Bab 1

Fanfiction Completed 8760

BE WITH ME SEASON 2

(BAB1)

"Who lives in a pineapple under the sea? Spongebob Squarepants!"

Bergema lagu tema kartun span kuning di sebuah rumah agam yang dihuni oleh enam makhluk lelaki bermacam rupa.

Seorang lelaki bernama Taehyung sedang rancak menari mengikut alunan lagu tema span kuning tadi. Jimin di sebelah sedang berusaha menyabarkan diri sendiri.

"Jim! Pergi buat air. Kejap lagi Seokjin balik. Nanti semua boleh lepak-lepak dekat bawah pondok." Jungkook yang baru turun dari tingkat atas bersuara.

"Lah pulak. Buang tebiat ke nak lepak bawah pondok? Ingat muat nak masuk bawah tu?" Jimin menyoal keras.

"Dekat pondok bawah pokok!" Jungkook memperbetulkan ayatnya tadi. " dah pergi lah buat air."

Jimin mengangguk. Dia memandang Taehyung yang ralit menonton span kuning sekilas sebelum bangun menuju ke dapur.

Jungkook melabuhkan duduknya di sofa tempat Taehyung ada. Matanya lurus ke television namun dia tidak boleh fokus.

"Tae, kau tak kerja ke hari ni?" Jungkook bertanya mengelak kebosanan yang mula bertamu.

"Tak. Aku cuti." Jawab Taehyung laju namun mata lurus ke hadapan.

"Apasal kau cuti? Kau sakit ke? Selalunya hari selasa ni yang kau banyak kerja." Jungkook pelik. Nak kata sakit, memang nampak sakit si Tae ni.

"Haah aku sakit." Jawabnya pendek.

"Sakit apa?"

"Kau boleh tak jangan kacau aku? Aku nak tengok spambob ni!" Tiba tiba Taehyung menengking. Lagu kedengaran menandakan cerita itu habis membuatkan Taehyung mengeluh.

"Ha dah habis. Sekarang kau jawab soalan aku tadi. Kau sakit apa?" Jungkook menyoal soalan yang sama.

"Kaki aku terhentak kat meja masa aku tidur kut. Maklumlah kau kan tahu aku tidur macam mana. Aku bangun tidur je terus sakit." Cerita Taehyung.

"Ada lebam ke?" Jungkook menyoal lagi.

"Ada. Nak tengok. Comel tau tak." Taehyung terus menyinsing seluar kaki kanannya dan menunjukkan lebam yang dimaksudkan.

"Haah lebam. Tapi.." Mata Jungkook tajam mengamati lebam di kaki Taehyung. Otaknya berligat mentafsir maklumat.

"Tae, aku rasa ni bukan lebam kau hentak meja. Mengikut pengamatan aku, ni kesan kena gigit. Cuba tengok ni." Jari telunjuk Jungkook menunjukkan dua lubang kecil di tengah tengah lebam kemerahan itu.

"Hah? Iye ke kau ni." Taehyung mula bimbang. Riak mukanya berubah.

"Aku rasa ya. Jim!" Jungkook melaung memanggil Jimin tiba tiba. Dan serentak itu terdengar cawan berlaga kuat.

"Apa dia! Terkejut aku lah!" Jimin keluar dari dapur dengan membawa dulang berisi jug dan cawan cawan.

"Mian, mian. Ni aku nak tanya. Cuba kau tengok ni. Macam kena gigit kan?" Jungkook bertanya menuju ke lebam Taehyung tadi.

"Hmm haah lah. Dulu nenek aku kat kampung ade lebam macam ni jugak tapi kat tangan. Hantu gigit." Jimin bercerita.

Jungkook dan Taehyung tercengang.

"Hantu?" Jungkook dan Taehyung bersuara serentak.

"Haah lah. Hantu yang gigit nenek aku tu. Eh kejap! Hantu?!" Jimin mula menangkap maksud. Matanya membulat.

Tiba tiba kedengaran bunyi aneh dari dapur. Seperti ada orang yang sedang menarik meja makan dan kaki meja yang bersentuh lantai mengeluarkan bunyi apabila ditarik atau ditolak.

"Jungkook.. " Jimin mendekatkan tubuhnya dengan Jungkook.

"Jap aku pergi tengok." Jungkook bangun dan menghayun langkah ke arah dapur.

Tidak semena mena, bunyi meja tumbang membuatkan Jungkook laju berpatah balik. Ketiga tiga mereka duduk diam tak berkutik dan akhirnya melepaskan nafas lega apabila kereta Seokjin memasuki perkarangan rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience