Bab 46

Fanfiction Completed 8760

(BAB46)

Saat itu , Suga sedang mengurut urut lengan kanan Jimin tanpa sebab . Yang pastinya dia amat bosan kali ini kerana dia seorang sahaja yang menemani Jimin di wad .

Namjoon dan Woozi sudah bertolak ke pusat kententeraan . Seokjin banyak pesakit hari ni . Jungkook , pun banyak kerja . Iyalah dia kan berpangkat tinggi . Jhope pergi hantar kereta lumbanya yang rosak ke bengkel dan Taehyung ada kes siasatan yang perlu diselesaikan .

Dia diarah untuk menemani Jimin selepas diberi cuti oleh Jungkook . Dia bukan apa , bukan tak nak teman . Tapi Suga rindukan kesibukan kerja . Dia suka cara tu .

" tak apa Jimin ah . Aku masih sudi jaga kau kat sini . Jimin , aku nak berborak dengan kau lah . Aku bosan . Bukan aku bosan jaga kau . Lain maksud dia ya . " Suga lantas membetulkan kedudukannya di atas kerusi pelawat .

" kau nak tahu pasal aku tak ? Kalau kau tak nak , aku bagi kau nak jugak . Kau nak tahu , aku rindu gila omma dan appa aku . Aku relakan hati aje kalau mayat omma dan appa aku tak dapat dijumpai . Hehe aku syukur gila sejak jumpa korang . Korang lah bestfriends terbaik pernah aku jumpa . Dulu kan , dekat sekolah ramai yang tak sukakan aku yang cute ni emm . Entahlah kenapa semua nak elak daripada aku . Tapi sekarang dah tak apa , korang semua baik dengan aku dan Woozi . Sekurang kurangya adalah tempat kami bergantung . Jimin ah , ko tahu kan yang kau tu comel ? Orang comel tak boleh tidur lama lama . Nanti hodoh . Memandai aje aku ni kan ? Aku tahu kau tak boleh cepuk aku , tu yang aku memandai aje cakapnya . " kata Suga panjang lebar .

" Jimin ah , aku dah jumpa 'tempat' omma kau tinggal . Omma kau pesan , kalau kau dah sedar nanti , bawakkan kau ke situ . And kami dah pergi dah lawat kubur omma kau beberapa hari lepas . Lepas ni kita pergi sama sama ea ? Aku-- "

Kata kata Suga terhenti apabila dia terpandang sesuatu . Air mata Jimin turun dari celah matanya yang tertutup rapat . Suga tersenyum walaupun air matanya pun sudah bergenang di tubir matanya .

" aku akan jagakan kau . Sampailah kita sama sama lawat kubur omma kau ya ? Kau rindukan dia ea ? " Suga lantas mengesat air mata Jimin dengan jarinya .

Apabila jarinya tersentuh dengan kulit Jimin , serta merta jari jari Jimin bergerak gerak . Suga agak terkejut dengan perkembangan keadaan Jimin itu . Baru sahaja dia mahu memanggil doktor , Suga terfikir sesuatu . Dia tak akan panggil doktor dan dia sendiri akan bagi semangat untuk Jimin bangun . Lagipun , kalau doktor masuk , rasanya doktor akan suruh buat benda yang sama .

" Jimin dont give up . Kau lawan halangan kau tu . Aku ada kat sini bagi semangat kat kau . Kau ingat kawan kawan baik lama kau yang tengah bekerja untuk bayar semua yuran hospital untuk kau . Kau kena tahu diorang pun akan beri kau semangat . Aku tahu kau Jimin yang kuat dan boleh . " beria ria Suga memberi semangat . Tangan Jimin digenggamnya .

Agak lama Suga bercakap sehinggakan dia mula berasa mengantuk . Perlahan lahan dia meletakkan kepala ke sisi katil Jimin dan terus terlelap di situ . Dalam lenanya yang panjang , Suga tidak sedar bahawa Jimin sudah berusaha membuka matanya .

Susah .

Berat .

Macam tak boleh .

Bersusah payah Jimin cuba membuka mata . Dan berkat usaha dan tak putus asa , pandangannya mula berubah . Dia sudah mula terlihat dinding , sofa , dan pasu bunga yang diletakkan ke atas meja . Tetapi pandangannya masih kabur .

Jimin cuba menggerakkan tangannya dan dia tersentuh sesuatu . Macam rambut . Perlahan lahan dia menggerakkan sikit kepalanya . Dan pandangannya jatuh ke arah seseorang berambut kelabu ( new hair colour , syooga ? Wuiyoooo ! But i misseu youreu pinkeu haireu . Hopi engrish mari ) yang sedang tidur dengan muka menghadap ke arahnya .

' oh ini Suga . Suga tukar warna rambut . Dia mesti penat kan ? Sebab selama aku tak dapat bangun , suara dia lah paling banyak aku dengar . Lepas tu suara Jungkook dan Hoseok yang agak ganas suruh aku bangun . Aku ada dengar budak dua orang ni selalu nangis . Suga paling banyak ceritakan pasal dia dan kejadian kejadian lucu yang lain pada aku . Aku tak sangka , dia memang baik sangat . ' Jimin hanya mampu berkata dalam hati . Tangan diusahakan untuk angkat dan dia berjaya menyentuh rambut Suga .

Suga yang terasa rambutnya disentuh terus terjaga . Dia agak terpempan apabila mendapati Jimin yang sudah sedar sedang menyentuh rambutnya . Terus tangan Jimin digenggam .

" Jimin ? Park Jimin ? Kau betul betul dah bangun ? Kau ingat lagi tak aku siapa ? Kau kenal aku tak ? " Tanya Suga dengan tangan kiri mengenggam tangan Jimin dan tangan kanan menghala ke arahnya sendiri .

Melihatkan anggukan perlahan Jimin membuatkan Suga menarik nafas lega .

" Kau tunggu sini sekejap dan aku akan panggilkan doktor . Aku akan telefon kawan kawan kita sekali . Kau tunggu tau ! Aku sayangkan kau ! " Suga yang didatangi kegembiraan melampau berlari lari ke luar wad . Jimin hanya memandang tubuh Suga dengan ekor matanya . Suga sangat baik .

" Go .. ma .. w-wwo . "

Satu titik air mata Jimin jatuh lagi .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience