(BAB25)
Sesungguhnya roh Puan Park tak tenang jugak huehuehuehuehuehue .
Puan Park melilau di ruang tamu. Kali ni dia tak penat berjalan. Sebab kali ni dia boleh terbang muahaha!
Keadaan rumahnya masih nampak normal dan tersusun. Cuma..
" Ni mesti diorang ganti sofa dengan meja ni. Mana pulak diorang letak sofa yang aku beli dulu? " Tanya Puan Park sendirian.
" Tapi tak apelah. Cantik! " Puan Park tersenyum.
Walaupun dah setahun bergelar hantu tak tenang, Puan Park suka dengan cara begini.
Setahun dia tidak berjumpa dengan biawak jantan gemuk busuk badak. Iaitu Encik Park.
Setahun juga dia merindui anaknya.
Dia nak cari, tapi tak tahu pulak kat mana.
" Agaknya siapa yang jaga rumah aku ni? Baiknya. Semua dah ganti baru.. " puji Puan Park lalu terbang ke tingkat atas.
Setiap 7 bilik dimasukinya. Semua katil ditukar baru. Almari pun ditukar baru. Dalam singkatannya, semua di dalam rumah itu ditukar baru!
" Hmm apa yang perlu aku buat kat sini? Baik aku kacau orang kat luar, kan? " Puan Park tersengih jahat.
Lalu dia terbang ke pintu belakang. Namun matanya tiba tiba tertancap pada pintu stor yang terbuka.
" Kenapa diorang tak tutup lepas bawak mayat aku keluar? Ish. " Bebel Puan Park lalu menyelinap masuk ke dalam stor berkenaan.
Tali baju yang dibuatnya masih ada. Namun diletakkan di hujung penjuru. Kenapa diorang tak buang?
" Hmm dahlah. Buat aku teringat benda lama pulak. "
Baru beberapa cm dia terbang ingin keluar, dia terpandang pula sesuatu yang sudah berhabuk dan lusuh di belakang pintu.
" Baju Jimin, anak aku. "
Air mata berwarna merah turun di pipi Puan Park. Dia cuba mengambil baju itu namun tangannya menembusi baju tersebut.
" Ish.. " Rungut Puan Park lalu terbang keluar.
Dia akan tinggalkan rumahnya dahulu. Dalam masa 20 tahun, dia akan kesini semula.
Masa ni, dia nak kacau orang muahahah!
Share this novel