Bab 41

Fanfiction Completed 8760

(BAB41)

" Jimin ? "

" Siapa Jimin ? "

" Dan korang ni siapa ? "

patah harapan mereka untuk melihat Jimin yang dulu . Namjoon yang sudah terjelepok di atas lantai cepat cepat Seokjin menenangkannya . bahu lelaki itu diusap kerana Seokjin tahu Namjoon semakin dihantui oleh kesalahannya .

Hoseok yang sudah hampir meraung dipeluk Taehyung . boleh dikatakan Hoseok lah yang paling rapat dengan Jimin . sudah tentu Hoseok merasa sedih akan 'kehilangan' Jimin yang dahulu .

" Jimin ah . kau jangan buat gila boleh tak ? aku.. aku Jungkook . kami semua kawan kau lah . dan Jimin tu nama kau sendiri . " Hidung Jungkook mulai merah . air matanya ditahan apabila Jimin yang masih terbaring lemah itu masih menunjukkan reaksi peliknya .

" aku ada kawan ? korang kawan aku ? " Jimin bertanya lagi .

" Woi apa kena dengan kau ni ?! jangan sampai ada kes pasal pesakit baru sedar , koma selamanya ditumbuk rakan ! kau kenapa Jimin ?" Jungkook menggoncang goncang bahu Jimin sekuatnya . Woozi yang melihat tindakan Jungkook itu segera menarik tubuh Jungkook .

" Jimin .. sampai hati kau . Omma kau ni nak kena mati dua kali kut !" Suga meramas rambutnya .

" Ya ya! betul tu ! jom cari Puan Park . aku geram betullah !" Seokjin sudah menyinsing lengan bajunya dan segera berjalan ke arah pintu . Suga , Jungkook , Taehyung dan Woozi mengikuti Seokjin dan meninggalkan Hoseok dan Namjoon yang masih mendiamkan diri .

" Woi woi ."

semua langkah terhenti . kepala ditoleh ke belakang .

" aku main main ajelah . aku tak hilang ingatan pun . saja aku nak bergurau dengan korang . heeee. " terlihat sengihan yang bagaikan susah untuk diukir pada wajah Jimin .

" Kurang asam jawa Mak Meon budak sekor ni ! kau tahu kau buat kami cuak ! kau memang nak kena !! "

semua kecuali Namjoon berpusu ke arah Jimin dan Jimin dipeluknya beramai ramai . Jimin terkekek ketawa dan diselang seli bunyi Jimin menjerit sakit apabila lukanya terasa ditekan .

" oi oi mati pulak budak ni kang . " Taehyung dan yang lain meleraikan pelukan . Taehyung membantu tubuh Jimin untuk bersandar di kepala katil . Jimin masih lagi tersenyum . sesekali mukanya berkerut menahan sakit di badannya .

" korang semua sihat ?" tanya Jimin . air matanya bergenang kerana dia terlalu rindukan mereka . terasa bagaikan terlalu lama mereka tidak berjumpa .

" kami sihat . kau pun , kena sihat jugak ya ?" Hoseok mengusap bahu Jimin .

" Ya , woozi ! rindunya muka comel kau !" Jimin mendekati Woozi dan pipi lelaki itu diramas ramas . Woozi tersengih manja .

" Ui jangan picit pipi dia selalu . nanti dia makin kuat perasan . aku tak sanggup hadapi detik tu ." tegur Suga tiba tiba .

" Hee. eh Namjoon ah . kenapa kau duduk jauh sangat ? meh la duduk tepi katil macam diorang ni . " Jimin bersuara kepada Namjoon yang mendiamkan diri di satu sudut berjauhan darinya .

" eh aku lupa budak tinggi ni sorang. " Seokjin bangun dan merapati Namjoon dan tangan lelaki itu dicapainya . Seokjin menarik tubuh Namjoon untuk mengikutinya tetapi Namjoon mengeraskan badannya .

" Kenapa dengan dia , gais ?" Jimin berasa hairan melihat kelakuan pelik Namjoon . mata Namjoon kelihatan bengkak dan sembab .

" err . kau tahu kan waktu kau dikurung kat stor belakang rumah . aku suruh sesiapa bukak lampu tapi Namjoon sedikit cuai dan dia dah bukak suis kipas . sikit lagi kau nak tergantung . " cerita Jungkook .

Jimin tersenyum saja . tangannya memberi isyarat supaya Namjoon mendekatinya dan dengan tangisan halus , Namjoon merapatkan tubuhnya pada Jimin . Jimin lantas memeluk tubuh Namjoon dan membiarkan lelaki itu menangis di bahunya .

" jangan lah nangis . aku tahu kau bukan sengaja kan ? jadi kau tak salah. cuma kau cuai aje . tak apa, aku tak akan pernah salahkan kau pun . " Jimin cuba memujuk lelaki itu .

" aku mintak maaf Jimin ah . aku betul betul tak sengaja . " Namjoon mengeluh . tubuh Jimin dipeluk kejap . selepas beberapa minit , pelukan dileraikan .

" kau dengar tu , Namjoon ? Jimin tak akan salahkan kau . kau saja yang banyak terfikir. baguslah Jimin . dah tak larat kami nak pujuk dia . " Seokjin mencelah . bahu Namjoon diusapnya. sehelai tisu dihulurkan pada lelaki itu supaya air matanya di lap .

" Hais macam budak budak . " rungut Woozi .

" betul tu . " Jungkook menyokong .

" err . Suga ah . " Kedengaran Jimin memanggil nama Suga . Suga yang hampir terlena itu terpisat pisat bangun dan memandang ke arah Jimin .

" apa ?"

" err .. omma aku ada kat sini tak ?" pertanyaan Jimin itu mengejutkan mereka .

" Aaaa , sekarang dia tak ada kat sini . kenapa kau tanya ? " Suga menyoal pula . anak mata Jimin direnungnya . jelas sekali Jimin seperti mahu berjumpa dengan ommanya .

" nanti boleh kau panggil omma aku ?" pinta Jimin . tangan Suga diraihnya . berharap Suga dapat menunaikan hasratnya .

" bo- boleh Jimin ah . nanti aku bawakan omma kau pada kau . "

mendengarkan jawapan Suga itu , Jimin tersenyum senang .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience