Bab 34

Fanfiction Completed 8760

(BAB34)

end of Puan Park's POV

" mari ikut omma .. "

" omma akan sentiasa dengan kamu .. "

" Jimin anak yang baik . jadi ikut omma ya? "

" omma akan bawa kamu satu hari nanti . "

hampir setiap malam , Puan Park menghantui dan sering berbisik halus pada telinga anaknya sewaktu anak lelakinya itu tidur ataupun termenung . baginya , Jimin sudah menjadi anak yang degil . degil kerana tidak mahu memenuhi hasratnya untuk hidup bersama Jimin .

mahu sahaja dia meragut nyawa anaknya dengan kejam namun dia tidak sampai hati . jadi , dia akan buat perlahan lahan .

Puan Park sedar akan sesuatu iaitu sejak kejadian dia berjumpa dengan Jimin di dalam mimpi , Jimin asyik termenung dan berasa gelisah . sepertinya sedang menanggung masalah yang berat . sekali lagi Puan Park ternampak Jimin sedang termenung di tingkap biliknya . dia mengambil peluang itu untuk mendekati Jimin .

" Jimin , anak omma yang degil , malam ni omma datang ya ? tunggu omma ."

malam itu , Puan Park melihat Jimin berkelakuan pelik . dia mengajak kawan kawannya ke shopping mall untuk membeli barang . tetapi , di sebalik kelakuan Jimin itu , Puan Park tersenyum gembira . Jimin bahkan memberikan hadiah pada kawan kawannya tanpa pengetahuan mereka .

Puan Park menyedari kawan kawan Jimin seperti orang hilang nyawa . penat mungkin . jadi ini adalah waktu yang sesuai untuk menjalankan rancangannya . dia memasuki bilik Jimin dan terlihat anaknya sedang termenung di hadapan tingkap biliknya .

" Jimin .. "

Puan Park memunculkan dirinya di hadapan Jimin . ternyata Jimin tidak terkejut melihat kemunculannya . mata Jimin memandangnya sayu .

" ikut omma ."

" omma , tak bolehkah berhenti buat Jimin rasa gelisah ? omma menganggu Jimin sampai Jimin rasa Jimin tak akan lama dengan kawan kawan baik Jimin . sampai macam tu sekali ke omma nak bunuh Jimin hanya semata mata nak Jimin hidup dengan omma ?" rintih Jimin .

" memang Jimin tak akan lama dengan mereka . memang sampai macam ni omma akan buat sebab sayangkan Jimin . kali ni jangan degil . mari ikut omma! " mata Puan Park mencerlung tajam memandang Jimin yang jelas sekali seperti mahu menangis .

" omma, tolonglah maafkan Jimin . Jimin tak mahu ikut omma . tolonglah lepaskan Jimin . bukan ke Jimin tengah kerja ? om-omma tak kesiankan Jimin ?" air mata turun dari kelopak matanya .

" omma kesiankan Jimin , tapi bagaimana dengan omma ?"

Jimin terdiam . hidungnya merah kerana menangis . matanya dialihkan dari terus merenung mata Puan Park .

" Jimin minta maaf ."

" Omma pun minta maaf juga. "

serentak itu , pipi Jimin ditampar sehingga anaknya itu terjatuh di atas katilnya . pipi Jimin bergaris kerana terkena kuku panjang Puan Park . darah yang mengalir di luka panjang itu menitik dan mengotori cadar dan selimutnya . Puan Park yang sudah mula menangis menampar lagi pipi anaknya itu dan darah berhambur keluar dari mulutnya .

lengan Jimin dicengkam sehingga menimbulkan luka kerana kukunya . tubuh Jimin dihempaskan ke lantai . Puan Park meraung . hakikatnya, dia tidak sanggup melakukan perkara sebegitu pada anak kandungnya sendiri . Jimin dilihatnya sudah nyawa nyawa ikan . dipeluk tubuh Jimin sebelum menghilangkan diri dan membawa Jimin ke satu tempat .

Jimin yang sudah tidak menyedarkan diri itu diletakkan di lantai bilik yang ditujunya . ya , inilah bilik di mana dia membunuh dirinya sendiri . Puan Park mengumpul baju baju yang tidak terpakai yang sememngnya ada di bilik stor itu dan diikatnya seperti dibuatnya dahulu . hujung kain yang sudah menjadi panjang itu diikat di kipas siling manakala hujung kain yang satu lagi diikat di leher Jimin . ya , dia akan membunuh Jimin dengan caranya dahulu .

END OF FLASHBACK .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience