(BAB3)
Jungkook memasukkan beberapa helaian kertas yang sudah lengkap diklip di dalam fail berkulit tebal. Matanya beralih pula pada meja kerjanya yang bersepah.
"Jungkook, jungkook." Jungkook bertindak menarik telinganya sendiri. Tangannya laju mengemas semula meja kerjanya supaya nampak selesa.
"Annyeong?!"
Seseorang menyergah masuk ke dalam pejabat Jungkook tiba tiba. Lelaki tak berperikemanusiaan itu ketawa mengekek apabila terlihat wajah terkejut Jungkook.
"Kau kenapa setan? Dah lama hidup?" Jungkook bertanya dengan nada sopan namun maksudnya sangat mendalam.
"Mianhae Jungkook. Aku janji tak buat dah. Itupun kalau aku ingat janji tu." Mark mengambil duduk di kerusi sambil menayangkan tapak tangannya mengangkat janji.
"Kau.. err. Dah kau nak apa?" Jungkook masih meneruskan kerja berkemasnya yang tergendala tadi.
"Ni, ada pegawai baru lapor diri kat jabatan ni. Pengarah atasan suruh aku kenalkan pada kau dulu sebab kau kan pembantu pengarah." Ujar Mark.
"Oh mana orangnya? Tunggu dekat luar? Ingat ni daftar masuk sekolah baru?" Jungkook bertanya laju. Dia mencekak pinggang ala ala mak nenek yang sedang melihat budak nakal mencuri buah di kebun.
"Dia cakap nak pergi tandas jap. Kejap lagi dia masuk. So nanti, kalau ada yang masuk and muka kau tak pernah nampak tu dia lah orangnya. Aku nak pergi kafe, nak minum nak makan sebab aku lapar. Goodbye then." Mark terus berlalu keluar meninggalkan Jungkook terpinga seorang diri.
"Aku janji aku tanam kepala dia nanti." Jungkook menggeleng geleng. Dia bertindak mencari fail di rak belakang sementara menunggu pegawai yang baru melapor diri masuk.
"I need you girl wae honja saranghago--"
"Annyeonghaseyo."
Jungkook berhenti menyanyi dan memperbetulkan pakaiannya. Dia memusingkan badan dengan pusingan bergaya menghadap orang yang memberi ucapan tadi.
" Ne, annyeongha--"
Mata Jungkook membulat. Matanya membulat dari yang biasa. Risiko bola matanya bakal keluar agak tinggi. Dengan perlahan dia mendekati dan..
"Hyung!!" Jungkook menjerit lalu memeluk lelaki yang lengkap beruniform dengan seerat yang mungkin.
"Woi woi! Kau ni siapa ?! Kenapa sesuka hati kau je peluk aku ni?!" Lelaki itu meronta ronta ingin melepaskan diri daripada Jungkook yang sudah menangis nangis di bahunya.
"H-Hyungnim.. aniya?" Jungkook memegang kedua belah bahu lelaki itu dan wajahnya dipandang.
"Hyung? Aku bukan hyung kau. Mungkin aku lebih tua dari kau, dan aku berpangkat hyung kepada kau. Tapi aku tengok kelakuan kau ni macam aku ni hyung kandung kau pulak." Membebel lelaki itu tiba tiba.
"H-Hyungnim.. aniya?" Jungkook menyoal lagi. Air matanya turun mencurah curah. Alahai Jungkook.
"Aku dah kata. Aku bukan hyung kau. Kau ni kenapa? Kau jangan buat aku ada rekod dengan tajuk 'Baru Masuk Kerja Pastu Kena Pecat Selepas 10 Minit' pulak. Aku nak lapor diri ni." Lelaki itu bersuara lagi.
"Oh? Uhm mian." Jungkook menjauhkan diri sedikit dari lelaki berambut hitam pekat itu.
"Nama kau?" Jungkook mengalih topik mengelak malu.
"Nama saya Min YoonGa, Tuan Jungkook. Saya melaporkan diri hari ini sebagai pegawai baru dalam Jabatan Bahagian Penyiasat (hentam XD). Saya akan bekerjasama dan berharap tunjuk ajar Tuan." Tiba tiba berubah cara percakapan.
"Err.. tak payah lah bertuan tuan bagai. Saya suka pakai bahasa tak formal je dengan pegawai-pegawai dekat sini. Kita.. kita pakai bahasa tak forma je lah." Jungkook teragak agak untuk bersuara.
"Kau biar betul? Haa aku pakai tak formal je lah. Sekali lagi, aku Yoonga. Panggil aku Suga." Suga menghulurkan tangan ingin berjabat.
"J-jjungkook." Air mata Jungkook mengalir sewaktu dia menyambut huluran tangan Suga.
"Yoonga.. yoonga." Jungkook menyebut nama Suga berulang kali. Matanya sayu memandang Suga yang pelik melihatnya.
"Ye aku Yoonga. Kenapa dengan nama aku? Well nama aku memang cantik, comel dan yang sekutu dengannya." Suga membuat gaya bangga.
"Uhm. Ya aku suka nama kau." Jungkook terus memeluk Suga sekali lagi.
"Woi aku tak paham betul lah dengan kau ni. Kau pelik. Kau ni kenapa?" Suga membuat muka ala ala tak suka dengan kelakuan Jungkook.
"Eh aku mintak maaf. Aku.. aku tak sengaja. Aku.. ah entahlah. Kau nak kopi?" Jungkook bagai tersedar. Pelukan dilepaskan.
"Kopi? Nak!" Suga tersenyum manis.
Jungkook tersenyum. Kenapa? Kenapa semuanya sama? Senyum dia. Muka dia. Tinggi dia. Kulit dia. Yoonga. Nama pun nak sama. Yoongi hyung.. bogoshipeo.
Share this novel