Bab 38

Fanfiction Completed 8760

(BAB38)

mereka masing masing melayan perasaan sendiri . pintu ICU yang masih ditutup rapat dipandang sekali sekala . Taehyung mengeluh . kalau dikira , ni sudah masuk 1 jam lebih masih belum ada berita lanjut tentang Jimin daripada doktor .

Mata Taehyung mengerling rakannya yang lain . Semua muka dalam keadaan sedih dan bimbang . Suga masih tidak kelihatan kerana tadi dia pergi merawat luka di pipinya .

" Jiminnie , please strong . Lepas ni , Taeyang sunbae kau punya . " Taehyung berkata seolah olah Jimin berdiri di hadapannya . Terimbas kenangan dia dan Jimin bergaduh kerana berebut Taeyang, ahli Big Bang yang dikagumi mereka .

Jam di dinding bersebelahan pintu masuk bilik ICU itu dicuri pandang . Jam sudah hampir pukul 4 : 30 pagi . Tiba tiba pintu bilik ICU terbuka dan muncul beberapa orang berpakaian khas.

Seokjin , Namjoon , Jungkook , Hoseok , Taehyung dan Woozi tergesa gesa mendapatkan doktor lelaki yang agaknya dalam lingkungan 40-an itu . Mereka mengharapkan telinga mereka akan mendengar berita yang gembira sahaja .

" Macam mana keadaan kawan kami , doktor ? " Seokjin bertanya cemas . Mendengarkan keluhan berat yang dilepaskan doktor itu , jantung mereka berdebar hebat .

" Park Jimin kehilangan banyak darah dan dibiarkan dalam jangka masa yang lama . Kami dah cuba yang terbaik.. " Doktor itu menggantungkan ayatnya .

" Kk-kenapa doktor ? " Jungkook menyoal cemas .

" Tuhan lebih sayangkan dia .. maafkan saya ." Bahu Jungkook ditepuk doktor itu . Tanda meminta Jungkook dan rakan tabah mendengar berita sedih ini .

" Tak! Tak! Jimin tak akan mati ! Jimin Jimin ! Kau patut bangun sekarang ! JIMIN! JIMIN! JIMIN! "

Taehyung menjerit kuat dengan memanggil manggil nama Jimin sebelum dia dapat merasakan pipinya ditampar .

" Kau kenapa, Tae ? "

Lelaki bernama Taehyung terpinga pinga sendiri . Hoseok gerangan yang menamparnya tadi dipandang . Rakannya yang lain turut memandang ke arahnya kecuali Namjoon yang masih duduk di lantai memeluk lutut . Dia masih dihantui kesilapan besarnya tadi .

" Tak, tak ada apa . Mian. "

Taehyung melihat Jam di dinding . Hampir menunjukkan jam 4:30 pagi . Mimpi tadi , ada menunjukkan waktu iti juga . Taehyung terus tak senang duduk.

Mimpi pendeknya tadi terimbas semula . Peluh jantan membasahi dahi .

Tiba tiba , pintu bilik ICU terbuka dan muncul beberapa orang berpakaian khas . Taehyung mengetap bibir .

Seokjin , Namjoon , Jungkook , Hoseok , Taehyung dan Woozi tergesa gesa mendapatkan doktor lelaki yang agaknya dalam lingkungan 40-an itu . Taehyung menelan liur .

" Macam mana keadaan kawan kami , doktor ? " Seokjin bertanya. Taehyung memandang lelaki itu . Mimpi jadi kenyataan ke ?

" Park Jimin kehilangan banyak darah dan dibiarkan dalam jangka masa yang lama . Kami dah cuba yang terbaik.. " Doktor itu menggantungkan ayatnya .

' andwae! andwae! ' bisik Taehyung .

" Tuhan lebih sayangkan dia .. maafkan saya ."

" Arghh ! Tak boleh ! Dia tak akan mati ! JIMIN !! "

Taehyung merasa pipinya ditampar . Dia bingkas bangun dan wajah Hoseok yang menamparnya dipandang .

" argh aku tak tahan dah ! Bukak ! Bukak pintu ni ! " pintu bilik ICU diketuk ketuk kuat . Taehyung segera ditarik oleh Seokjin dan Jungkook .

" Wake up man !! "

" Jimin tak boleh mati !" Taehyung menangis .

" Dia tak akan mati lah !" Jungkook yang masih terkejut dengan tindakan Taehyung sebaik sahaja bangun dari tidur memeluk bahu Taehyung yang sudah menangis .

Tiba tiba , Pintu bilik ICU terbuka ..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience