(BAB17)
Suasana di dalam rumah itu bertukar kekok dan muram. Semua seperti membuat hal masing masing.
Jungkook menyibukkan diri di pejabatnya.
Seokjin sengaja cari pasal di kliniknya sendiri bagi mengelakkan diri balik ke rumah.
Taehyung menghabiskan masa dengan ladybug di pejabat juga.
Hoseok memilih untuk berlatih dengan kereta lumbanya.
Namjoon sedang mencuba menyesuaikan diri dengan kanak kanak hujung kampung. Iya, sekarang dia mahu bermain senapang-senapang dan tembak-tembak dengan mereka bagi meningkatkan kehebatan tenteranya.
Suga mampu bersendirian. Woozi pun diendahkannya.
Woozi pula merajuk. Suga tak layan dia.
Jimin sudah beberapa hari mengurungkan diri dalam bilik.
Suga mengeluh. Lututnya dipeluk. Kepalanya lantas disandarkan pada dinding. Punggungnya yang sudah kebas duduk di atas lantai tidak dihiraukan.
Dia bermain dengan perasaannya sendiri.
" Aku.. "
Suga mengeluh untuk sekian kali.
" Aku cuma nak tolong kau . Aku mintak maaf . Aku dah rosakkan hubungan ni . " Suga berkata sendiri.
Kesal.
Suga agak kesal kerana telah menimbulkan masalah. Dia buntu saat ini.
" Aku cuma tak boleh tengok orang yang benci omma atau appa dia tanpa sebab. Aku tak suka. Kau tahu kan.. omma aku dah tak ada. "
" Kau kena bersyukur. Sekurangnya, omma kau yang dah mati datang, rindu pada kau. Tapi aku.. "
" Omma aku tak datang tengok aku pun. Omma aku tak rindukan aku macam omma kau rindukan kau. Kau bertuah Jimin.. "
Suga membiarkan air matanya turun. Sungguh saat itu dia rasa rindu pada appa dan ommanya.
" Aku mintak maaf.. " Suga merintih lagi.
Semua keluhannya didengari oleh seseorang yang setia tersandar di hadapan pintu Suga. Dia bangun lalu mengetuk pintu itu.
" Hyung! Bukaklah pintu ni! Tak kesiankan Woozi ke? Huwaaa! " Woozi meraung semahunya. [ XD ]
Suga hanya mendengar. Air matanya turun lagi.
" Hyung! Walaupun omma tak datang, Woozi kan ada! Woozi janji dah akan teman hyung sampai bila-bila! Hyung! Woozi nak hyung! " Jerit Woozi dengan suara tenggelam timbul akibat menangis.
Suga sudah tidak tahan. Pintu dibuka laju dan serentak itu Woozi memeluk tubuhnya.
" Hyung.. macam nak mati Woozi tunggu hyung. " Pinggang Suga dipeluk kuat.
Suga tersentuh. Belakang kepala Woozi diusapnya. Dia dah buat salah pada adiknya yang seorang itu.
" Mianhae Woozi ah. Hyung salah. "
" Hyung tak salah. Hyung cuma tertekan sahaja kan? "
" Hyung mintak maaf. Tinggal Woozi sorang-sorang. " Kepala Woozi dicium lembut.
" Hyung jangan buat lagi tau. " Pesan Woozi lalu merenggangkan pelukan. Air mata yang bersisa di pipi Suga, dilapnya.
" Malam ni Woozi nak tidur dengan hyung. Tak adalah hyung sorang sorang sekarang ni. "
" Mengadanya budak ni. " Rungut Suga lalu hidung Woozi dicubit geram.
Woozi tergelak.
Namun, Jungkook yang baru sahaja pulang ke rumah terlihat adegan adik beradik tadi. Air matanya pula tumpah.
" Kalau Yoongi hyung hidup lagi. Agaknya itulah kehidupan aku. "
Share this novel