(BAB9)
Yang lain sedang tidur sewaktu Jungkook dan Taehyung berdua duaan di ruang tamu. Imaginasi jangan tinggi sangat, mereka hanya menonton televisyen hingga larut malam.
Apabila siaran bertukan kepada iklan, mereka akan mula berbual. Apabila siaran kembali mula, mereka diam tak berkutik.
Iklan yang ke berapa ratus muncul semula. Taehyung membuka mulut dahulu untuk mencari topik sementara menunggu siaran mula.
"Apasal Namjoon tak turun makan hari ni? Dia terperap je dalam bilik dia. Putus cinta?" Taehyung menyoal.
"Gila ke putus cinta? Tak pernah lagi dengar Namjoon bercinta. Hmm dia tak larat nak jalan. Tapi kau jangan risau, aku merelakan diri jadi hamba dia hantar makanan tadi." Jungkook mengambil bantal lalu dipeluknya.
"Oh. Hari tu okay je. Demam Jimin tu kena kat dia pulak kut. Kan?" Taehyung mengagak lalu meletakkan kepalanya atas bantal yang dipeluk Jungkook tadi.
"Tak. Kaki dia macam kaki kau." Jawab Jungkook pendek.
"Mwo?" Mendengarkan itu, Taehyung bangun mengejut. Wajah Jungkook dipandang. Menanti lelaki itu mengulang semula apa yang dikatanya tadi.
"Aku cakap kaki dia jadi macam kaki kau. Lebam macam ada kesan orang gigit tu." Ulang Jungkook dengan lebih jelas.
"Seolma~ betul ni?" Taehyung ingin mendapat kepastian.
"Ya Tae. Kau tak percaya pergi lah tengok sendiri." Jungkook mencadang.
"Hmm esok jelah aku tengok. Sekarang mungkin dia dah tidur."
"Aku rasa kan Tae, macam ada sesuatu tak bagi kita duduk sini lah. Kau rasa tak apa yang aku rasa?" Jungkook menyuarakan kata kata yang lama dia simpan.
"Kau pun rasa macam tu?" Taehyung menyoal.
"Berdasarkan soalan kau ni. Kau dah jawab sekali soalan aku. Kau rasa, aku pun rasa. Diorang aku tak tahu macam mana." Jungkook mengangkat bahu. Matanya kembali ke skrin tv kerana siaran drama tadi sudah mula.
Kecuali Taehyung. Fikirannya tiba tiba serabut waktu itu. Perasaan ada sesuatu yang tidak mengizinkan mereka tinggal disitu sangat kuat. Taehyung mengeluh.
"Apasal kau mengeluh sorang sorang ni? What happen?" Jungkook menyoal namun mata masih tetap di skrin.
"Tak. Hmm kau tahu malam tu--" Kata kata Taehyung berhenti.
"Malam apa? Bila? Kenapa?"
"Hmm tak ada apa apalah. Aku mengantuk lah. Aku naik dulu. Kau tengok je lah drama ni sampai habis. Tak takut kan?" Taehyung bangun dari duduk di sofa.
"Tak. Hyung ada."
Taehyung terdiam.
"Haa yelah. Aku naik dulu kalau macam tu." Taehyung menghayun langkah naik ke bilik. Meninggalkan Jungkook berseorangan di ruang tamu.
"Tinggal aku sorang." Jungkook mengeluh.
Drama cinta itu masih bersiaran. Jungkook masih segar bugar melayan drama.
"Jimin. Jimin. Jimin. Jimin. Jimin. Park Jimin~"
Jungkook terbungkam. Suara seseorang menyebut nama Jimin jelas di telinganya. Dia pasti dia bukan mimpi. Dan dia pasti itu bukan Taehyung atau yang lain ingin mengenakannya, sebab suara itu milik perempuan.
"Kenapa dengan Jimin?"
Serentak itu televisyen terpadam.
Share this novel