Bab 15

Fanfiction Completed 8760

(BAB15)

Dua cawan white coffee diletakkan di atas meja oleh tea lady yang berkhidmat di pejabat itu.

Jimin mengucapkan terima kasih dan wanita yang agak berusia itu menganggukan kepalanya dan berlalu keluar dari pejabat bossnya.

Jimin lantas menghulurkan secawan ke arah tetamu yang datang.

" Minumlah. "

Suga mengangguk. Matanya melilau memandang design pejabat Jimin yang cantik dan tersusun kemas.

" Kau sendiri ke yang design office kau? " Tanya Suga. Penuh minat.

" Taklah. Atuk aku. " Jawab Jimin lalu tersengih.

" Pandai atuk kau curah idea design office cucu dia ni. " Suga terus memberi pendapatnya.

Mati sengihan Jimin apabila mendengar ayat Suga itu. Fikirnya Suga akan mengatanya mengarut dan merepek. Tetapi lelaki itu percaya pula.

" Kau nak tahu satu pembohongan sekarang? " Soal Jimin dan Suga lantas mengangguk.

" Atuk aku dah tak ada. Jadi tadi aku bohong je yang atuk aku design. Kau percaya hehe. " Kata Jimin lalu meneguk white coffee seteguk.

" Aku tahu. Saja buat buat percaya. "

" Fuh. Kau masih normal. "

Suga tersengih. Ada ada sahaja budak Jimin seorang ini. Suga menarik nafas dalam dalam. Sebenarnya ada sesuatu yang mahu diberitahu kepada Jimin. Kalau dia beritahu di rumah, ada makhluk lain yang akan menganggu. Apa lagi kalau member yang lain, lagi lagi Seokjin si busybody tu.

" Kenapa kau lari datang office aku ni? Jungkook halau kau ke? " Seloroh Jimin.

" Haa ada something la nak bincang dengan kau. " Suga membetulkan duduknya yang sudah tidak senang. Nafas ditarik dan wajah Jimin dipandangnya.

" Pasal omma kau. "

Jimin tersentak. Terus dia rasa tidak tenang. Kenapa hal ommanya yang dia tidak pernah mahu ambik tahu, Suga ajak berbincang?

" Actually, aku ni lain sikit. " Kata Suga sebagai permulaan. Mula mula dia perlu memberitahu tentangnya terlebih dahulu.

" Lain macam mana? " Jimin menarik muka pelik.

" Aku start dapat tengok makhluk yang bukan manusia sejak aku kecik lagi. Macam yang kau tengok malam tu. Dan satu lagi aku ni kadangnya dapat tahu asal usul and latar belakang makhluk tu. " Terang Suga.

Jimin mengangguk. Ada juga orang sebegitu.

" Sebenarnya malam tu aku-- "

Kring kring!

Telefon di atas meja kerja Jimin berbunyi. Jimin terus bangun dan mendapatkan telefon yang bising minta diangkat.

Suga mengeluh.

" Hello? "

" Hah? Pulak. Saya datang sekarang. Semua tunggu kat bilik mesyuarat. " Usai berbual di dalam telefon, Jimin terus menyelongkar rak yang memenuhi fail kerja dan mengambil fail yang perlu.

" Kenapa Jimin? " Suga menyoal lalu bangun apabila melihat Jimin bagaikan terkejar kejar sesuatu hal.

" Hm.. Pihak syarikat yang melabur kat syarikat aku tu kata ada masalah sikit. Jadi, diorang kata nak buat meeting sikit. Dah sampai pun. Aku kena pergi sana lah ni. " Jimin berpatah balik ke meja dan mengambil cermin matanya.

" Okay. Jumpa kat rumah. "

" Sorry sebab dah batalkan niat kau ke sini. " ujar Jimin lalu keluar dari pejabatnya.

Suga mengangguk. Dia tersentak saat dia tiba tiba berasa ada sesuatu di belakangnya.

" Ahjumma.. "

" Maaf tak sempat bahitahu anak ahjumma. "

Wanita itu menangguk perlahan. Matanya yang putih jatuh ke arah bingkai gambar yang tergangtung di dinding pejabat.

Gambar yang menunjukkan Jimin sedang berpeluk tubuh dan berdiri tegap memandang kamera.

Suga dapat lihat air mata yang turun di pipi hodoh wanita itu. Suga mengeluh lagi. Beberapa saat kemudian, wanita itu terus hilang.

" Maaf ahjumma. "

" Saya tahu ahjumma rindukan dia. "

Suga lantas keluar dari pejabat Jimin dan berniat untuk terus ke balai untuk menganggu gugat kehidupan Jungkook pula muahaha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience