(BAB10)
Sebuah lori yang sederhana besar berundur sebelum bergerak laju meninggalkan enam orang makhluk yang sedang berdiri memandang lori tersebut hingga hilang dari pandangan. Lori yang membawa separuh daripada barang mereka di rumah itu akan menghantar di rumah kedua mereka.
Jimin, Jungkook, Seokjin, Namjoon, Taehyung dan Hoseok berjalan masuk ke dalam pagar rumah sebelum sama sama duduk di pangkin.
"Apesal kita kena bawak separuh barang dari rumah ni? Asal tak bawak semuanya?" Namjoon menyoal. Tangannya asyik mengurut kaki kirinya yang masih bengkak sejak hari itu.
"Mestilah kita kena buat macam tu. Dekat rumah sana tu kan dah ada kemudahan asas. Macam katil, tv, perabot tu semua dah ada. Tinggal lah kat sini. Kalau antara kita ada tugas kat area dekat dengan rumah ni, boleh singgah rehat sini dulu." Terang Seokjin sambil menyelak rambutnya ke atas ala diva.
"Oh aku faham."
Jungkook meminta masa kepada mereka setelah Jimin menyuarakan untuk pulang ke rumah sana. Sewaktu yang lain sedang masuk ke dalam kereta, Jungkook sempat menghalang sekali lagi.
"Meh kunci. Nanti aku kunci sekali. Korang tunggu aku kat dalam kereta tau. Aku nak ambik barang sekejap." Kata Jungkook lalu berlari ke dalam rumah sebaik sahaja kunci dari tangan Hoseok berpindah ke tangannya.
Pintu biliknya dibuka. Sebuah almari pakaian miliknya menjadi tempat tuju langkah seterusnya lelaki itu. Pintu almari dikuak sebelum mata dan tangan sibuk menyelongkar barang dalam almari tersebut.
"Tadaa. Dah jumpa."
Satu topi polis berada dalam genggaman Jungkook. Dia menepis nepis habuk yang melekat sebelum menutup kembali pintu almari. Sebaik sahaja pintu almari ditutup, Jungkook dikejutkan dengan sekujur tubuh yang berdiri tegak menghadapnya.
"Hyung!"
Jungkook terus menerpa ke arah Yoongi setelah tersedar yang hyungnya sedang berdiri di situ. Air matanya bergenang sewaktu dia merasakan tangan Yoongi membelai rambutnya lembut.
"Hyung lama tak nampak! Sibuk ke~ Pergi ganggu anak dara orang apa? Haaa hyung! Hyung tahu yang kami--"
"Pindah!" Pintas Yoongi laju. Matanya tajam menatap anak mata adiknya.
"Oh jadi hyung tahu yang--"
"Bahaya!" Pintas Yoongi lagi. Dari ekor anak matanya, seperti ada sesuatu yang serius.
"Bahaya? Hyung ni ken--"
"Bahaya. Jaga Jimin! Jimin dalam bahaya! Janji dengan hyung jaga Jimin! Korang semua kena hati hati!" Pesan Yoongi keras. Dia mengusap pipi Jungkook sebelum menghilang seperti asap.
"Hy--hyung! Aduh tak sempat adikmu ni nak tanya tau tak. Dah lah kulit pun macam kapas! Hilang pun serupa je macam.kulit dia tu! Hish nasib baik mu hyung Kookie tau dak!" Bebel Jungkook lalu turun ke bawah.
Pintu dan pagar rumah dikunci sebelum bertindak masuk ke dalam kereta. Melihatkan Jungkook sudah masuk, Seokjin sebagai pemandu tidak berbayar pada hari itu menekan pedal minyak dan terus bergerak menuju ke rumah kedua mereka.
Jungkook hanya mendiamkan diri dan tidak menyertai mereka berbual. Wajah Jimin yang sedang tidur dipandang dengan pandangan pelik.
"Bahaya. Jaga Jimin! Jimin dalam bahaya! Janji dengan hyung jaga Jimin! Korang semua kena hati hati!"
Kata kata Yoongi masih segar dalam ingatannya. Wajah Jimin dicuri pandang sekali lagi.
'Jimin.. siapa kau sebenarnya?'
Share this novel