Bab 21

Fanfiction Completed 8760

(BAB21)

" Puan Park .. " (bkn mak chanyeol yaa)

Puan Park berpaling melihat gerangan yang memanggilnya tadi . Seorang jururawat datang menghampirinya dengan senyuman .

" Ya saya. "

" Puan sihat hari ni ? Ada rasa apa-apa yang tak selesa? " tanyanya dengan ramah.

Puan Park hanya menggeleng lalu melemparkan senyuman manis.

" Saya diarahkan beritahu Puan yang Puan sudah boleh keluar dari hospital hari ni . Pukul 2 nanti saya akan hubungi suami Puan . Buat masa ni, Puan boleh rehat dulu. " Jururawat itu tersenyum sebelum melangkah keluar dari wad itu selepas Puan Park mengangguk.

Pukul dua.

Encik Park membantu isterinya memasuki perut kereta. Park Jimin yang masih tidur diletakkan di dalam tempat bayi di bahagian belakang pemandu.

" Happy sangat nampak? " tegur Encik Park setelah melihat senyuman yang tak lekang dari bibir Puan Park.

" Memanglah happy. Lepas ni boleh selalu main dengan Jimin. " Puan Park memandang anaknya sekilas.

Encik Park tersengih.

" Saya tidur dulu lah ya . Mengantuk pula. " Lantas Puan Park menyandarkan kepalanya.

Matanya dipejam. Cuba untuk tidur. Namun, telefon bimbit Encik Park yang berdering tiba tiba membuatnya tidak dapat lelap.

Malas ambil tahu, Puan Park masih memejamkan matanya. Sekali lagi cuba untuk tidur.

" Dia tengah tidur.. "

Puan Park agak pelik mendengar suaminya berkata seperti itu. Kedengarannya seperti berbisik. Kenapa dengan suami aku ni?

Puan Park mengambil keputusan berpura pura tidur.

" Ya, awak sabarlah. "

'Sabar? Sabar apa? Siapa yang dia sedang berhubung? Mak mertua aku? Tapi takkan guna awak.. '

" Dia dah lahirkan bayi pun. " Encik Park masih bercakap. Dia tidak tahu yang isterinya masih tidak tidur.

' ya ni aku yakin, dia cakap pasal aku. Tapi dengan siapa? '

" Iya.. awak sabar sikit ya, sayang. Lepas ni kita akan duduk sama. Tunggu. Sabar sekejap. " Encik Park seakan berbisik.

' Sayang? Suami aku ada orang lain ke? Betul ke aku dapat tahu apa yang suami aku buat lepas aku selamat lahirkan anak kami? Apa ni? '

Kalau diikutkan, mahu sahaja dia bangun dari pura pura tidur dan mencekik leher lelaki itu sampai mampus. Tapi dia teringatkan anaknya yang berada di belakang.

Lebih baik dia mendiamkan diri sekarang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience