Bab 5

Fanfiction Completed 8760

(BAB5)

"Besar ke ?"

"Bilik ada berapa ?"

"Dekat mana ?"

"Ada kolam renang tak ?"

Semua persoalan itu disoal oleh Hoseok yang nampaknya begitu teruja untuk tahu tentang perkara yang baru dibincangkan Seokjin tadi.

Seokjin pula sedaya upaya menyabarkan dirinya dari terus membuka kain pelikat cap gajah duduk yang dibeli semasa bercuti di Alor Setar tahun lepas dari melibas wajah Hoseok yang duduk di hadapannya.

"Mian mian." Hoseok laju meminta ampun apabila perasan akan riak muka Seokjin berubah.

"Rumah tu besar. Besar lagi dari rumah ni. Korang boleh bayangkan kan macam mana besarnya? Hoho. Dua tingkat dan ada 10 bilik tak silap aku. Tiga kat bawah, tujuh kat atas. Ada kolam renang dekat belakang rumah. Amacam?" Seokjin mengangkat kening lalu membetulkan kedudukan kain pelikatnya.

Walaupun dia tak tahu cara nak pakai, dia main buat je macam mana. Jangan londeh tengah jalan sudah. Free show pulak.

"Aku setuju tu. Tapi.." Semua anak mata menghala ke arah Jungkook yang nampak sedikit gelisah.

"Rumah ni macam mana?" Jungkook menyambung.

"Rumah ni takkan aku nak jual pulak. Ini lah rumah pertama kita. Kita punya kumpul duit sama sama , takkan aku nak tinggalkan macam tu je. Rumah ni rumah pusaka kita. Kita bertujuh." Seokjin berkata bangga.

"Bertujuh?" Namjoon agak pelik.

"Yelah. Hyungnim sekali." Seokjin menjawab.

Semua terangguk angguk. Jungkook tersenyum. Memang itulah yang bermain di fikirannya. Dia tidak akan tinggalkan rumah ni sebab Yoongi pernah menetap disini walaupun sekejap.

"Okay. Aku setuju. Janji jangan jual rumah ni." Jungkook bersuara lantang. Jari kelengkengnya dihala ke arah Seokjin. Ingin memaut janji.

"Arraseo Kookie ah." Seokjin menyatukan jari kelengkengnya dengan jari Jungkook. Berjanji tidak akan menjual rumah itu.

"Rumah tu dekat mana?" Hoseok bertanya.

"Dekat daerah Seoul jugak. Kalau dari sini, 40 minit naik kereta. Jadi korang tak perlu nak tukar tempat kerja ke apa. Tukar tempat tinggal je." Seokjin menjawab lalu mencapai patung mario yang besar dan memeluknya.

"Oh cun! Aku nak tidur lah wei. Tolong aku naik jap." Taehyung segera membuap puppy eyes. Menggoda rakan seperjuangannya.

"Meh aku papah. Bila lah kau nak baik." Jungkook menawarkan diri. Dia memapah Taehyung sehingga ke bilik.

"Jungkook." Taehyung memanggil sebaik sahaja dia sudah duduk diatas katil. Suaranya diperlahankan.

"Apa Tae? Kau nak penumbuk?" Jungkook menyahut bersahaja.

"Taklah. Ni aku nak cakap sikit. Kau meh lah dekat sikit." Riak muka Taehyung nampak serius. Tangan Jungkook ditarik supaya mendekatinya.

"Apa Tae?" Jungkook duduk di sebelah Taehyung yang sedang menarik nafas sebelum menyambung.

"Jimin."

Jungkook agak pelik apabila nama Jimin disebut Taehyung. Kenapa dengan Jimin?

"Kau tak perasan dia tadi?" Taehyung menyoal.

"Eh bukan dia tidur awal ke? Sebab dia rasa nak demam." Jungkook sudah berasa debar. Apa yang cuba disampaikan Taehyung?

"Taklah. Dia ada dekat dapur." Taehyung bersuara perlahan mungkin. Terus riak muka Jungkook berubah.

"Seolma~ aku sendiri yang pergi tengok dia tadi sebelum berkumpul. Aku nak hantar ubat kat dia, tapi dia tidur. Takkan lah pulak dia boleh turun. Kau sendiri tengok aku duduk sofa menghadap tangga. And aku tak nampak dia turun pun." Jungkook mengesat peluh di dahinya.

"Jinjja? Aku nak kata tu Jimin, memang Jimin. Tapi.. muka dia macam marahkan sesuatu." Taehyung cuba mengingati wajah Jimin yang dilihatnya tadi.

"Err. Kau tidurlah dulu. Aku pun nak masuk tidur ni." Jungkook bantu meluruskan kaki Taehyung lalu bergerak keluar dari bilik lelaki itu.

Pintu bilik ditutup lalu dia bersandar di pintu Taehyung. Memandangkan bilik yang ditingkat atas berhadapan dengan balkoni, ruang tamu yang luas dapat dilihat. Yang lain sudah masuk tidur. Tidak semena mena, Jungkook terlihat kelibat manusia berlari lari dari dapur ke pintu utama rumah sebelum ia tidak lagi kelihatan.

"Jimin?" Jungkook bagai tahu bentuk tubuh itu.

Pantas Jungkook bergerak ke bilik Jimin. Dia bertambah pelik apabila dia melihat Jimim yang sedang lena dibuai mimpi. Tiada tanda tanda dia bangun tadi.

"Apa tadi tu?" Jungkook memegang dadanya yang berdebar laju.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience