(BAB26)
Saat Puan Park mahu terjun mengejut dari atas pokok bertujuan untuk menakutkan sepasang kekasih, dia terfikirkan sesuatu. sesuatu yang membuatkan dia terfikir akan rumahnya.
"Apasal aku rasa macam ni? aku rasa macam ada orang datang rumah aku." kata Puan Park sendiri.
"Tak boleh jadi. aku kena pergi juga rumah aku sekarang." lalu dengan pantas, Puan Park terbang menuju ke rumahnya. kalau dikirakan hari ini sudah genap 25 tahun dia tidak pulang menjenguk rumahnya.
Sesampai sahaja Puan Park di rumahnya, kelihatan dua orang lelaki berpakaian serba putih sedang berdiri dan membincangkan sesuatu. untuk mendengar lebih jelas, Puan Park mendarat di belakang mereka berdua tadi.
"Haa inilah rumah yang aku cakap hari tu. amacam? lawa kan?" tanya seorang lelaki bermata bulat dan hidungnya mancung. Puan Park bertindak mengintai tag nama yang terpin di baju putih labuh lelaki itu.
"Dr.Ken.. " sebut Puan Park perlahan. oh doktor rupanya.
Namun Puan Park agak terperanjat apabila Ken memusingkan kepala menghadapnya. dari raut wajah blur yang dipaparkan Ken, tahulah Puan Park yang Ken tidak dapat melihatnya tetapi boleh mendengar suaranya sahaja.
"Hmm bagi aku rumah ni.."
Puan Park menoleh pula ke arah seorang lagi. sekali lagi Puan Park mengintai tag nama lelaki itu pula. Handsome budaknya!
"Dr.Seokjin.."
Oh Seokjin nama budak ni..
"..bagus! memang elok rumah ni. lagi besar daripada rumah sewa aku yang sekarang ni. lagipun rumah ni jauh daripada kejiranan yang lain sebab salah seorang kawan sewel aku yang kerja polis tu suka privacy sikit. so tempat ni aku rasa sesuai sangat." sambung lelaki bernama Seokjin.
'Oh diorang nak beli rumah aku ke?' Puan Park bermonolog.
"Ha okaylah macam tu. lepas ni jom ikut aku pergi jumpa orang yang jaga rumah ni sekarang. lepas tu kita pergi balik klinik. " ajak Ken pula.
" Okay jom. "
Seokjin dan Ken mula melangkah menuju ke kereta. Puan Park hanya memandang sebelum dia terfikir mahu mengikuti lelaki bernama Seokjin itu!
skip.
Puan Park mengekori Seokjin sehinggalah ke rumah lelaki itu. Puan Park mendapati ada beberapa orang lelaki lagi yang kelihatan menarik. uish gatalnya hantu tua ini.
Tetapi sejak Puan Park masuk ke rumah itu, dia sering menghidu bau darah yang manis. puas dia mencari siapa yang mempunyai darah semanis itu hinggalah dia jumpa empunya badan.
Sewaktu lelaki berdarah manis itu tidur, Puan Park bertindak menggigit kaki dan menghisap darah lelaki itu sedikit. uii dilisyez!
Keesokan harinya, Puan Park melihat lelaki berdarah manis tadi asyik mengurut kakinya. sehinggakan kalau berjalan pun terjongket jongket. kesian lah pulak!
Puan Park bertindak mendekati lelaki berdarah manis yang sedang menonton televisyen bersama seorang lelaki yang nampak matang. Puan Park pun melihat wajah rakan lelaki berdarah manis tadi. entah kenapa dia berdebar melihat wajah itu.
Untuk menghilangkan rasa gelisah yang mula bersarang, Puan Park mengalihkan pandangan ke arah empunya kaki yang telah digigitnya malam semalam.
Alamak. dah lebam. maafkan ahjumma ya anak oi! tulah pasal. ini bukan salah aku, salah kau. apsal darah kau sedap sangat.
Namun naluri kasihan yang masih kuat dalam diri Puan Park walaupun sudah bergelar hantu tua, Puan Park kesian melihat keadaan kaki lelaki itu. baru sahaja Puan Park mahu menyentuh lebam yang dapat dilihat, lelaki itu bangun dan terus menari. terkejut Puan Park dibuatnya.
"Who lives in a pineapple under the sea? Spongebob Squarepants!"
Puan Park hanya melihat lelaki itu menari mengikut rentak musik yang keluar dari televisyen itu. haih sakit pun boleh lagi menarinya.
Sesekali Puan Park mengalihkan pandangan pada seorang lagi yang sudah melemparkan muka pelik melihat rakannya yang sedang menari.
Tiba-tiba..
"Jim! Pergi buat air. Kejap lagi Seokjin balik. Nanti semua boleh lepak-lepak dekat bawah pondok." Satu suara kedengaran. Puan Park pun menoleh ke arah empunya suara. huish comel!
"Lah pulak. Buang tebiat ke nak lepak bawah pondok? Ingat muat nak masuk bawah tu?" lelaki yang dipanggil Jim tadi bersuara pula. Haa tahulah Puan Park sekarang bahawa lelaki yang selalu mendebarkannya itu bernama Jim. Jim....
Beberapa saat kemudian, selepas berbalas ayat, Puan Park melihat lelaki bernama Jim tadi bangun lalu menuju ke arah dapur.
Kini, lelaki comel yang muncul tiba-tiba tadi pula mengambil duduk bersebelahan si darah manis.
Puan Park hanya melihat. hendak menganggu, malas pula.
"Tae, kau tak kerja ke hari ni?" Tanya si lelaki comel. Oh! lelaki yang aku gigit malam itu bernama Tae!
"Tak. Aku cuti." Jawab lelaki bernama Tae.
Puan Park mula gelisah semula. sekarang lebih baik dia menjauhi budak dua orang ini kerana Puan Park dapat merasakan yang mereka akan berbual tentang lebam yang ada pada kaki Tae. Puan Park pun terus terbang menuju ke dapur.
Di dapur, Puan Park bertemu pula dengan lelaki bernama Jim tadi. lelaki itu sedang fokus membancuh air di dalam jug. entah kenapa, Puan Park berasa berdebar lagi setiap kali mendekati lelaki ini.
'Lelaki bernama Jim ni comellah. disebabkan dia comel ke aku berdebar macam ni? tapi kenapa aku asyik teringat anak aku dulu bila aku tengok muka dia?' Puan Park tertanya tanya sendiri. dia pun terasa mahu mendekati Jim.
Namun tiba-tiba lagi..
"Jim!"
Hanya itu yang terdengar dari arah ruang tamu. Puan Park melihat lelaki bernama Jim tadi terkejut kerana panggilan yang tiba-tiba itu sehinggakan cawan kaca yang didulangnya berlaga kuat. Puan Park tersengih.
"Apa dia! Terkejut aku lah!" Jim itu bersuara sebelum melangkah keluar dari dapur. Puan Park hanya memandang kosong.
"Hm sorang-sorang kat dapur. " Puan Park mengeluh. lalu di berpusing untuk terbang semula ke ruang tamu namun, kainnya tersangkut pada sesuatu yang tidak dilihatnya.
Puan Park terdorong ke hadapan. tetapi di hadapannya sekarang adalah meja makan! disebabkan takut, Puan Park memegang meja itu dan menolaknya ke hadapan.
Puan Park akhirnya selamat.
"Fuh nasib baik. kalau tak.. "
Ting! Puan Park tersedar sesuatu.
"Eh? aku boleh pegang bendalah! woah ini yang bestnya!"
Puan Park berseronok sendiri sebelum dia terdengar satu suara dari arah ruang tamu.
"Jap aku pergi tengok."
Hah! Puan Park mengagak yang mereka dapat mendengar bunyi meja ditolak angkaranya tadi. Puan Park gelabah apabila terdengar pula tapak kaki mendekati dapur.
"Aku ada idea." Puan Park tersenyum.
Meja dipegang lalu ditumbangkan. bunyi berdentum kedengaran sebelum telinga Puan Park terdengar juga bunyi orang berlari menjauhi dapur.
Haha ini pasti dia patah balik ke ruang tamu.
Puan Park tergelak jahat. haiyaaa maafkan ahjumma ya anak muda~
Share this novel