Bab 43

Fanfiction Completed 8760

(BAB43)

semua tertunggu tunggu di luar bilik ICU itu. sekali lagi Jimin dimasukkan di bilik itu selepas didapati kadar jantungnya menurun . nafasnya tersekat dan terasa amat berat . sebahagian doktor di hospital itu bertungkus lumus untuk menyelamatkan satu nyawa daripada melayang .

" Jimin tak akan apa apa kan ?" sudah ke berapa kali soalan yang sama keluar dari mulut Hoseok . Taehyung yang duduk di sebelahnya hanya mengangguk mengiyakan soalan itu .

" Jimin tak akan tinggalkan kita kan ?" Hoseok bertanya lagi . dia tidak dapat duduk dengan diam kerana terlalu risaukan Jimin . dan sekali lagi Taehyung mengangguk .

" Kadang kadang Jimin seorang yang lemah . aku harap dia kuat lawan sakit yang timpa dia . " Jungkook bersuara . yang lain mengangguk lemah .

" Aku masih tak dapat rasa kehadiran omma dia . Jimin nak sangat jumpa omma dia . tapi , aku rasa omma dia mesti tak dapat maafkan diri dia sendiri . " Suga pula bersuara . dia memandang sekeliling sekali sekala kerana mahu merasai kedatangan Puan Park .

" Jimin .. kau mesti kuat !" Seokjin mengelap air matanya yang turun dengan hujung lengan baju . tiba tiba pintu terbuka dan beberapa orang berpakaian khas muncul di balik pintu tersebut . riak yang tampak bersalah yang terpampang pada wajah doktor itu membuatkan mereka merasakan ada sesuatu yang tak kena .

" saya mintak maaf . Jimin disahkan ..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience