Bab 11

Fanfiction Completed 8760

(BAB11)

Lepas mandi, kebiasaannya mereka akan melepak beramai-ramai di ruang tamu. Jadi, itulah aktiviti mereka malam itu seperti malam yang lain. Seokjin akan mengambil peluang untuk membuat konsert kecil di situ dengan bermain gitar.

Semua orang menepuk tangan saat Seokjin menampilkan diri dihadapan. Rambut diselakkan ke atas ala diva. Sebelum memetik gitar yang tergantung di lehernya, kain pelikat yang dibeli sewaktu bercuti di Malaysia diangkat sedikit kerana hampir londeh.

" Lekaslah, jinnie. Kau nak nyanyi lagu apa ni? " Taehyung yang bagaikan tak sabar nak dengar si doktor itu bernyanyi, mendesak. Yalah, bukan senang woo si Seokjin ni nak nyanyi.

" Mempersembahkan, lagu dari ku~... "

"... gwiyomi! Gwi, gwi, gwiyomi~ " nyanyi Seokjin dengan petikan gitar yang tak tentu arah.

" Woi! "

Seokjin berhenti menyanyikan lagu Gwiyomi itu. Wajah teman temannya yang sudah menarik muka masam dipandang. Seokjin hanya melemparkan sengihan tak bersalah.

" Apa gwiyomi? Nyanyi lah lagu best-best sikit. " tegur Jungkook.

" Apa? Gwiyomi ni pun best lah. " Bidas Seokjin pula.

" Tengok keadaanlah bro. Sekarang kami tak on mood gwiyomi. Kami on mood rockers. " Jimin menayangkan tangannya yang sudah buat lambang rock.

" Jangan lah nyanyi lagu rock. Nanti hantu itik datang... sheramm nak. " Bisik Hoseok di sebelahnya tiba tiba.

" Hantu itik lagi kau ni! Tak habis habis! " Bebel Jimin. Hoseok hanya menjeling. Merajuk!

" Yelah yelah aku nyanyi rock. " Seokjin membuat lagak bersedia. Ehem ehem sedikit agar tekak basah.

" Rock n Roll ~ moduda heonbom neuro ~... " Seokjin memetik gitar lalu menyanyikan part dalam lagu JJ Project, Bounce.

" Wouu wou! "

Pesta bermula. Semua jadi seakan lupa diri. Hampir tumbang televisyen dan sofa. Rumah sudah seperti mahu menunjukkan tanda tanda mahu roboh. Oh sungguh hiperbola.

" Oi oi berhenti. " Tegur satu suara.

Semua berhenti menari. Empunya yang bersuara tadi dipandang. Eh!

" Hyung! "

" Hyungnim! "

Semua berlari untuk memeluk Yoongi. Yoongi tersenyum.

" Hyungnim, lama tak jumpa. " Tegur Namjoon gembira.

" Hm. Seronok nampak. Bukan nak ajak hyung join sekali. " Seloroh Yoongi disertai gelak kecil.

" Haha jomlah hyung. Join sekali. Seokjin si doktor tu main gitar walaupun chord lari. " ujar Hoseok lalu jari ditudingkan ke arah Seokjin yang sudah tersengih tetapi dalam keadaan yang tidak berkain pelikat. Haa pulak..

" Jin ah, kain kau londeh. " Kata Jungkook lalu mulutnya dimuncungkan ke arah kain pelikat yang sudah ketinggalan di belakang.

" Haah memang londeh. Aku tak sempat nak betulkan bila Hyungnim datang tadi. Jadi aku tanggal terus, senang aku nak lari kat Hyungnim. " Balas Seokjin bersahaja.

" Nasib baik baju kau labuh. "

" Haah. Kalau tak freeshow untuk Hyungnim dah tadi. " Seloroh Seokjin pula.

" Eish, tak nak hyungnim tengok. " Kata Yoongi tersengih.

" Jimin ah.. " Yoongi memanggil Jimin tiba tiba.

" Ne hyungnim. "

" Jaga diri, ne.. " Bahu Jimin ditepuk sekali. Membiarkan Jimin termangu sendiri. Hairan dengan kelakuan Yoongi tadi. Yang lain juga hairan kecuali Jungkook yang sudah tahu sejak siang tadi.

" Wae Hyungnim? " Tanya Jimin.

Tetapi Yoongi hanya menggeleng. Agak menghampakan Jimin.

" Hyungnim pergi dulu tau. Kookie, ingat pesan hyung ya. " ayat terakhir itu Yoongi hanya berbisik pada adiknya. Jungkook mengangguk.

" Eh Hyungnim, kata tadi nak join pesta? " Tanya Taehyung sebelum Yoongi menghilang.

" Lain kali saje ya Tae. Nanti Hyungnim bawak awek Hyungnim sekali. Hehe. " ujar Yoongi tersengih lebar. Keningnya diangkat beberapa kali.

" Woah Hyungnim dah ade awek-- "

Ting tong..

Loceng pintu berbunyi. Semua mata terarah ke arah pintu.

" Hyung-- "

" Hyungnim ni, laju je hilang. " rungut Seokjin.

" Pergi tengok siapa, Tae. Yang lain, follow aku kemas ruang tamu ni. " Namjoon mengarah.

Taehyung melangkah ke arah pintu utama. Perlahan lahan tombol pintu bercorak itu dipusing lalu pintu pun terbuka menampakkan dua orang yang sedang berdiri di hadapan pintu.

" Hyungnim! Main main ya! " Taehyung menjerit lalu memeluk lelaki di hadapannya itu.

" Oi oi! Lagi sorang pulak dah! Kau kenapa ni? " Kata lelaki itu keras. Lelaki seorang lagi disebelahnya terkejut.

Namjoon, Seokjin, Jimin, Jungkook dan Hoseok terkejut juga apabila mendengar bunyi bising di luar pintu, terus berpusu ke sana.

" Mianhaeyo. Taehyung ni memang tak betul sikit-- Eh? " Hoseok ternyata juga tergamam apabila melihat tetamu yang datang.

" oh? "

" uish! "

" mwoya igae? "

Macam macam bunyi yang keluar. Tetamu yang datang tadi sudah melemparkan muka pelik sebelum matanya terpandang wajah Jungkook. Spontan beg baju di tangannya terlucut.

" Oh Tuan Jungkook! Maafkan saya! Maafkan saya! " ujar lelaki berambut hijau itu dengan mengangkat tangan di atas dahi sebagai tanda hormat.

" Eh Suga ah. Kenapa boleh sampai sini? Dengan bawak beg bagai? " tanya Jungkook dan terus berhadapan dengan Suga dan seorang lelaki di sebelahnya.

" Kami tak mampu nak bayar rumah sewa sejak beberapa bulan ni, jadi kami kena keluar. Dah sehari suntuk kami berjalan ni. Ni adik saya, Woozi. Dia dahaga. Bekalan air kami habis, Tuan. Jadi kami singgah rumah ni. Nak mintak air sikit. Tak tau pulak ni rumah Tuan. " Cerita Suga. Dia memeluk bahu Woozi yang berada di sebelahnya.

Jungkook terpempan. Begitu juga dengan yang lain. Wajah Jungkook dan Suga dipandang silih berganti oleh yang lain kerana tidak sangka yang mereka sudah kenal.

" Masuklah dulu Suga, Woozi. "

" Tak apa Tuan, kami nak cari rumah sewa ni. " Kata Suga menolak cara baik.

" Masuk aje lah. " Jungkook menarik tangan Suga. Memaksa lelaki itu dan adiknya masuk.

" Terima kasih Tuan. "

" Kan kat pejabat hari tu aku dah cakap. Kita berbual cara tak formal dah lah. Macam kawan. " Tegur Jungkook setelah semua melabuhkan duduk di sofa.

" Oh ya. A--aku lupa. Sorry sorry. " Suga tersengih.

" Jungkook ah.. " Jimin memanggil. Mungkin mahu Jungkook mengenalkan lelaki itu pada mereka.

" Oh aku lupa. Ni Min YoonGa. Korang panggil dia Suga je. Dia ni baru masuk pejabat. Kiranya polis baru bawah arahan aku. " ujar Jungkook membuatkan Suga bertambah sengih.

" oh muka dia macam.. " Namjoon berhenti berkata.

" Ya aku tahu muka dia macam Hyungnim. Sebijik ya amat. Masa mula mula aku jumpa dia, aku jadi macam Taehyung tadi tu lah. " Terang Jungkook lagi. Taehyung sudah malu malu kucing.

" Oh disebabkan muka aku macam Hyung kau ke? Sebab tu lah aku kena peluk macam tu. So sekarang aku fahamlah. " Kata Suga lagi. Woozi disebelahnya hanya terdiam.

" Eh sekejap.. Kau kata ni adik kau kan? Woozi.. macam kenal. Kau ke yang selalu lari dari latihan tentera kat tempat tentera aku kerja? " Namjoon memandang Woozi yang turut memandangnya. Wajah Woozi seakan terkejut apabila terpandang wajah Namjoon.

" Ss-sunbaenim.. " Kata Woozi perlahan. Terus dia bangun dan menunduk hormat kepada Namjoon.

" Hubae aku kat ahli tentera bawah pimpinan aku. " Ujar Namjoon sebaik sahaja dia mendapati dirinya diperhati.

" Duduklah, Woozi. Sunbae kau ni pun dua kali lima. Selalu lari dari latihan. Tempat menyorok dia stor klinik aku. Hehe. " Seokjin berkata disertai sengih panjang.

" Memandangkan diorang ni macam kita kenal, Suga ni polis kat pejabat aku and Woozi ni hubae tentera Namjoon, apa kata kita biarkan diorang tinggal kat sini? Boleh tak ? " Cadang Jungkook.

" Boleh tak ada masalah. Lagipun aku tengok Woozi ni comel je. Nak biarkan dia dengan Suga tu jalan malam malam ni cari rumah baru, tak boleh. Nanti orang culik. " Jimin berseloroh. Hakikatnya dia berasa gembira akan sesuatu. Baginya, keputusan itu betul kerana Jungkook tak akan selalu sangatlah mengigau cari Yoongi Hyungnim lagi. Suga yang sebijik ni boleh lunaskan perasaan rindu dia.

" Betul ke ni?! " Jerit Suga.

Anggukan Jungkook membuatkan Suga mengeluh syukur. Kepala Woozi diciumnya. Tak perlu lagilah dia risaukan keadaan Woozi kerana terpaksa mengikutnya siang malam mencari rumah.

" Kamsahamnida. Kamsahamnida. " ucap Woozi dan Suga bertalu- talu.

So, welcome, new member.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience