(BAB19)
Semua menghembus nafas lega kerana persahabatan mereka bertambah erat sejak kejadian malu bertegur sapa yang berlangsung sejak beberapa hari dulu.
Semua dah macam biasa .
Gila-gila diorang .
Annoying Suga.
Dan tak lupa jugak,
Si bebel Seokjin.
" Apesal aku rasa tak sedap hati hah ?" Kata Hoseok lalu tangannya mengusap dada perlahan. Dari dia bangun tidur tadi, dia rasa akan ada sesuatu yang berlaku.
" Rilekslah. Jangan ikut perasaan sangat. Duduk. Tenang-tenang. " Namjoon bersuara.
Hoseok hanya membiarkan teguran Namjoon tadi bagaikan angin yang lalu. Sungguh dia tidak sedap hati akan sesuatu.
" Woi jom makan, Seokjin dan aku yang handsome ni dah siapkan makanan. Kalau korang makan, gerenti korang akan handsome macam aku yang sedia hands--" Satu bantal busuk tepat mengena muka Suga.
Taehyung yang membaling objek tadi tersengih bangga lalu cepat cepat ke dapur. Bimbang Suga bertukar menjadi raksasa yang boleh menumpaskan kehensemannya.
" Wah banyaknya lauk! " Jimin terlebih teruja apabila matanya menyapa beberapa jenis lauk yang tersedia di atas meja makan.
" Hehe tengoklah siapa masak.. "
" Aku jugak. " Seokjin memotong percakapan Suga membuatkan lelaki itu menarik muncung.
" Kenapa kau tak mention aku? Aku sampak nak hilang biji mata potong bawang tadi. Kau langsung tak hargai aku. " Rajuk Suga.
" Alahai, baik kau duduk dan makan elok elok. Ni memang kau masak sekali. Karang kau tak payah makan nanti. Kau duduk cepat. Aku ikat muncung kau tu nanti letak mercun roket. " Seokjin sudah bertukar kepada seorang omma yang kejam.
" Arraseo! Woozi, woozi nak apa? Hyung ambilkan. " Suga mengalah dan melabuhkan duduk disebelah adiknya.
" Yang tu lah. Nak sikit je. " Woozi lantas menunjukkan lauk yang dimahunya.
" Makan elok elok. " Pesan Suga sebelum Woozi menyuapkan nasi pertama ke dalam mulutnya.
" Sedapnya, Seokjin, Suga. Aku rasa macam dah tak dapat makan lagi makanan yang sedap macam ni. Haha terima kasih! " Ujar Jimin dengan raut wajah gembira.
" Uish, aku akan masak makanan yang lebih sedap lagi untuk kau dan yang lain. Bersama hamba aku, si lampu suluh tu. " Seloroh Seokjin.
" Seokjin hyung, Suga hyung kata dia akan cakar kereta Seokjin hyung kalau dia dipanggil macam tu lagi. " Pesan Woozi.
" Berani dia nak buat? Aku botakkan kepala dia nanti. " Ugut Seokjin pula.
" Berani dia botakkan? Aku buat kereta dia kena gigit dengan monyet. " Suga tak mengalah.
" Berani dia bawak monyet, aku buli adik dia nanti. "
" Berani dia buli adik aku? Aku--"
" Oi dah dah. Apa ni gaduh time makan. Aku tumbuk dua dua ekor sekali karang. " Pintas Namjoon dengan muka yang digarangkan.
" Mian. "
" Sawwry. "
"Eleh nak cakap omputih pun nak gedik gedik. " Seokjin bersuara lagi.
" Eh biarlah kita nak gedik gedik. Kita handsome. Boleh gedik gedik. Kau tak reti gedik, padan muka. " Suga membuat muka.
" Oi Karang aku sumbat budak dua orang ni dalam lokap. Aku nak makan dengan aman dan tenteram lah. " Jungkook pula menegur.
" Hehe kami main-main je. Kan, Suga? "
" Yup, kami mintak maaf. "
" Lepas makan ni jom pergi shopping mall. Aku rasa nak beli something lah. " Jimin berkata lalu membawa pinggannya ke sinki.
" Boleh jugak. Hari ni pun hari minggu. Nanti naik kereta aku je lah. " Pelawa Seokjin.
" Memang nak naik kereta kau pun, kereta kau je yang besar. Muat nak naik lapan orang ni. "
" Iyalah. "
Usai makan, mereka bersiap pula untuk ke Shopping mall atas ajakan Jimin tadi.
Selepas semua urusan seperti mengunci pintu dibuat, mereka bertolak ke mall besar di pusat bandar.
Seokjin memarkir kereta di lot parkir. Setelah dipastikan kereta dikunci, baru mereka berjalan masuk ke dalam pusat membeli belah itu.
" Aku nak jalan sorang sorang tau. Korang jangan ikut aku. Bye. " Ujar Jimin lalu melangkah laju ke arah sudut yang menempatkan baju dan kasut.
" Apalah boss cute tu nak buat. Selalunya dialah yang berkepit dengan kita kalau shopping. Lain pulak spesies dia hari ni. " Rungut Hoseok.
" Oklah, kita jalan lah masing-masing, kalau dah siap, call aku. " Cadang Seokjin lalu menghilangkan diri di sebalik celahan orang ramai.
Jimin tersenyum bahagia apabila dia dapat menjalankan kehendaknya. Barang- barang yang siap dibeli dipandang dengan teruja.
Skip.
" Wah penatnya. Malam baru kita balik. " Keluh Jungkook lalu menghempaskan badannya ke atas sofa.
" Banyaknya barang kau beli, Jimin. Tak selalu kau beli sampai banyak macam ni. " Komen Hoseok.
Jimin hanya tersengih.
" Suga ah, aku nak mintak izin masuk bilik kau kejap. Boleh? " Jimin menyoal.
" Pergi je lah. Nasi goreng.. pulut basi.. ketupat. " Racau Suga akibat terlalu penat.
Jimin terus melangkah masuk ke dalam bilik Suga dan meninggalkan satu bungkusan berwarna merah hati berserta kad.
Jimin juga meninggalkan bungkusan yang dibalut cantik di dalam bilik Woozi, Seokjin, Jungkook, Hoseok, Namjoon dan Taehyung.
Memandangkan semua dah macam nak nazak akibat keletihan melampau, memudahkan kerja pemberian bungkusan cute dari Jimin.
" Gais, korang tak nak masuk tidur, bersihkan diri ke? Cepatlah. " Jimin bersuara lantang dan terus masuk ke dalam biliknya selepas yang lain menunjukkan respons.
Suga masuk ke dalam biliknya. Belum sempat dia menhempaskan badannya ke atas katil, matanya berjaya menangkap satu bungkusan yang diletakkan di atas meja kerjanya.
Kad yang terselit kemas diambil lalu dibuka.
" FRIENDS FOREVER. LOVE FROM JIMIN."
Suga tersengih. Patutlah beria nak pergi shopping, tak kasi follow dia. Pastu mintak izin nak masuk bilik. Rupanya ada hadiah.
Suga melangkah keluar dari bilik dan tindakannya serentak dilakukan oleh Woozi.
" Hyung pun dapat hadiah dari Jimin hyung? "Tanya Woozi setelah matanya menyapa kad yang dipegang Suga.
" Haah. Diorang pun mesti dapat. Jom kita pergi tengok? " Cadang Suga lalu melangkah ke tingkat atas bersama Woozi.
Pintu bilik Seokjin diketuk.
" Huh? "
Seokjin juga keluar bersama kad di tangan.
" Korang pun dapat? " Seokjin menyoal penuh teruja.
Pintu bilik Namjoon juga terbuka. Lelaki berpangkat askar itu juga keluar dengan kad di tangan.
Akhirnya, Taehyung, Jungkook dan Hoseok keluar dengan memegang kad.
" Jimin bagi present kat kita lah. " Jungkook dan Taehyung tersenyum lebar. Tapi tidak pada Hoseok.
" Kenapa dengan Jimin? Apesal dia tiba tiba bagi kita hadiah? kenapa? " Hoseok tertanya tanya berserta rasa tidak sedap hati.
" Kau ni dari pagi tadi macam ni. Dah. Sekarang jom terjah bilik Jimin tu. Kita peluk dia ramai ramai. " Namjoon mengajak dan dipersetujui yang lain.
" 1 2 3.. bukak! JIMIN THANK YOUUU! " Jerit mereka dengan senyuman lebar sambil menghayunkan kad cinta dari Jimin selepas pintu bilik Jimin dibuka.
Namun senyuman lebar mereka perlahan hilang. Mata mereka membulat apabila mendapati Jimin tiada di dalam bilik.
Melainkan tompok darah yang agak banyak di atas katil dan lantai bilik Jimin.
Share this novel