Bab 33

Fanfiction Completed 8760

(BAB33)

sudah beberapa hari aku tidak berjaya membunuh anak aku sendiri . dengan adanya lelaki yang bernama Suga itu , aktiviti aku sedikit menganggu . tambahan lagi dia tahu siapa aku sebenarnya . patutkah aku bunuh sekali lelaki itu ?

tak, tak boleh . dia pernah menolong aku . beberapa hari lepas dia ternampak aku di hadapan pintu bilik Jimin dan dia tahu aku merindui anak aku . dia pernah berjanji yang dia akan menceritakan hal ini pada Jimin dan memberitahu ommanya sentiasa berada dekat dengannya .

aku tahu budak itu baik orangnya tetapi nafsu untuk terus mengambil anak aku tidak pernah pudar .

aku juga pernah mengikuti Suga ke pejabat Jimin iaitu di syarikat yang diusahakan oleh bekas suami aku . tetapi aku agak sedih kerana Suga tidak sempat memberitahu padanya .

hanya pada malam seterusnya , itulah malam yang bermakna pada aku . malam iaitu Jimin tahu semuanya namun aku bertambah sedih apabila mendengar apa yang diucapkan oleh anak aku sendiri .

tergamak dia mengatakan aku mengikuti lelaki lain dan meninggalkannya dan suami . padahal semua itu dilakukan sendiri oleh appanya . tetapi aku tidak dapat menyalahkan Jimin kerana dia mesti tidak tahu apa yang terjadi sebenarnya .

sewaktu aku memunculkan diri di bilik itu , Jimin jatuh pengsan . aku tahu yang dia takut melihat wajah hodoh aku . ataupun dia mungkin takut yang ommanya sudah bergelar hantu .

apa yang patut aku buat selepas ini ?

pernah satu malam , aku terfikir mahu masuk ke dalam mimpi Jimin . aku rasa aku boleh melakukan hal ini dan ternyata itu berjaya .

dalam mimpi itu aku berjumpa dengan Jimin . aku menutup separuh muka aku dengan rambut untuk mengelakkan dia takut dengan wajah aku .

" Jimin ah . "

lelaki itu berpaling . dia merenung aku sebelum memandang sekeliling yang dipenuhi taman bunga .

" ss-siapa ?"

aku hampir menangis mendengarkan Jimin bertanya siapa aku . tetapi mata aku menangkap sesuatu yang berada di mata Jimin . air mata . Jimin menangiskah ? tetapi kenapa ?

" ini .. "

" omma ke ? omma Jimin ke ? omma ?"

terkejut aku apabila melihat Jimin menangis di situ sambil memanggil aku .

" Jimin ah , maafkan omma. "

" Tak ! Jimin yang sepatutnya mintak maaf . maafkan Jimin omma . Jimin berprasangka buruk pada omma . menyesal Jimin dengar semua kata bohong appa dulu . Jimin yang salah ,omma . maafkan Jimin ! " Jimin menjerit lalu melangkah ke hadapan menghampiri aku .

aku terus bergerak ke belakang membuatkan Jimin turut berhenti .

" Waeyo omma ? omma , omma bencikan Jimin kan ?" sekali lagi Jimin mengalirkan air matanya .

" Tak , sayang . omma tak mahu kamu takut melihat wajah buruk omma . janganlah dekat pada omma ." kata aku selembut mungkin .

Jimin mengendahkan kata kata aku dan tetap melangkah mendekati aku . aku terpempan apabila Jimin menggunakan tangannya menyelak rambut panjang aku dari terus menutup muka . lalu muka aku diusapnya .

" omma tetap omma Jimin . oh, omma mesti cantik dulu ." Jimin masih lagi mengusap wajah aku . membuatkan aku mengalirkan air mata darah .

" omma jangan nangis ."

aku mengangguk .

Jimin memeluk aku , lalu aku membalas pelukan pertama aku darinya . terasa hangat tubuh Jimin yang dipeluk kejap .

" mari ikut omma, sayang ?"

" kemana ?"

" dunia omma. kita hidup sama sama. "

Jimin melepaskan pelukan dengan perlahan . redup matanya aku tenung .

" tak boleh omma . kita akan berjumpa juga kalau masa Jimin tiba nanti ." jawapan Jimin agak meghampakan aku .

" tapi , omma mahukan kamu. mari ikut omma. "

" tak, omma . tak boleh. "

" ikut omma !"

" tak ! maafkan Jimin !"

Jimin hilang dari pandangan dan aku kembali ke dunia nyata . Jimin tidak mahu mengikutinya , ini bermakna adakah dia perlu menggunakan cara kekerasan seperti yang dirancang ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience