Bab 12

Fanfiction Completed 8760

(BAB12)

Suga memasuki perkarangan rumah setelah keluar dari teksi. Dia baru sahaja pulang dari balai polis. Uniform seragam polisnya masih melekap kemas di tubuh.

Pintu diketuk beberapa kali. Loceng juga ditekan-tekan sebelum seseorang membuka pintu dari dalam.

" Hyung! " Jerit gerangan itu.

" Woozi ah. Kenapa macam gembira sangat jumpa Hyung? " Tanya Suga lalu mengusap rambut Woozi.

" Nak gembira jumpa Hyung pun salah ke? "

" Tak salah lah. Hyung pun gembira. Mana yang lain? " Tanya Suga lagi lalu menanggalkan kasut hitam berkilatnya..

" Ada kat ruang tamu. Tadi kami borak-borak. " Woozi menjawab lalu berjalan mendahului abangnya.

" Suga dah balik ke, Woozi? " Jimin menyoal setelah kelibat Woozi muncul semula di ruang tamu.

" Ne. Suga dah balik. "

Suga muncul pula di situ. Melemparkan senyuman kepada semua yang ada. Senyumannya mati apabila dia terpandangkan Jimin.

Lebih tepat lagi, belakang Jimin.

Suga mendapati ada makhluk berambut panjang hingga ke lantai cuba memeluk Jimin dari belakang. Suga cuba mengamati wajah wanita itu namun terhalang oleh rambutnya yang mengurai kusut.

" Oi. Kau nak apa hah? " Tanya Suga lagak boss kongsi gelap bertanya pada anak buahnya yang cuba meminjam wang.

Perlahan lahan wanita berambut panjang mengangkat muka. Matanya memandang Suga tajam. Seolah olah marah menganggunya.

" Dah. Pergi. Jangan ganggu dia. " Suga mengangkat tangannya dan digoyang goyangkan ke hadapan sebagai isyarat dia mahu wanita itu pergi.

" Oi kapas versi dua, kau cakap dengan Jimin macam tu? " Soal Seokjin. Membuatkan anak mata Suga beralih pada lelaki itu pula.

" Aku tak cakap dekat Jimin lah. Aku cakap kat ahjumma belakang dia tu. " Serentak Suga menjawab, Jimin dengan hormatnya melompat ke atas Namjoon yang sememangnya duduk di sebelahnya.

" Jangan takut. Dia dah pergi dah. " Kata Suga lalu jarinya ditudingkan ke arah dapur.

" Kau tau kan, tak ada perempuan pun yang duduk kat rumah ni? " Taehyung menyoal Suga yang telah pun duduk di sebelahnya.

" Iya. Aku tahulah nak beza manusia dengan makhluk lain. Ahjumma tadi tu bukan manusia. " Ujar Suga selamba. Tiada riak takut pada wajah putihnya itu.

" Seolma.. " Taehyung berhenti berkata. Dalam mindanya, dia tertanya tanya adakah ahjumma yang dimaksudkan Suga tadi adalah wanita yang dia lihat malam dulu. Wanita yang menyebut nama Jimin. Tadi pun Suga cakap wanita itu dibelakang Jimin.

" Dia buat apa belakang aku? " Jimin menyoal dengan riak takut. Dia memeluk tubuhnya sendiri.

" Dia nak peluk kau je. "

" Alahaii. Namjoon, kau dengar tak tu? Dia nak peluk aku lah. " Lengan sasa Namjoon dipeluk kuat.

" Iya aku dengar. "

" Jungkook ah, apesal kau tak masuk pejabat hari ni? " Suga mengubah topik dengan menyoal Jungkook yang tadinya masih mendiamkan diri.

" Aku malas hari ni. Esok lusa aku masuklah. Hmm Suga, kau tak ada appa omma ke? " Jungkook pula bertanya.

" Tak ada. Appa dengan omma aku hilang kat laut. Masa tu diorang nak bercuti ke Malaysia. Kapal terbang karam masa rentas laut tu. Kenapa kau tanya? " Suga agak tidak senang apabila persoalan appa ommannya disoal. Tapi dia akan menjawab juga.

" Tak ada apa. Eh! Kapal terbang karam? Bila tu? " Jungkook agak terpempan. Satu kejadian bermain di mindanya.

" Alah. Kau pernah handle kes kapal terbang karam dulu kan? Tadi aku saja bukak rekod kes dua tiga tahun lepas. Pastu ternampak pulak rekod pasal tu. Tapi satu je mayat jumpa. Pilot kapal terbang tu. Appa dengan omma aku tak jumpa. Hehehe dahlah. Nanti Woozi ni nangis. " Suga segera memeluk Woozi yang sememangnya nak nangis. Padahal Suga sendiri pun nak menangis.

" oh uhm Mianhaeyo.. "

Semua terkejut. Ternyata Appa dan Omma dua beradik itu satu pesawat dengan Yoongi Hyung. Tapi misteri itu masih tidak terungkai. Semua mayat penumpang tidak dijumpai.

" Kau sayang betul adik kau ya. " Tanya Hoseok. Kalau boleh dia nak adik juga. Tapi dah takdir, dia dikurniakan kakak yang suka membulinya pula.

" Mestilah. Siapa tak sayang adik kembar dia oi. " Suga tersengih. Bahu Woozi dipeluk kuat.

" Kembar? " Hampir bergema rumah itu setelah suara enam teruna bergabung di situ.

" Oh iya. Dia ni kembar aku. Aku lahir 2 minit 37 saat sebelum budak ni keluar. Kenapa? "

" Lah yeke. Patut hampir sama. Cuma kenapa dia pendek sikit dari kau. Muka dia lebar lagi dari kau. Pastu mata dia ni mengancam sikit dari kau. " Komen Taehyung. Matanya selang seli memandang Suga dan Woozi.

" Memanglah. Itu yang nak beza mana adik, mana abang. Tapi abang tetap yang terhensem. " Kata Suga lalu mengenyit matanya sekali.

Semua buat muka nak muntah buih.

" Hehe dahlah. Aku nak masuk bilik. Mandi. Jumpa nanti. " kata Suga lalu bangun dari duduk. Anggukan dari member member barunya membuatkan Suga tersenyum. Dia melangkah masuk kebilik meninggalkan mereka yang sudah bersembang itu dan ini.

Sebaik sahaja Suga sampai di hadapan biliknya yang berada di tingkat bawah , matanya terpandang wanita tadi sedang memrhatikan mereka dari arah tangga.

Dari ekor mata sembab wanita itu, dia memandang lurus pada Jimin. Suga tertanya tanya siapakah wanita itu.

" Oi ahjumma. Kenapa datang balik ni? Karang aku ambik rambut panjang kau ni pastu aku ikat kat pokok ada semut api, pastu aku bakar terus. Nak? " Bebel Suga kepada wanita itu.

Wanita itu memandang ke arah Suga lagi sebelum menghilang.

" Dia buat lagi Namjoon.. alahai. " Rungut Jimin setelah melihat Suga seperti bercakap seorang diri dan lengan Namjoon dipeluknya lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience