(BAB13)
Taehyung masih terkebil kebil memandang siling bilik. Kelakuan dan kejadian tentang Suga tadi terngiang di ingatannya.
" Suga pun boleh nampak. Aku pun nampak jugak. Tapi aku tak berani macam dia. Pelik lah. Siapa sebenarnya hah wanita tu? Apa yang dia nak dari Jimin? " Taehyung berkata sendiri.
Jam sudah menunjukkan lebih 1 pagi. Namun Taehyung benar benar tidak dapat melelapkan matanya. Lantas dia teringat akan sesuatu. Gambar!
Laci meja yang bersebelahan katilnya dibuka dan sekeping gambar lama yang dijumpai saat pertama kali memasuki rumah itu diambil.
" Entah-entah ni wanita tu kot? " Teka Taehyung dengan matanya tajam mengamati gambar di tangannya.
" Tapi.. "
" Hm entahlah! Malas nak fikir. Baik aku tidur! "
Taehyung meletakkan semula gambar tersebut di dalam laci. Selimut tebal ditarik hingga ke muka. Lalu beberapa minit seterusnya, bunyi dengkur kedengaran.
Lain pula bagi Suga. Tidurnya terganggu dari tadi. Walaupun dia sudah separuh lena, perutnya memulas mulas.
Suga menekan perutnya. Berharap rasa sakit berkurangan.
Dia pusing kanan. Pastu pusing kiri. Pastu kanan balik. Pusing sahaja kiri sekali lagi, Suga agak terkejut dengan kehadiran seseorang yang tidak diundang.
" Alahai apa kau nak? Lagi lagi aku terpandang kau. Lagi lagi kau. Shuh! Main jauh jauh. Aku sakit perut ni. " Kata Suga separuh menjerit. Nasib baik Woozi tidak sebilik dengannya.
" Kau #¥%&&*+... " Wanita itu bersuara namun apa yang dicakapnya tidak dapat didengari dengan jelas.
" Kau cakap apa ni? Pergi sekolah dulu sebelum cakap dengan orang. Cakap pun tak reti. Haish aku tak tahan dah ni. " Suga terus terjun dari katil dan berlari ke bilik air.
Sewaktu dia masuk ke tandas, wanita itu tiba tiba muncul di dinding dengan cara terbalik. Rambutnya bersepah panjang ke lantai menampakkan wajahnya yang hodoh.
" Kau ni menganggu betullah. Aku nak melabur tak senang. Thanks to you, mak cik. Sakit perut aku tiba tiba hilang. " Ujar Suga lalu berjalan keluar dari bilik air.
Suga sekali lagi terpandang wanita itu sedang merangkak keluar dari bawah katilnya. Suga mengeluh perlahan.
Kalau orang normal, mungkin dah lari lintang pukang sehingga terjun gaung tetapi tidak bagi lelaki bernama Suga ini.
Wanita yang sedang merangkak dengan mulut terkumat kamit serta menjatuhkan beberapa titik darah itu berhenti merangkak secara mengejut. Kerana tangan menggerutunya sedang dipijak oleh Suga.
" Sakit tak? " Tanya Suga lalu melepaskan kakinya dari memijak tangan wanita itu.
Wanita itu terus bangun dengan agak laju dan disebabkan perbuatannya itu, bunyi tulang patah jelas kedengaran.
" Jimin! " Kata wanita itu kuat. Bebola matanya bertukar warna putih dan tajam menatap Suga.
" Aku Suga lah. S.U.G.A. Suga. "
" Jimin.. Jimin.. Jimin.. " Wanita itu menyebut dan mengulang nama Jimin dengan perlahan lahan terbang ke arah Suga.
" No no. Duduk sana diam-diam. Kau datang dekat, aku jolok tengkuk kau nanti. " Ugut Suga.
Wanita itu masih menyebut nama Jimin berulang kali. Namun Suga dapat memerhatikan sesuatu. Ada air mata yang turun dari kedua belah mata yang hampir tersembul itu turun di pipinya yang koyak rabak.
Suga diam.
Membiarkan telinganya mendengar nama Jimin yang masih diulang wanita itu. Suga melihat wanita berbaju putih lusuh itu berpusing ke belakang membelakangi Suga. Dan beransur untuk hilang.
" Yah ahjumma. "
Wanita itu berhenti. Nama Jimin kedengaran semakin perlahan.
" Aku tahu kau omma Jimin. "
Serta merta wanita itu hilang.
Suga mengeluh.
Share this novel