau bagi tahu dia yang dia tak perlu dah buat macam ni . And mana yang lain ?" Soal Jimin dengan mulut penuh dengan bubur .
" Jungkook, Seokjin, Tae dah pergi kerja . Hoseok tengah-- " belum sempat Suga menghabiskan ayatnya , satu kelibat memunculkan diri di balik pintu bilik Jimin .
" Hoseok ah.. "
" Jimin ? Suga? Eh Suga ah , tak pergi kerja ke ? Dah lewat ni? " Hoseok yang masih berambut ala hantu kak limah balik ke rumah bersuara .
" kerja ? " Suga mula kelam kabut dan lalu meminta diri untuk ke kerja . Dia berlarian ke luar rumah. Sebelum itu , dia sempat mengambil kunci kereta milik Hoseok. Hoseok sudah mengizinkannya mengguna kereta lumba itu untuk ke tempat kerja sejak bulan lepas .
" Jiminnie , dah okay? " Hoseok mengambil tempat duduk di sebelahnya .
Jimin mengangguk laju lalu tersenyum hingga matanya tertutup .
" Aigoo kau ni comel betul . By the way , aku nak bagitahu yang Namjoon dan Woozi balik ke sini esok . Bolehlah kita pergi bercuti kan ?" Hoseok kelihatan gembira memberitahu khabar tersebut .
" Jinjja ? Wah tak sabar nak jumpa diorang . Tapi, Suga dah tahu adik dia nak balik esok ?" Tanya Jimin. Mangkuk bubur yang sudak kosong diletakkan ke dalam dulang semula .
" tak lagi . Aku tahu pun sebab Namjoon yang call aku tadi . Dia ada cakap yang Woozi pesan jangan bagitahu tentang kepulangan diorang pada Suga . Surprise katanya. " Hoseok tersengih .
" wah esok ada drama free lah nampaknya . "
" agaknya begitu lah. "
Mereka sama sama ketawa . Jimin sedar dia bukan keseorangan kerana rindukan ommanya tapi dia masih ada rakan rakan yang setia bersamanya .
~
(BAB51END)
Kelibat seorang lelaki berpajama minnie mouse berwarna pink keluar dari dapur dengan tangan mendulang air . lelaki serba pink malam itu sudah diketahui umum iaitu Seokjin . Seokjin tersenyum lalu duduk bersimpuh di lantai sambil meletakkan secawan chocolate panas di hadapan setiap orang yang ada . gelagatnya yang agak ayu itu mengundang sepakan berjemaah khas daripada Jungkook dan Taehyung .
" kau kenapa tiba tiba wayar putus ni . dah buang tebiat ? nak mampus ?" soal Jungkook garang . namun Seokjin tidak langsung takut kerana baginya Jungkook kelihatan comel walaupun sedang marah .
Seokjin si minnie mengendahkan kata kata Jungkook itu lalu dengan ayunya duduk di sebelah Namjoon dengan kaki disilangkan ala Dato Vida Qu Puteh .
" hah malam ni aku buatkan chocolate panas aje . kira syukurlah daripada aku bagi korang minum air tong kumbahan kat belakang tu ." ujar Seokjin . rambutnya di flipkan ke belakang .
" kami tak protes apa pun , Seokjin ." tegur Hoseok dengan mukanya yang dihodohkan .
Seokjin terdiam . pandangan matanya digerakkan ke atas seraya mulut yang dimuncung .
" Woozi ah , minumlah . apehal kau diam aje dari tadi ? rindukan hyung kau ? kejap lagi dia balik lah tu ." Jimin yang duduk bersebelahan Woozi bersuara pula . cawan berisi chocolate panas itu disuakan ke arah Woozi dan lelaki itu lantas menyambutnya . sempat dia berterima kasih pada Jimin .
" iya, kejap lagi dia balik . aku sengaja bagi dia siapkan tugasan aku sebab nak bagi dia lambat sikit . takut nanti dia balik dulu sebelum kau. tak surprise lah kan ?" ujar Jungkook . terbayang semula wajah Suga yang masam mencuka apabila disuruh untuk menyiapkan tugasan Jungkook . bermacam alasan yang tak masuk akal diberi pada Jungkook semata mata mahu balik awal dan menjauhkan diri dari timbunan fail fail yang diberi Jungkook . seperti dia perlu beri siputnya makan walaupun makhluk lembik bercengkerang itu tidak wujud di rumah mereka .
