(BAB23)
Termasuk hari ini, sudah empat hari Encik Park tidak pulang ke rumah. Selama waktu itulah Puan Park tidak renggang dengan Jimin.
Walaupun begitu, Puan Park masih takut. Takut Jimin bakal dibawa lari.
Tiap malam, tidurnya ditemani air mata. Kadangnya dia tidak dapat tidur. Bimbang Encik park mengambil Jimin sewaktu dia terlena.
Jadi, Jimin ditidurkan di sisinya. Atas katil yang besar. Siang malam, dia akan peluk Jimin.
Sungguh dia tidak sanggup berpisah dengan anak kandungnya itu. Biarlah hanya mati sahaja yang dapat memisahkan mereka, bukan dengan cara suaminya.
Lamunan Puan Park terhenti saat telinganya menangkap bunyi rengekan Jimin. Barangkali lapar.
" Kenapa Jimin? Lapar ya? " Puan Park cuba memberi Jimin susu badan namun bayinya tidak mahu.
Puan Park mula risau. Jimin lantas didukung lalu dipeluk. Dan, Jimin diam.
" Eh anak omma ni, diam pulak. " Puan Park tersengih lalu bertindak mahu meletak semula Jimin ke atas katil.
Serentak itu, Jimin merengek semula.
Puan Park hairan lalu mendukung Jimin semula. Dan sekali lagi Jimin diam. Mungkin anaknya itu tidak mahu baring.
" Tidur ya, Jimin. Omma nak masak. Omma dodoikan eh. " kata Puan Park lalu menepuk belakang Jimin lembut sambil menyanyikan lagu kanak kanak.
Lama juga masa yang diambil untuk menidurkan Jimin. Setelah Jimin benar benar lena, dengan berhati hati Jimin diletakkan semula ke atas katil.
Puan Park terasa mahu mandi lalu mencapai tuala. Jimin dipandang sekilas lalu masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri sebelum ke dapur.
Setelah siap mandi, Puan Park melangkah ke arah almari baju. Setiap baju yang tergantung diselak.
Ketika itu matanya tertancap pada sehelai baju gaun labuh berlabuci di leher dan hujung lengan berwarna putih susu. Dia mengambil baju gaun tersebut lalu diusap susunan labucinya.
Itulah hadiah daripada suaminya saat hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ketiga.
Puan Park mengambil keputusan untuk mengenakan pakaian itu hari ini. Rasa rindu pada suaminya bertambah.
Di manalah dia tidur? Barangkali rumah wanita pilihannya selepas dia? Atau di pejabatnya? Hal pejabat masih diuruskan atau tidak? Bermacam persoalan di dalam fikiran Puan Park.
Kadang Puan Park rasa berat dengan masalah ini. Mahu meluahkan perasaan pada omma dan appanya, mereka berdua sudah tiada. Mahu ke rumah omma dan appa mertuanya, takut pula.
Iyalah, Encik Park merupakan anak bongsu dalam keluarga itu. Sudah semestinya omma dan appa Encik Park tidak akan percaya yang anak mereka bermain kayu tiga.
Puan Park buntu.
Kakinya dihayunkan ke arah cermin besar yang terletak di hujung bilik. Pantulan imejnya yang mengenakan gaun itu dilihat. Cantik.
Jimin di katil didekati. Dahi dan pipi tembam Jimin diciumnya. Sesekali Jimin merengek namun masih lena terpejam.
Puan Park keluar dari bilik. Dapur menjadi destinasinya kali ini. Perutnya memang selalu lapar kerana tidak cukup makan sejak beberapa hari ini.
Peti sejuk dibuka. Matanya terpandang sebekas kimchi. Ini mesti lebihan kimchi yang dibuat oleh suaminya pada hari sebelum dia keluar dari rumah.
Sebungkus ramyun dibawa keluar dari kabinet. Hanya itu yang rajin dimasaknya hari ini. Kalau nak masak nasi, kena tunggu pula beberapa minit. Kalau masak ramyun, hanya dua minit dia sudah boleh makan.
Sewaktu Puan Park ingin mencapai periuk, telinganya menangkap bunyi enjin kereta. Dadanya terus berombak laju.
Kedengaran pula pintu utama rumah terbuka. Puan Park lantas ke ruang tamu.
" Yeobo.. "
Wajah tegang suaminya dipandang.
" Yeobo, awa-- "
" Oppa, mana anak oppa? " muncul pula seseorang di balik dinding yang serentak itu mematikan ayat Puan Park.
" JiHyun, ni isteri baru aku. Byul. " ucap Encik Park.
Puan Park tersentak. Mahu saja dia meraung disitu. Panggilan sayang, saya dan awak tidak lagi wujud dari mulut suaminya untuk Puan Park. Panggilan istimewa untuknya sudah digantikan nama.
Byul di sebelah diam. Matanya tepat ke arah Puan Park. Tak sangka hari ini dia dapat bersemuka dengan isteri pertama suami barunya yang dinikahi dua hari lepas.
" Awak dah kahwin deng--" Puan Park tak sanggup teruskan ayat.
" Ya aku kahwin dengan Byul dua hari lepas. Sebab tu aku tak balik. " kata Encik Park.
" Kenapa awak balik pulak hari ini? " tanya Puan Park.
" Macam yang kau dengar malam tu, aku balik nak ambik Jimin. "
Puan Park terus menangis. Dia buntu apa yang patut dibuatnya. Encik Park yang sudah separuh tangga untuk ke atas dikejar lalu kaki lelaki itu dipeluk.
" Tolonglah jangan pisahkan saya dengan Jimin! Saya tahu Jimin perlukan ibu kandung dia. Tolonglah jangan ambil Jimin! Saya perlukan dia! Dia anak saya! " Puan Park meraung semahunya.
" Dia pun anak aku! " Jerit Encik Park lalu menolak Puan Park yang memeluk kakinya.
Apa lagi, wanita itu berguling jatuh ke bawah.
Sakit yang mula bersarang di kepala cuba dihiraukan. Dia cuba bangun tetapi tingkahnya terhalang apabila terasa tangannya dipijak.
Wanita bermekap tebal muncul di matanya. Sambil tersenyum sinis, kakinya masih tidak dianjak dari terus memijak tangan Puan Park.
" Lepaskan aku, aku nak ambik anak aku. " rintih Puan Park perlahan.
" Dengar sini ya Puan, semalam suami kau dah pergi ke mahkamah untuk ambik hak penjagaan sepenuhnya atas anak kau. Kau tak boleh buat apa dah. " kata Byul lalu menunjukkan sekeping surat.
Puan Park cuba mengambil surat itu namun tidak dapat. Byul lekas lekas menyimpan semula ke dalam beg.
Kurang ajar!
Sayup sayup pandangannya terlihat Encik Park turun membawa Jimin yang sudah menangis kerana tidurnya terganggu.
" Jimin! Anak omma! " Jerit Puan Park lalu cuba lagi untuk bangun. Kali ini dia berjaya lalu mengejar Encik Park.
" Awak tolonglah.. saya nak Jimin. Biarlah saya hidup dengan dia. " rintih Puan Park lagi.
Encik Park bertindak memekakkan telinga lalu melangkah keluar bersama Jimin dan Byul. Raungan Puan Park diendahkan.
Puan Park berusaha pula menahan Encik Park dari pergi membawa Jimin. Namun kali ini dia ditampar kuat oleh lelaki itu.
" Ketepilah! Jangan halang jalan aku! " tengking Encik Park pada Puan Park yang sudah terduduk.
Jimin yang berada di dalam dukungan appanya meraung dengan kuat. Tangannya terkapai kapai ke arah Puan Park.
Puan Park tahu yang Jimin memerlukannya. Dia tahu kerana dia yang mengandungkan Jimin. Dia lebih tahu apa yang anaknya mahu!
" Jimin ah! " Puan Park menjerit ke arah Jimin dan Encik Park yang sudah membuka pintu kereta di sebelah pemandu. Kali ini dia akan biarkan Byul yang memandu. Dia akan mengendong Jimin.
" Jimin! "
" Jangan tinggalkan omma, Jimin ah.. " rintih Puan Park dan sesekali dia meraung di depan pintu utama rumahnya. Ingin meminta tolong, rumahnya pula jauh dari rumah yang lain.
" Anak omma.. " Puan Park lantas meletakkan kepalanya di atas lantai.
" Jimin ah.. "
Matanya pula ditutup.
" Jimin, anak omma.. "
Selepas itu, Puan Park tidak sedarkan diri setelah kereta yang dipandu dua orang kejam itu sudah jauh meninggalkan Puan Park.
Share this novel