(BAB14)
Roti bakar serta telur rebus separuh masak dihidang khas oleh Seokjin bagi mereka bersarapan pada pagi berbahagia itu.
Seokjin tersenyum memandang rakan yang lain yang sudah melahap tanpa menjemput tuan yang sudah masak untuk mereka.
" Korang tak nak jemput aku ke? " Ujar Seokjin bagai berjauh hati.
" Oloh mucuk dia, meh sini meh. Kita makan sama. Buat macam rumah sendiri. " Kata Jungkook lalu menepuk nepuk kerusi kosong yang berada di sebelahnya.
" Banyak lah kau. " Seokjin duduk di sebelah lelaki berpakaian polis lengkap itu.
" Mana Suga? Tak turun lagi? " Soal Namjoon setelah dia perasan seorang lelaki tiada.
" Haah. Abang keshayangan kau mana? " Hoseok pula menyoal Woozi yang duduk di sebelahnya.
" Entah. Nak saya panggilkan dia ke? " Woozi separuh bangun dari duduk tetapi dia melabuhkan duduk semula saat kelibat abangnya muncul di sebalik dinding.
" Sorry lambat. " Suga terus mengambil tempat di sebelah Seokjin dengan tangannya laju membutang baju seragam polisnya.
" Apesal lambat bangun hari ni? " Tanya Jimin dengan mulut penuh.
" Semalam elektrik kat dalam bilik aku buat hal. Panas, air cond tak boleh bukak. Gelap pulak tu. Nak cari pintu pun susah. " Suga mereka cerita. Kalau boleh dia nak sahaja jawab pertanyaan Jimin tu dengan ayat " Omma kau kacau aku semalam. Bapak kijammnya! Saia tarak boleh tidur! "
" Oh gelap. Kau suluh lah bilik kau tu dengan kulit kau tu sendiri. Kulit kau cerah gila. " Kata Seokjin di sebelahnya.
" Haa dia buat dah. Dulu kau panggil Hyungnim, kapas. Ni kau nak panggil dia lampu suluh pulak? " Taehyung yang berdekatan menegur. Menegur dan berhati hati. Berhati hati kerana roti bakar yang belum dijamahnya sedang diperhati oleh Jimin.
" Eh tak ade lah. Kalau boleh aku nak panggil dia pudina. Tengok rambut dia. Aku nak je gigit gigit. Kunyah. " Seokjin terus menganga mulut ke arah rambut Suga. Rambutnya ditarik pula Jungkook di sebelah kanannya.
" Bila kau ubah warna rambut, Suga? Masa kau lapor diri tu rambut kau hitam lagi. " Tanya Jungkook.
" Dua hari lepas aku lapor diri. Aku rasa kau pandang aku dah, tapi kau tak perasan. Sebenarnya aku nak buat warna putih. Tapi tragedi ngeri berlaku. Masa aku nak duduk kat kerusi, ahjumma tukang rambut tu nak ambik perwarna rambut putih lah. Entah macam mana aku duduk, siku aku terkena pinggang dia. Apa lagi, segala mak nenek keluar dari mulut dia tu. Pastu dia terambik warna hijau terus tuang atas kepala aku bhahhahahhaha ok itulah dia. " Cerita Suga dengan bangganya.
" Kesian~ " Semua tergeleng geleng.
" Jimin ah.. " Panggil Suga.
" Hm? " Jimin berpaling ke arah Suga dengan mata dibulatkan.
" Kau kerja apa entah? " Suga kelihatan teragak agak.
" Urus syarikat appa aku. Kenapa? " Jimin menyoal pula.
" Tak ada apa. Appa kau mana sekarang? Err duduk dengan omma kau ke? " Tanya Suga lagi.
" Sekarang dia pergi uruskan cawangan dekat Malaysia. Duduk seorang lah tak duduk dengan omma. Appa aku cakap omma aku ada lelaki lain. Aku tak pernah jumpa omma aku. " Jimin bercerita serba sedikit. Dia hanya memfokuskan apa yang dikata kepada Suga. Kerana yang lain sudah tahu.
" Oh. Kau tak nak cari omma kau ke? " Suga tanya lagi.
" Omma aku? Aku dah lah tak pernah tengok. Gambar omma aku pun appa aku tak kasi tengok. Kalau aku terjumpa omma aku tu, harap dia bahagia lah dengan laki yang dia ikut lari tu. " Ada sedikit nada kecewa saat Jimin bercakap.
" Oh. " Hanya itu yang keluar dari mulut Suga.
" Kenapa kau tanya semua tu? " Soal Seokjin. Busybody.
" Saja. Kau semua kan new friendseu aku. Tak salah kan aku tanya. " Suga menjongket bahu lalu menyuap roti bakar ke dalam mulut.
" Kau selalu jumpa appa kau tak? " Soal siasat masih belum selesai. Suga masih bertanya kepada orang yang sama.
" Jarang. Yang pernah jumpa appa aku cuma Hoseok dengan Namjoon je. " Kata Jimin dengan isyarat matanya memandang Hoseok dan Namjoon.
" Oh. " Mulut Suga berbentuk O.
" Apesal kau tanya? " Seokjin si busybody menyoal.
" Tak ada apa aku suka dekat Jimin. Huehue i lobeu you Jiminnie. " Suga bangun lalu membawa pinggannya ke sinki.
" Dia tak betul lagi pepagi ni. Tengoklah tu. Ni mesti faktor rambut pudina dia tu. Berangin je otak dia. " Bebel Seokjin.
" Dia ni. Mengalahkan nenek aku duk bebel. " Rungut Jungkook.
" Kiranya itik dah berkawan dengan biawak lah ni? " Tanya Seokjin kepada Jungkook yang telah memandangnya.
" Apa kena mengena duh! Kau kena out jadi doktor. Aku kesian tengok pesakit kau nanti. " Jungkook menampar bahu Seokjin si doktor kadang wayar putus.
Share this novel