" hehe bagus jugak tu . tapi Suga hyung tak protes ke ? dulu masa saya mintak dia berikan saya remote tv pun dia boleh buat drama . katanya dia anak yatim piatu yang perlu menyara diri sendiri dan adik yang sedang meminta remote tv pada dia . macam tak masuk akal langsung padahal remote tu ada kat hujung kaki dia je ." cerita Woozi mengundang gelak tawa mereka .
" gila tak protes hyung kau tu ? tadi mujur aku berharap gila gila moga si Suga tu tak gigit ke semua staff dan bakar hangus balai polis tadi tau tak ." Jungkook terbayang lagi wajah Suga memprotes suruhannya tadi .
sedang mereka rancak bersembang tentang topik Suga , topik Qu Puteh mahal na mampus , topik cuaca panas , bertukar pula pada topik D'hearbs terlajakkkkkkk larissssssss sedang hangat di pasaran , topik ghost duck, mereka dikejutkan dengan bunyi deruan enjin kereta masuk ke pekarangan rumah . Hoseok yakin bahawa Suga sudah pulang kerana dia kenal bunyi 'girlfriend'nya itu .
" hah Woozi , kau pergi menyorok dekat tepi tangga tu . nanti pandai pandai lah kau kira time yang sesuai untuk kau keluar kejutkan hyung kau ." Taehyung menarik Woozi hingga ke tepi tangga . dia kembali ke ruang tamu dengan lagak biasa kerana pintu utama rumah sudah terkuak dari luar .
seperti biasa Suga akan masuk dengan wajah yang muram . Woozi yang terlihat riak wajak hyungnya tersentuh . dia mula tahu yang Suga juga terlalu rindu padanya kerana sebelum ini , Suga akan masuk ke rumah dengan wajah gembira yang melampau dan akan memeluknya dahulu .
" Suga ah , kau dah balik ?" soal Seokjin lalu menghirup secawan chocolate yang masih panas .
" tak lah , kan aku ada kat tempat kerja ni. tengah berak . " hampir tersembur Seokjin dibuatnya apabila Suga menjawab sedemikian . namun dia tetap menyabarkan dirinya kerana dia tahu dia yang salah kerana menanyakan soalan yang tidak masuk akal . sudah terang terang Suga ada di hadapannya .
" kau berak kat tempat kerja , Suga ? buat penat orang dulu bina tandas kat balai. ish ish ." tutur Jungkook sekadar ingin bergurau tetapi Suga hanya tersenyum tipis .
Suga ingin berlalu ke biliknya saat itu namun langkahnya terhenti apabila matanya terpandang Namjoon . serta merta riak mukanya berubah kepada gembira yang teramat . adakah dia sudah jatuh cinta pada Namjoon ? eh tak mungkin dan mengapa ini tertaip sekali ? *author disepak*
" Namjoon? kau dah balik ? and.. " Kepala Suga bergerak gerak ke kiri kanan .
".. mana Woozi ?" Mata Suga berkilau bak kepala botak Squidward memandang ke arah Namjoon .
" ah adik kau tak dapat balik . dia ada latihan lagi sebulan ." bohong Namjoon dan yang lain menyembunyikan sengihan .
riak wajah Suga kembali ke muram seperti tadi dan mula bergerak perlahan ke bilik . jam di dinding dikerling seketika . hampir pukul 10 ; 30 malam . sudah lewat dia balik ke rumah . dan dia memang ternantikan waktu 10 ; 30 itu dan berharap Woozi balik ke rumah kerana hari esok ialah ..
" HYUNG ! HAPPY BIRTHDAY !"
Suga terperanjat gila babun sehingga topi polisnya tercampak . matanya kini bertembung dengan anak mata seseorang yang dirinduinya siang malam . Suga tidak mampu untuk bergerak melainkan hanya memerhati Woozi dengan linangan air mata ( alahai Suga apesal kau jadi macam ni xD Suga ; kau yang buat aku menangis walaupun kau dah tahu aku swag ! infires ! *disepak lagi* *Suga go away with his swaeg to find his turtle* )
" hyung? hyung okay ? ni Woozi lah . and Happy Birthday untuk kita ." Woozi mendepangkan tangannya lalu memeluk Suga . Suga yang masih dalam terkejut bercampur gembira melampau itu terus membalas pelukan adiknya .
" Woozi ! hyung rindukan kau ." dahi Woozi dicium lama .
" huyooo birthday korang ke hari ni ? tak kongsikan pada kami pun !" protes Hoseok dan disokong yang lain .
Suga dan Woozi tersenyum lalu bersama sama ke sofa untuk duduk menyertai mereka .
" sebenarnya esok birthday kami . tapi kebiasaannya kami sambut pukul 10 ; 30 malam sebelum hari esok ." ujar Suga membuatkan mereka merasa hairan .
" sebab masa kami 10 tahun , omma kami ada ceritakan waktu dia melahirkan kami berdua . omma cakap .."
" dulu , pada pukul 10 ; 30 malam , omma dah mula rasa sakit nak lahirkan kamu berdua ." ujar Puan Min pada dua orang anak kembarnya yang sedang duduk di ribanya .
" omma sakit kat sini ?" tangan kecil Suga beralih pada perutnya . membuatkan Puan Min tersenyum suka . lantas dia mengangguk sebelum mencium pipi Suga dan adiknya, Woozi .
" ya sayang , tapi waktu itu omma hanya rasa sakit tapi doktor kata kamu berdua tak mahu keluar lagi jadi pada pukul 3 pagi esoknya , baru anak kembar omma yang comel ini lahir ." Puan Min menggeletek pinggang anak kembarnya membuatkan mereka terkekeh ketawa .
" Omma , kami minta maaf sebab sakitkan omma . kami sayang omma! "
mereka terangguk angguk faham . Suga yang bercerita tadi mengelap air matanya kerana tiba tiba dia rindukan saat saat bersama omma dan appanya . dia pasti Woozi juga rasa perkara yang sama .
" jadi korang akan sambut awal pada jam 10 ;30 malam ? wau , macam pelik tapi mesti omma dan appa korang suka dan bahagia ." ujar Jimin seraya tersenyum .
" ya sebab waktu tu kami buat omma rasa sakit ." Woozi tersengih . tiba tiba , matanya teralih pada seseorang yang sedang menyembunyikan wajahnya dengan lengan tangannya .
" Jungkook hyung , kenapa ?" Woozi bertanya . mereka juga teralih ke arah Jungkook apabila Woozi menegurnya .
" eh Jungkook? apesal kau nangis pulak ni ?" Jimin segera menyentuh bahu Jungkook . lelaki itu mengangkat muka lalu menyapu air mata dengan lengan baju . dia tersenyum sebelum bersuara .
" aku jeles dengan kau , Woozi ah. " tutur Jungkook . kejutan untuk hyungnya hanya menggunakan diri Woozi sendiri sedikit sebanyak membuatkan Jungkook teringat tentang Yoongi hyung . ya, dia rindukan hyungnya sendiri . tak bolehkah dia ambil kehidupan Woozi walaupun sekejap ?
" aish Jungkook ah . kau jangan buat free drama kat sini tau . " Jimin mengusap usap bahu Jungkook .
" kenapa dengan dia ?" Suga menyoal .
" kau tahu boss kau ni ada hyung ? ala hyung dia yang pernah masuk mimpi kau . mestilah dia jeleskan Woozi sebab kau sebagai hyung dia muka sebiji dengan hyung Jungkook ." terang Seokjin membuatkan Suga terangguk faham .
" aish dah lah tak mau sedih sedih lagi , jom kita enjoy malam ni ?" cadang Hoseok . mereka sudah berfikir panjang tentang cadangan itu sebelum mereka dikejutkan dengan bunyi musik yang kuat dari corong audio .
" BANGTAN BOYS SUNBAENIM ! WE LOBEU UUUU !" jerit Taehyung lalu menari ikut rentak lagu Dope yang dipopularkan oleh artis No.1 Dunia kpop sekarang ini , Bangtan Boys .
mereka yang teragak agak tadi terus menari mengikut rentak lagu . enjoy lah bak kata Hoseok tadi .
" aku pergi ambik soju and makanan ringan kat dapur . baru seronok !" Seokjin menjerit melawan arus kuat musik lalu berjalan berjoget joget ke arah dapur .
" WOKAYY !" sorak mereka lalu menari nari lagi . Jungkook yang kepenatan behenti lalu melangkah ke belakang . nafas panjang diambil kerana terlalu penat .
" alahai cepatnya penat ? tak best lah macam ni . hyung baru nak enjoy ."
suara itu amat dekat dengan telinga Jungkook membuatkan dia menoleh ke arah suara itu dengan pantas . matanya terus berkaca apabila wajah yang sudah lama tidak muncul pada pandangan ada di hadapannya sekarang . tubuh Yoongi dipeluknya erat .
" Hyung! "
Taehyung yang terdengar jeritan Jungkook itu segera memperlahankan audio . mereka juga berhenti membuat dance battle dan melirik ke arah Jungkook yang sedang memeluk Yoongi . Seokjin yang keluar berjoget joget dari dapur membawa dua botol soju bersama sebungkus makanan ringan yang besar juga terhenti jogetnya.
" HYUNGNIM !" bergema suara lelaki lelaki bergabung dan acara berpelukan beramai ramai dilakukan .
" Hyung dengar ada orang rindukan hyung ?" duga Yoongi dengan matanya memandang ke arah Jungkook .
" memang lah Kookie rindu . aish !" Jungkook buat buat merajuk .
" ee mengadanya . umur dah masuk 24 lah ." Namjoon menegur lalu tersengih .
" nampak macam seronok . hyung nak join ?" Yoongi menyoal .
" Yeay dua lelaki terhandsome bergabung! " Suga segera menarik Yoongi setelah Taehyung membuka semula audio . sekali lagi acara dance battle bermula .
" ketepilah gila ! aku nak dance dengan hyung aku ." Jungkook dengan semangat wajanya segera menolak Suga ke tepi . dia lantas mengambil tempat Suga dan menari dengan Yoongi hyungnya . it's time to shine with ma hyung !
" Kookie sayang hyung !" Jungkook terus memeluk Yoongi seeratnya . Yoongi hanya tergelak melihat gelagat adiknya lantas membalas dakapan Jungkook .
" Hyung lagi sayang Kookie ." bisik Yoongi di telinga adiknya .
sudah puas berjoget dan menari , mereka duduk berborak pula . Jimin yang melihatkan kemesraan di antara dua adik beradik iaitu sama ada Jungkook dan Yoongi atau Suga dan Woozi , membuatkan Jimin merindui ommanya . keadaan itu seolah olah memaksa Jimin untuk termenung . jadi dia termenung lagi .
" Jimin ah ."
Jimin yang mendengar namanya dipanggil mengangkat muka . ternyata Yoongi yang memanggilnya tadi .
" wae hyungnim ?" soal Jimin . dia membetulkan duduknya .
" jangan risaulah . omma kamu selalu rindukan kamu . dia selalu ceritakan pada hyungnim apa yang kamu lakukan setiap hari . ya , setiap hari omma kamu tengokkan kamu . " kata kata Yoongi sedikit sebanyak membuatkan Jimin gembira .
" Hyungnim selalu jumpa omma Jimin ?" mata Jimin mula berair . entah kenapa , air matanya masih mahu turun .
Yoongi mengangguk lalu mengusap anak rambut Jimin . rasa kasihan melihat seorang anak yang merindui ommanya yang sudah tiada terbit di hatinya .
" tapi kenapa dia tak datang jumpa Jimin ? kenapa omma tak macam hyungnim ? itu sebabnya Jimin selalu rasa rindu pada omma ." Jimin berkata sedikit merugut .
" tapi omma selalu teman anak omma yang comel ni tidur ."
Jimin tiba tiba terasa rambutnya disentuh dari belakang . dia lantas bangun dan air matanya laju turun di pipinya .
" omma! "
tubuh ommanya dipeluk . tak sangka dirinya juga mendapat kejutan seperti yang dialami oleh Jungkook tadi .
" Jimin ingatkan omma tak akan munculkan diri pada Jimin macam Yoongi hyungnim buat ." rungut Jimin yang masih memeluk ommanya .
" Jimin , omma akan sentiasa ada dengan kamu . ingat tu ." pesan ommanya . Jimin mengangguk lalu memeluk ommanya lebih erat .
" aish apesal aku pun rindukan omma aku ." ujar Seokjin lalu memeluk Namjoon . tetapi dia ditampar selepas itu .
" kau tahu tu Jimin , orang yang kita sayang akan sentiasa bersama kita . jadi lepas ni , janganlah kau nangis macam budak kecik lagi ." pesan Suga pula .
Jimin mengangguk sambil tersenyum .
sekarang , mereka belajar sesuatu dalam kehidupan . iaitu kehidupan tak akan sunyi jika ada orang yang kita sayang sentiasa bersama kita . Jimin sudah tahu bahawa walaupun dia selalu merasakan dirinya keseorangan , hakikatnya tidak . keluarga dan rakan rakannya akan selalu bersama dia . pengajaran ini bukan untuk Jimin seorang , malah untuk semua .
" Thank you for always being with me even though it's hard for you all , my friends ." ujar Jimin .
Jimin , Seokjin , Jungkook , Taehyung , Suga , Woozi , Hoseok dan Namjoon bangun lalu berpelukan beramai ramai . Puan Park dan Yoongi hanya tersenyum melihat jalinan persahabatan yang erat di antara mereka .
" We promise will always be with you as long as the dead do not seperate us ." ujar Jungkook pula .
" WE PROMISE !"
Terukirlah senyuman bahagia di setiap bibir mereka . Masing masing berjanji akan sentiasa bersama selamanya .
" FRIENDS , BE WITH ME ."
Share this novel